Puspita untuk Pawaka

8 0 0
                                    

" Puspita , ouh Puspita. Itaaa. "

Ku sebut namanya dengan nada yang lembut di bawah tingkap biliknya. Lama sungguh aku tak jumpa Ita. Sejak dia pulang ke kampung hari itu , untuk melawat moyangnya  jarang sekali Ita keluar rumah.

" Ka ? Pawaka ka itu ? "

Aduhai , namaku disebut oleh suaranya yang merdu dan licak. Berdebar hatiku , ingin pandang pun sukar. 

" Pawaka ? Kenapa datang ini ? "

Manis mukanya tertawa sambil menggunakan tapak tangan untuk rehatkan dagunya.

" Saja-saja. Lama Ka tak jumpa kau. "

Bersiri-siri matanya , seperti cakerawala pada malam yang gelap. Sejuk hatiku lihat , panas pipiku hingga biram.

" Aduhai , Pawakaku. Datang sahaja , keluarga Ita sentiasa menunggu tetamu untuk dijamu. Asalkan datang dengan hati yang terbuka dan suci. " Bahak lagi si bunga , Puspita. " Tetapi betul juga apa yang kau bicara , Aka. "

Puspita ini , memang lir dian bagi loka aku. Bersinar-sinar Si Ita seperti loklok pada cincin.

" Ita , Puspita sayang. Tolong ibu di dapur sekejap. "

" Sekejap Ibu ! "

Masa ini jugalah Puan Buana ingin mencelah.

" Ita pergi dulu tau Aka , Assalamualaikum. "

Terhegeh-hegeh dia bergerak sambil sengih kepadaku.

" Waalaikumussalam , jumpa Aka di pondok selepas khatam kerja rumah. "

" Baiklah. " Jeritnya dari pintu.

Bahari sungguh bungaku. Bertuah sungguh aku jumpa seorang seperti Puspita.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Puspita untuk PawakaWhere stories live. Discover now