PART 2

743 53 9
                                    

Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu’, Fasihah mengenakan telekung solatnya.

Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.

Ahh.. solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti… Syurga?? Ahh.. aku yang hina begini.. entah lah Ya Rabbi.

Justeru itu.. izinkan aku bangun di dini hari-Mu ini.. meratap sendu di kaki-Mu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayangan-Mu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapan-Mu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..

Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh.

Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur’an dalam tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.

“Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call… bunyinya macam lain..” Fasihah terkejut.

“Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah? Alhamdulillah." Fasihah berteka-teki.

Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.

“Mungkin dia tidur lewat. Penat benar..” teka Fasihah.

Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah.

Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.

"Zah.. Em.. Izah… Izah. Izah nak bangun ke?” Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.

“..Ha..Emm..Ya..Ya..” Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.

Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya.

Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.

•••

Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.

“Aduh!! Solat Isya’!”

Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu’. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.

Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.

“Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti… macam dua hari lepas…”

Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha’ solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat.

Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya.

Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.

“Tak banyak beza antara aku dan dia. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa… tarbiyyah…apa tu? Aku??..” Izah bermonolog dalam hati sendiri.

Manisnya Berubah Menjadi SolehahWhere stories live. Discover now