" Puspita , ouh Puspita. Itaaa. "
Ku sebut namanya dengan nada yang lembut di bawah tingkap biliknya. Lama sungguh aku tak jumpa Ita. Sejak dia pulang ke kampung hari itu , untuk melawat moyangnya jarang sekali Ita keluar rumah.
" Ka ? Pawaka ka itu ? "
Aduhai , namaku disebut oleh suaranya yang merdu dan licak. Berdebar hatiku , ingin pandang pun sukar.
" Pawaka ? Kenapa datang ini ? "
Manis mukanya tertawa sambil menggunakan tapak tangan untuk rehatkan dagunya.
" Saja-saja. Lama Ka tak jumpa kau. "
Bersiri-siri matanya , seperti cakerawala pada malam yang gelap. Sejuk hatiku lihat , panas pipiku hingga biram.
" Aduhai , Pawakaku. Datang sahaja , keluarga Ita sentiasa menunggu tetamu untuk dijamu. Asalkan datang dengan hati yang terbuka dan suci. " Bahak lagi si bunga , Puspita. " Tetapi betul juga apa yang kau bicara , Aka. "
Puspita ini , memang lir dian bagi loka aku. Bersinar-sinar Si Ita seperti loklok pada cincin.
" Ita , Puspita sayang. Tolong ibu di dapur sekejap. "
" Sekejap Ibu ! "
Masa ini jugalah Puan Buana ingin mencelah.
" Ita pergi dulu tau Aka , Assalamualaikum. "
Terhegeh-hegeh dia bergerak sambil sengih kepadaku.
" Waalaikumussalam , jumpa Aka di pondok selepas khatam kerja rumah. "
" Baiklah. " Jeritnya dari pintu.
Bahari sungguh bungaku. Bertuah sungguh aku jumpa seorang seperti Puspita.