Seorang gadis kecil merenung keluar jendela biliknya sambil memerhati bangunan-bangunan yang berkelompok-kelompok itu. " Macam mana bangunan-bangunan tu boleh dibangunkan? Macam mana baju yang beta pakai ni boleh dibuat? Macam mana benda tu boleh keluarkan asap? Uwaa! Beta nak tahu!" Gerutu gadis berumur 5 tahun itu sambil menggaru rambutnya itu dengan geram.
" Kalau macam tu, apa kata kamu belajar tentang sains? " Sampuk satu suara dari pintu biliknya. Gadis kecil itu menoleh. " Ayahanda! " Kata gadis itu lantas turun dari tepi tingkap itu dan terkedek-kedek menuju ke arah Raja Emitsuki. Lelaki gagah itu terus mengangkat anak bongsunya itu. " Ayahanda, apa tu sains? " Soal gadis kecil itu hairan. Raja Emitsuki tersenyum lantas menuju ke birai katil di bilik itu lantas melabuhkan punggungnya. Gadis kecil itu diletakkan di atas ribanya. " Sains tu adalah sebuah subjek pelajaran di mana boleh menjawab semua yang kamu persoalkan tadi, Miyuki.."kata Raja Emitsuki. Wajah Miyuki terus bersinar. " Betul? Di mana Miyuki boleh dapat sains ni, Ayahanda? Beritahulah miyuki, ayahanda!" Kata Miyuki teruja.
Raja Emitsuki tersenyum. " Kamu boleh jumpanya di dalam buku..kalau kamu belajar tentang sains ni dengan lebih dalam, kamu akan jadi orang yang hebat, macam bonda kamu, miyuki.." kata Raja Emitsuki lembut. " Bonda pun sukakan sains ke?" Raja Emitsuki mengangguk. " Suka sangat.. sebenarnya dia lebih suka untuk jadi profesor berbanding menjadi ratu, tahu? "Kata Raja Emitsuki. " Ehhh? Biar betul!" Kata Miyuki teruja. " Tapi kamu kena simpan rahsia ni, okay? " Kata Raja Emitsuki. Miyuki tersengih lebar. " Dah tentulah!" Kata Miyuki ceria.
-time skip-
" Haa? Sains? Macam membosankan je!" Ujar Masumi yang sedang bermain pedang di bilik rehat itu. " Kenapa kamu tiba-tiba suka sangat belajar sains ni, miyuki?" Soal Narumi yang sedang membaca di hadapan Miyuki. " Sebab ianya sangat seronok! Setiap saat Miyuki akan dapat ilmu tentang dunia ni! Miyuki juga dah putuskan yang Miyuki nak keluar mengembara bila Miyuki dah berumur 7 tahun," kata Miyuki ceria. " Jangan merepek," kata satu suara dari pintu bilik rehat itu. Ketiga beradik itu menoleh lantas memberi tunduk hormat pada abang sulung mereka, Shirasu yang baru-baru ini ditabalkan sebagai putera mahkota.
" Kamu tu seorang puteri, bakal memimpin sebuah negara bila kamu besar nanti..apa yang sains boleh bantu kamu untuk capai tu?" Kata Shirasu dengan wajah yang serius. " Shirasu-nii, miyuki masih kecil lagi..dia pasti cuma berangan-angan " kata Masumi. " Tak! Miyuki bertekad untuk belajar sains dan keluar mengembara! Shirasu-nii sama tak boleh halang Miyuki!" Kata Miyuki tegas. Masumi menjegilkan matanya ke arah adik bongsunya itu seakan mengatakan ' apa yang kamu buat ni, dungu?!'
Shirasu memandang tajam ke arah Miyuki. " Apa yang budk macam kamu boleh buat, ha? Berhenti buang masa kamu dengan benda yang mengarut macam tu! Faham tak?" Kata Shirasu keras membuatkan Miyuki tertunduk sambil menggenggam buku itu. ' shirasu-nii sama tengoklah nanti! Suatu hari nanti, sains juga yang akan selamatkan dunia ni!' bisik hati gadis kecil itu.
Miyuki..miyuki!
Mata Miyuki tercelik memperlihatkan suasana dinding batu di sekelilingnya. " Ughh.." gumam Miyuki sambil cuba bangkit dari kedudukannya. " Tuanku!" " Tuan puteri dah bangun!" Miyuki memandang ke arah para pengawal yang lega melihat dia terjaga. Ah, yalah! Hyoga yang membuatkan dia tertidur tadi! Miyuki terus bangkit dari katilnya. " Di mana Hyoga dan Tsukasa?" Kata Miyuki. " T-tuanku, sebaiknya tuanku berehat dulu!" Kata salah satu daripada pengawal itu. " Beta takde masa! Hyoga pasti akan menang kalau beta lambat! Cepat, di mana mereka?" Kata Miyuki tegas. " Mereka berada di bahagian selatan hutan ni..Hyoga rancang nak bunuh Tsukasa dan kerajaan sains," kata Godo yang baru memunculkan diri. Miyuki mengetap bibirnya. " Kamu semua, jaga tempat ni!" Kata Miyuki lantas menuju ke tingkap dan melompat dari situ. " T-tuanku!" Jerit mereka terkejut lantas melihat ke bawah. Gadis itu dengan selamat mendarat di atas tanah dan meneruskan larian menuju ke arah selatan, di mana Hyoga, Tsukasa dan Senku berada.
YOU ARE READING
let's save the world! (dr.stone x Oc) (malay sub)
RomanceEmitsuki Miyuki, seorang puteri bongsu negara jepun yang memiliki personaliti yang berbeza dengan adik beradiknya yang lain iaitu dia seorang yang sangat cintakan sains serta suka mengembara..Akibat dengan keminatannya yang diluar dari titlenya seba...