▫️▫️▫️
"Yoongi-ssi,"
"Hm?"
"Yoongi-ssi tahu tak, dalam hidup kita, kita akan jatuh cinta dengan tiga orang manusia? Setiap orang akan beri makna dan pengajaran yang berbeza." Ujar aku dengan penuh tekun. Lelaki di hadapan aku itu menguntum senyuman senget.
Eleh. Mesti dia ingat aku nak beri fakta tak masuk akal sebab nak buang masa dia kan? Ingat aku ni sama perangai macam dia ke?
"Teruskan. Saya nak dengar." Matanya tidak lepas dari memandang wajah aku. Dagunya ditongkat, badannya ditegakkan. Aku menarik dan menghembus nafas panjang sebelum memulakan sesi "Satu Hari Satu Fakta featuring Lee Chaeyoung".
"Macam ni. Dalam kehidupan kita, akan ada tiga orang yang mengajar kita dengan lebih mendalam tentang cinta. Orang yang pertama obviously cinta pertama. Yang ni kita jumpa di usia muda. Mereka yang buat kita percaya apa itu cinta dan mereka juga lah yang akan buat kita yakin yang kita hanya akan bersama mereka sehingga ke penghujungnya. Cinta pertama ni kiranya macam kisah cinta yang ideal. Padahal ada masanya kita tak tahu pun sama ada cinta itu yang sejati atau yang tipu-tipu. Bagi saya kan, cinta pertama ni yang membuka laluan kepada cinta yang lain untuk hadir dan bertapak dalam hidup kita. Sebab tu orang cakap, cinta pertama sangat susah kita nak lupa. Foundation. Asas. Tapak. Haa gitu." Yoongi mengangguk. Aku menghirup air sejenak sebelum menyambung kembali.
"Orang kedua pula merupakan orang yang memberi pengajaran yang sangat, sangat mendalam dalam hidup kita. Well, second love. Ramai yang takut dengan cinta ni. Ramai takut nak hadap cabaran bila bersama dengan orang kedua, cinta kedua. Cinta kedua ni ajar kita untuk tahu siapa diri kita, dan tahu sekerap mana kita nak dan perlu cinta. Bila kita pilih untuk merasai cinta kedua ni, ada kalanya kita ingat yang cinta kedua ni berbeza dari yang pertama. Kita anggap yang kita dah matang dalam memilih padahal kita masih lagi perlu pengajaran dan pengalaman yang banyak. Oleh sebab kurangnya pengalaman kita, kita tak sedar yang cinta kedua ni ibarat kitaran yang tak henti-henti. Selalunya kita mengharapkan pengakhiran yang berbeza. Jadi sebab tu cinta kedua ni memenatkan. Kita nak orang kedua ni jadi yang terakhir, kita nak cinta kedua ni cinta yang tepat. The rest, hanya Tuhan yang tahu. " Yoongi senyum. Senyuman nya lain. Senyuman yang, somehow buat aku sedih. Aku menyambut senyumannya dan menunduk seketika.
"Bila nak bahagianya? Dengan cinta ketiga ke?" Tanya Yoongi. Aku menjongket bahu.
"Setiap orang ada pengakhiran kisah cinta yang berbeza. Contoh macam kita. Mungkin dalam hidup awak, saya yang kedua. Jadi nanti awak akan jumpa yang ketiga. Dan, dalam hidup saya mungkin yang ketiga. Boleh jadi awak adalah penamat untuk kisah cinta saya. Hidup ni bukan kita tentukan. Just wait and see, kata orang." Yoongi menangguk sekali lagi. Kek di atas pinggan dipotong dan dia masukkan ke dalam mulut. "Teruskan," katanya walau mulut nya masih penuh. Haih laa. Cuba lah senonoh sikit makan tu.
"Orang ketiga, cinta ketiga, cinta yang terakhir. Cinta ni tiba-tiba. Tiba-tiba datang. Tiba-tiba muncul. Tiba-tiba menapak. Kita tak sedar pun tapi dia ada. Cinta ni sempurna sangat sampai kita rasa semuanya palsu. Apa yang kita fikirkan pasal cinta, the idea of love itself, semuanya lenyap bila kita jumpa dengan yang ketiga ni. Hubungan dengan cinta ketiga ni dia punya senang sampai kita tak dapat nak terangkan betapa kita tak perlu mencuba langsung dalam kisah cinta yang ketiga ni. Macam kunci dengan mangga tau, tahu-tahu ngam. Tahu-tahu boleh compliment each other. Dan cinta ketiga ni kita sekilas pandang je kita tahu dah yang kita akan bersama-sama selamanya. Oh ya, cinta ketiga ni buat kita dan pasangan boleh jadi diri sendiri tanpa sebarang tekanan untuk jadi yang paling sempurna tau. Tak kisah la rambut macam singa ke takda rambut ke, semuanya tak penting sebab dalam kisah ni kita diterima dan menerima seadanya. It's just, cinta yang rasa betul-betul tepat. Kita sangat-sangat yakin akan menjadi jugak. " Senyuman Yoongi melebar. Badannya dia sandarkan. Dia merenung aku. Lama. Lama juga dia dalam posisi sebegitu. Naik merah pipi aku jadinya.
"Kenapa?" Tanya aku sebelum aku jadi cacing tanah kat situ.
"Takda apa. Cuma terfikir dan berharap, yang Lee Chaeyoung akan jadi yang terakhir untuk Min Yoongi."
▫️▫️▫️
YOU ARE READING
Second Love || Yoongi BTS
Fanfiction3 tahun selepas Yoora hilang, Chaeyoung pula datang. ━ Sequel of [ Prologue : The Night You Left ]. ━ picture used in the cover does not belong to me, credits to the rightful owner. by ENXHANTED- .