𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡

7.9K 63 16
                                    

Kisah ini bermula diawal tahun 80an. Pada tahun 1982, Hajah Zabedah telah pun menjawat jawatan sebagai Pengetua di Sekolah Menengah P**** S****. Kehidupan sehariannya banyak dihabiskan di sekolah yang dijaganya dan berkemungkinan dia akan menamatkan tenaga mengajarnya juga di situ. Sudah banyak sekolah-sekolah disepanjang kariernya menggunakan perhidmatan dia sebagai seorang guru. Baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Dia mula mengajar setelah tamat tempoh pengajian perguruannya di Maktab Perguruan Melaka. Setelah beberapa tahun memegang jawatan sebagai guru dibeberapa sekolah rendah, Hajah menyambung kembali pengajian diperingkat diploma dan seterusnya ijazah bagi membolehkan nya menaiki pangkat sehingga Guru Besar/Pengetua sekolah. Begitulah serba sedikit latar belakang akademik seorang guru perempuan separuh baya yang amat dihormati dan disegani itu. Sikapnya yang serius dan tegas membuatkan guru-guru lain dibawah pemantauan nya tidak berani melawan serta patuh akan setiap arahan yang diajukan.

Perkahwinan Hajah Zabedah (53 tahun) dengan Haji Ismail (suami berusia 54 tahun) berjaya menghasilkan 2 anak perempuan. Julia, puteri mereka yang sulong kini berusia 28, tidak mempunyai zuriat dan juga seorang guru matematik mengajar di sekolah yang sama. Anak bongsu mereka bernama Sarah berusia 24 tahun, kini bekerja di sebuah syarikat swasta dalam daerah yang sama, sudah pun berkahwin serta mempunyai 2 orang anak.

Kehidupan keluarga kecil Hajah Zabedah nampak harmoni dan bahagia. Walaupun suaminya Haji Ismail beristeri dua, ini tidak membuatkan keluarga mereka berantakan. Diawal perkahwinan Hajah dan suaminya, mereka terpaksa menunggu hampir 6 tahun sebelum Hajah disahkan mengandungkan Julia. Hajah berkahwin dengan Haji Ismail diusianya yang masih muda iaitu 19 tahun dan ketika itu dia baru sahaja menjejakkan kaki ke maktab perguruan. Suaminya juga merupakan bekas seorang guru dan perkahwinan mereka dijodohkan oleh kedua ibubapa mereka. Sekarang ini Haji Ismail bertugas sebagai seorang pegawai atasan di Kementerian Pelajaran setelah memilih untuk berhenti mengajar. Selain dari Julia, pasangan itu juga dikurniai seorang lagi anak perempuan bernama Sarah. Dia dilahirkan 4 tahun kemudian. Namun begitu, Haji Ismail, sang suami sentiasa mengharapkan seorang anak lelaki. Oleh kerana tidak mendapat kan zuriat lelaki dari Hajah, maka Haji memutuskan untuk menikah seorang lagi.

Sebenarnya disepanjang tempoh perkahwinan mereka berdua, Hajah pernah beberapa kali keguguran. Ini adalah disebabkan sokongan rahim Hajah semasa diawal kandungan amatlah lemah dan ini berisiko mengakibatkan 𝙢𝙞𝙨𝙘𝙖𝙧𝙧𝙞𝙖𝙜𝙚. Setiap kali berlaku hal yang sedemikian, pasangan ini pasti akan bersedih dan kecewa. Walaubagaimanapun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk segera mempunyai anak. Sebelum ini bermacam-macam cara dan perawatan telah mereka cuba namun rezeki belum memihak kepada mereka. Ketika Hajah disahkan mengandungkan Julia, dia sedaya upaya cuba mempertahankan kandungannya lantas berusaha mengelakkan penguguran seperti yang berlaku sebelum ini. Dia nekad walau apa pun yang terjadi, dia mesti melahirkan bayi tersebut dengan selamat. Seingat Hajah dia pernah mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan ketika kandungannya menginjak usia 4-5 bulan. Ketika itu, cutinya dikira sehingga dia berjaya melahirkan bayinya itu. Tempoh kandungannya tersebut memang amat kritikal buat Hajah dan dia kebiasaannya akan keguguran pada tempoh tersebut. Hasil susah payah dan berkat doa seorang ibu yang betul- betul mengharapkan kelahiran zuriat penyambung generasi keluarga mereka, maka lahirlah seorang puteri yang comel dan sempurna. Kedua pasangan ini amat gembira dan bersyukur akhirnya doa mereka termakbul jua. Mereka bersetuju menamakan bayi perempuan mereka Nur Syarifah Juliana atau singkatan nya Julia sempena bulan Julai dia dilahirkan.

Lazimnya keinginan atau kemahuan manusia itu tidak mudah terpuaskan. Mereka berdua mencuba untuk mendapatkan anak kedua. Haji Ismail sangat mengharapkan kelahiran kali ini adalah seorang anak lelaki. Walaupun terpaksa menghadapi kesukaran yang sama seperti sebelumnya dan akhirnya setelah 4 tahun mencuba, Nur Syarifah Maisarah pun selamat dilahirkan. Haji Ismail sedikit hampa tetapi mereka berdua tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Setelah kelahiran yang kedua itu, Hajah Zabedah memutuskan untuk tidak lagi mendapatkan anak. Kesukaran semasa tempoh kandungan anaknya berdua itu sudah cukup memeritkan Hajah. Dua puteri comel pemberian Allah swt sudah cukup baginya. Akan tetapi ia tidak memadai buat suami nya. Sejak itulah dia tidak segan- segan menyatakan hasratnya menikah lagi satu serta mencuba nasibnya bersama perempuan lain. Memang lumrah seorang isteri tidak akan sanggup berkongsi kasih sayang suami apatah lagi menerima seorang madu didalam kehidupan keluarga nya. Walaupun berat untuk menerima hakikat tersebut, Hajah Zabedah tetap redha akan ketentuanNya dan cuba menjalani hidupnya seperti biasa. Walaupun tidak sepenuhnya dapat berkongsi kasih sayang bersama sang suami, Hajah tetap ada dua buah hati yang selalu menemani dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜Where stories live. Discover now