Second Lies

9 0 0
                                    


"Babe, malam ni kita tengok movie ni tau" ajak Kayla dan disetujui Karl.

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk meluangkan hujung minggu dengan menonton movie di Discord. Jarak bukan penghalang mereka meluangkan masa bersama. Selalunya movie akan disiarkan melalui telefon Karl, jadi Kayla dapat melihat screen share nya. Kayla perasan bahawa telefon Karl akan berada dalam mode 'Do Not Disturb'. Kayla hanya bersangka baik, mungkin dia tak nak ada orang ganggu ketika mereka menonton movie. Namun jauh di sudut hati Kayla rasa ada sesuatu yang tak kena. Lagipula, Karl masih berhubung dengan perempuan itu seperti biasa. Kayla buntu. Dia tak tahu ingin berbuat apa. Baginya, dia hanya ingin bahagia bersama Karl walaupun ianya sementara.

Malam yang dinantikan Kayla tiba, dia menunggu Karl seperti biasa. Karl selalu menghabiskan masanya dengan berehat kerana penat dengan kerjanya.

"Baby, sorry malam ni tak tengok movie boleh?" tanya Karl tiba-tiba.

"Oh tak pe babe, kenapa ye?"

"Ada benda saya nak settlekan"

Kayla memahami dan memberikan Karl masa. Perasaan tidak sedap hati muncul kembali. Kayla mula melihat sosial media perempuan itu. Ada story baru.

"Awak kalau ade orang lain bagitahu saya"
"Awak ada orang lain kan?"
"Jujur je la dengan saya"

Sedangkan aku disini tidak pernah sekali pun terdetik ingin mencari yang lain. Aku mungkin friendly dengan orang tapi aku tak curang. Mungkin ini jalan terakhir kita.

Itulah yang dikatakan perempuan itu. Ada dua perasaan yang dirasai Kayla ketika itu. Gembira dan serba salah. Kayla gembira kerana dia rasa dia bukan perempuan simpanan Karl selepas itu dan serba salah kerana mungkin disebabkan Kayla pernah menyuruh Karl tinggalkan perempuan itu secepat mungkin punca mereka putus. Kayla melihat social Karl. Penuh dengan kata-kata patah hati.

"Karl.. Kau broken macam ni saja-saja atau kau benar-benar cintakan perempuan itu. Apa sebenarnya yang berada di fikiran kau Karl" keluh hati Kayla.

Malam itu Karl keluar mengambil angin malam tatkala Kayla amat risau akan dirinya. Karl sudah beritahu bahawa dia tidak apa-apa hanya perlukan sedikit ruang untuk dirinya bersendirian. Kayla tidak boleh berkata apa selain memahaminya.

Beberapa minggu berlalu pantas Karl layan Kayla seperti biasa sahaja. Bekas kekasih Karl mula tunjuk bahawa dia sudah ada pengganti.Kayla senang melihat bekas kekasihnya sudah bahagia. Mungkin kini giliran dia dengan Karl pula untuk dirasmikan secara public. Kayla bertanya kepada Karl.

"Babe, dah boleh exposed ke?" Itulah yang diharap Kayla. Dia tidak mahu menjadi rahsia Karl lagi.

"Tak, kita private dulu eh" balas Karl

Kecewa juga perasaan Kayla waktu itu. Sedangkan di awal hubungan apabila Kayla bertanya Karl seorang yang suka exposed pasangan atau tidak, Karl menjawab 'ya'. Sekali lagi Kayla menghiraukan perasaan kecewanya.

"Kenapa?"

"Saja, tak nak la exposed ni. Biar private dulu"

Love with Lies Where stories live. Discover now