BUKKK !
" Adik ! ", Putera Qayyim terus berlari pantas ke arah adiknya yang terjatuh itu. Tanpa memikirkan tanah yang kotor, dia duduk melutut lalu tapak tangan adiknya yang luka berdarah disapu perlahan.
Dia juga meniup luka itu dengan kening yang berkerut. Adiknya pula memandang ke arahnya dengan perasaan takut.
" A - Abang.. ", seru Nurul Sofiya yang berumur 8 tahun itu dengan nada yang perlahan. Matanya sempat mengerling ke arah kawan-kawannya yang hanya memerhati mereka berdua dalam diam.
" Diam, Sofiya. ", ujar Qayyim dengan tegas.
Dadanya naik turun menahan amarah yang ingin dihambur ke arah kawan-kawan adiknya itu. Sudah dia tegur kepada mereka untuk lebih berhati-hati ketika bermain dengan adik kesayangannya itu.
Tapi tengok sekarang ! Adiknya jatuh sehingga terluka !
Selepas dia berpuas hati bahawa tangan adiknya bersih, dia terus menarik Sofiya untuk berdiri. Lutut Sofiya yang kotor dengan tanah hitam itu turut disapu beberapa kali.
Qayyim juga menarik telapak tangan kanan Sofiya lalu digenggam dengan lembut. Kemudian, mereka berdua menghadap ke arah kawan-kawan Sofiya yang berdiri ketakutan itu.
" Aku dah kata, kan ? Jangan biarkan Adik aku sakit. Tapi apa korang buat ? ", soal Qayyim dengan gigi diketapkan. Dia memandang mereka dengan pandangan yang tajam sambil menunggu salah seorang dari mereka menjawab persoalannya.
Dia juga melihat sekejap ke arah Ibunya yang sedang berborak rancak di beranda bersama makcik - makcik kampung yang lain.
" Tch. ", Qayyim berdecit geram. Sempat dia menjuling mata ke atas apabila mengenangkan perangai anak makcik tersebut yang menolak Sofiya ketika bermain kejar-kejaran. Dia merasakan yang budak - budak itu sangat kurang ajar kerana tidak mendengar tegurannya.
" Arghh ! Geram je bila fikir balik. ", desis hatinya.
Sofiya pula cuba menelan air liur yang terasa pahit lalu tangan Qayyim digenggam erat.
" Abang. Diorang tak salah. Adik yang salah. Adik jatuh sebab Adik tersepak batu besar tadi. ", bohong Sofiya dengan nada lemah lembut.
Dia ingin memujuk Qayyim supaya tidak memarahi kawan - kawannya itu kerana dia takut, dia kehilangan kawan baharu lagi. Walaupun, dia dibuli oleh mereka tetapi dia tetap bersyukur kerana mempunyai kawan yang sanggup bermain dengannya.
Situasi seperti ini kerap sekali berlaku, dia juga puas mencuba pelbagai cara untuk meredakan kemarahan Abangnya. Sehinggalah, dia dapat tahu kelemahan Abangnya itu. Tapi dia segan untuk melakukan perkara tersebut di hadapan kawannya !
Tapi --
" Abang suruh Adik diam, kan ? Abang tak suruh Adik tolong jawabkan. Abang nak-- ", jari telunjuk terus menunding ke arah kawan-kawan Sofiya.
" -- diorang jawabkan ! ", sergah Qayyim dengan kuat sehingga sekumpulan budak perempuan itu terkejut. Bahu Sofiya juga terhenjut lalu mata dikerdipkan beberapa kali.
Salah seorang dari mereka pun mencuba memberanikan diri lalu Qayyim cuba didekati, " Abang Qayyim. Kitaorang tak tolak pun Fiya. Dia yang tiba - tiba jatuh. Nuyin tak tipu ! Kan ? "
Si Nurin pun menjeling sekilas ke arah kawannya yang lain untuk menyokong ujarannya sebentar tadi. Dalam diam, dia memaki berbakul - bakul ke arah Sofiya kerana tidak berbohong dengan bersungguh - sungguh.
Jujur, dia amat cemburu akan Sofiya sebab ada Abang yang sudi melindunginya !
" Ya, betul. ", sokong kawan - kawan lain. Sofiya pun tersenyum nipis lalu tangan Qayyim ditarik.
" Abang. Sudahlah... Jangan marah diorang... ", pinta Sofiya.
Qayyim mengerutkan dahinya apabila Sofiya mempertahankan budak - budak itu, padahal terang lagi bersuluh, matanya melihat Si Nurin menolak adiknya tanpa sebab.
" Kenapa Adik back up diorang, hah ? ", soalnya dengan geram sambil menyerabaikan rambutnya. Sofiya pun membalas dengan sengihan.
" Sebab diorang tu kawan Adik. "
Setelah mendengar ujaran Sofiya, Qayyim terus mendiamkan diri. Kepala menghadap ke hadapan dan kakinya melangkah ke arah Nurin.
" Kalau korang buat Adik aku terluka lagi. Aku takkan teragak - agak untuk tampar muka korang. ", pesan Qayyim dengan tegas lalu tanpa mendengar respon mereka, dia terus menarik Sofiya untuk masuk ke dalam rumah.
Nurin pula mengenggam kuat tangannya seakan-akan penumbuk dan dia menjerit kegeraman.
" Argh ! Tak guna ! "
SOFIYA tersenyum manis ke arah Qayyim yang sedang mencuci luka di tapak tangannya.
" Terima kasih, Abang. ", ucap Sofiya dengan ikhlas.
Qayyim merenung ke arah Sofiya sambil mendiamkan diri. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.
" Abang tak nak ucapan terima kasih. ", ujar Qayyim dengan perlahan. Laju tangannya membalut tapak tangan adiknya itu. Dia risau sekiranya kuman masuk ke dalam luka tersebut.
Dia tak nak adiknya sakit.
Mata Sofiya terus membuntang dan mulutnya bergerak - gerak, mencari ayat yang sesuai tetapi otaknya tidak dapat berfikir.
" Lain kali, boleh... ? "
Henti.
" Abang nak sekarang. ", tegas Qayyim lalu balutan luka itu ditepuk perlahan. Senyuman nipis terlakar setelah dia berpuas hati dengan hasil balutannya.
Sofiya berdecit dan mencebik. Dia turut membelek balutan tersebut sambil mendiamkan diri.
Qayyim mengeluh kemudian rambut Sofiya yang serabai itu diselitkan di belakang telinga, " Sofiya. "
" Ish. Ye lah. Ye lah. ", ujar Sofiya dengan geram dan pipi kanan Qayyim dicium sekilas. Dengan pantas, dia bangun berdiri lalu berlari ke arah bilik.
Qayyim terdiam seketika sebelum senyuman sinis ditayangkan. Peralatan med kit tadi dikemas dengan rapi dan kakinya melangkah ke arah tempat simpanan peralatan itu.
" Comel. "
YOU ARE READING
PUTERA QAYYIM [ UNPUBLISH ]
RandomPutera Qayyim mewarisi perangai ayahnya yang tegas dan possessive. Dia cuba untuk mengongkong 'adik' nya kerana dia sudah diajari oleh kedua-dua ibu bapanya bahawa Nurul Sofiya itu adalah miliknya seorang. Nurul Sofiya yang terasa terbeban hanya men...