1/3 Romantika Part 1

220 3 0
                                    

''Haloo.. maafkan saya, Akira kat luar ni. Ada sape-sape boleh bukakan pintu

kelas untuk saya tak?!", jerit si Akira dari luar kelas sambil menatang buku-

buku yang banyak. Hampir 5 minit dia menunggu, tapi masih tiada response

Mana taknya, dia punya suara dahla pelan, lepastu majoriti classmatenya pulak

ramai yang labang-labang. Hah tunggulah dia sampai bila-bila kat luar kelas tu.


Tiba-tiba...........


*Pok..pok!!* , Akira tersentak apabila dia merasakan kepalanya

ditepuk oleh seseorang. Dia pun cepat-cepat menoleh kebelakang. Ahh

alangkah terkejutnya dia tatkala melihat lelaki idaman ada didepan mata.

"Yo..Yo... Yosu....'' , terkebil-kebil dia nak menghabiskan kata-katanya. pipinya

pun dah jadi merah macam orang yang dah kena tampar bertubi-tubi.


''Oii cara ko mintak tolong tu salah le bedah oi. Benda alah ni kena guna

tenaga sikit kalo tak, sia-sia saje. Ok ko tengok baik-baik macam mana aku

buat!". Yosuke bertempik kat lubang telinga Akira. Dengan penuh gaya dia

menunjukkan aksinya. ''Haiiiiyaahhhhh!!!!''. Dia membuka lalu menolak pintu

kelas sekuat yang mungkin sampai ramai dikalangan classmates hampir

terkena serangan jantung dan penyakit kentut berbuih. Akhirnya Akira dapat

masuk ke dalam kelas dan terus menyusun buku-buku yang ditatangnya

tadi di rak. Demikianlah hobi Yosuke tak lain tak bukan, menyakat si Akira.

Nyakat-nyakat pun, dia dah tolong Akira bukakan pintu kelas.



*Ring...ring...dong..ring..ring..dong...ring!!* Loceng dah berbunyi menandakan

waktu rehat pelajar. Sorang demi sorang classmates keluar untuk ke kantin.

''Akira nak join aku pergi kantin tak?'' . Sapa kawan baiknya iaitu Megumi.

''Tak pe lah. Ko pergilah. Aku nak baca komik'' . Balas Akira lalu mengeluarkan

komik kegemarannya dari dalam beg. Sebaik saja mendengar kata-kata Akira,

Megumi terus ke kantin besama kawan-kawannya yang lain. Sudah menjadi

kebiasaan sejak sekolah rendah lagi, dia memang tak suka keluar rehat.

Dia lebih suka menggunakan waktu rehat untuk membaca komik.

Sedang dia fefeeling membaca komik, tiba-tiba dia terdengar suara

lelaki menegurnya.


''huii sayang'' . Akira cepat-capat menyorokkan komiknya di bawah meja

kerana dia dapat mengagak tuan empunya suara tu. Yea, jangkaan dia tepat

sekali, suara itu milik Yosuke. Dia juga tahu bahawa panggilan sayang

itu adalah bohong semata-mata.


''Alah kau panggil aku sayang sebab nak pinjam komik aku kan?. .dan tau

sangat dah''. Keluh Akira sambil memuncungkan bibirnya. Hanya disebabkan

takut perasaan cintanya terhadap Yosuke akan terkantoi, dia terpaksa

berkelakuan seperti biasa walaupun hakikatnya dia dah tak keruan.


''hahahhahahahahhahahahahaha hodoh sial ko buat muka. hahahhaa dah

rupa mak jemah aku tengok''. Berair mata Yosuke gelak bila nampak Akira

buat duck face. Akira agak terasa dengan usikkan Yosuke lalu beredar dari

tempat duduknya.


Kemudian, dengan secara tiba-tiba, Yosuke memegang pergelangan tangan

Akira lalu berkata ''oi comel, tunggula kejap. Aku gurau je la. Actually.., aku tak

tahan la tengok ko ni. Bila tengok ko, mesti rasa nak usik je. Sorry la kalo ko tak

selesa berkawan dengan aku. Aku akan cuba elakkan diri aku daripada

menyakat ko'' . Akira tersentak dan langkah-langkanhya terhenti. Jantungnya

berdegup kencang apabila dia dapat rasakan kehangatan tangan Yosuke

menggenggam erat tangan kecilnya. Malahan, dia turut berasa sedih tatkala

mendengar kata-kata Yosuke. Dia seolah-olah mahukan Yosuke mengusiknya

selalu, kerana dengan cara itu dia dapat meluangkan masa dengan orang yang

dia cintai. Air matanya mula mengalir lalu membasahi kedua-dua belah

pipinya. Ingin saja dia katakan sesuatu kepada Yosuke, tetapi dia tidak mampu.

Suasana kelas kelihatan agak tegang dan sunyi buat seketika. Yosuke pulak

masih menggenggam tangan Akira.


Tiba-tiba.......


''Tsk..tsk... Yo..Yosuke a..aku nak ka..kau....'' . Kedengaran suara kecil Akira

diiringi sedikit esakkan tangisan talah berjaya memecah kesunyian tersebut.

Tetapi, belum sempat Akira menghabiskan percakapannya, Yosuke terus

menerpanya...


-To Be Continued-



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 01, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

~1/3 ROMANTIKA~Where stories live. Discover now