Part 1

11 0 0
                                    

Mikail (sambungan Ustaz vs Joker) - PART 1


9 Pagi, Temerloh.


"Kazim, macam mana dengan keadaan banduan tu sekarang? Terjaga atau masih tidur? Sila maklumkan pada saya" Tanya Inspektor Badar.


"Tuan tak perlu risau, dia tak buat apa apa. Pihak penjara sudah beri makan secukupnya. Cuma dia jarang bercakap sejak bulan lepas". Jawab Kamal, ahli Pasukan Gerakan Khas.


Inspektor Badar diam seketika sambil melihat sehelai laporan tentang banduan itu. "Macam mana pihak polis boleh tangkap dia? maksud saya, macam mana kamu boleh jumpa dia? kamu pun tahu dia susah nak mati walaupun ditembak".


"Banyak cara kami gunakan nak tangkap dia. Kali terakhir kami tangkap dia, banyak anggota kami yang terkorban. Sebelum ni ada 20 ahli tercedera tapi sekarang mereka dah pulih".


"Baik, tolong dengar. Saya nak awak tolong saya. Saya nak awak keluarkan dia dari penjara sekarang dan bawak dia ke lokasi saya serta merta".


Kamal keliru. "Tapi tuan, dia masih dalam tahanan. Kami tak boleh bawa dia keluar sesuka hati. Lagipun takde pengawal pun berani nak dekati penjara dia, tuan".


"Saya tak nak bawa dia keluar sesuka hati, saya nak hapuskan dia juga hari ini. Arah pasukan pasukan awak untuk bawa dia keluar dari penjara serta merta".


Kamal menurut perintah dari Inspektor Badar. Dia dan pasukannya bergegas ke penjara menuju ke sel tahanan banduan yang dimaksudkan. Pengawal bertugas membuka pintu sel dan membenarkan Kamal masuk. Apa yang dia lihat ialah banduan itu duduk bersila menghadap dinding belakang sambil makan makanan yang diberikan. Banduan itu sudah perasan kehadiran mereka tetapi mengendahkan seolah olah tidak mendengar apa apa.


"Sedap makanan tu, Mikail?". Banduan itu bernama Mikail. Mikail dipenjarakan atas tuduhan membunuh ramai orang yang tidak berdosa. Mikail sudah tidak mahu bercakap sejak bulan lepas kerana mengetahui ayah sudah mati dalam kemalangan. Sedih dan dendam masih ada pada dirinya. Kini, dia menunggu masa untuk dijemput ajal.


Kamal sudah melihat laporan tentang maklumat peribadi Mikail. Dia datang bersama beg hitam yang ada senjata dan topeng putih. Dia menyuruh pegawainya menggari tangan Mikail, kemudian dia datang ke arah Mikail dan meletakkannya di riba Mikail.


"Aku tahu kau perlukan topeng tu. Baik kau pakai sekarang sebab lepas ni kau akan dihapuskan dari sini". Kamal beredar sambil senyum kecil. Pegawai yang lain memegang lengan Mikail dan membawanya keluar dari bangunan penjara itu. Walaupun sudah sebulan berada di penjara, dia masih tidak rasa gembira bila berada di luar.


Ketika keluar dari pintu bangunan penjara, ada sebuah lori milik PDRM sudah berhenti di situ. Mikail merenung tajam ke arah lori itu. "Lori dah sampai, bawak dia naik cepat" arah Kamal. Pegawai naik ke belakang lori bersama Mikail manakala Kamal naik berada di sebelah pemandu.


Ketika pemandu menghidupkan enjin, Mikail memakai topeng putih miliknya dengan tangan bergari. Mikail memandang semua pegawai yang berada di sisinya, ramai yang gerun melihat wajahnya. Pegawai itu terus mengetuk dinding di belakang pemandu sebagai isyarat untuk terus bergerak ke destinasi.


Tak lama selepas dua jam memandu, akhirnya lori berhenti di destinasi yang ditujui. Kamal dan pegawainya turun dari lori dan menghentikan enjin. Mereka membawa turun Mikail perlahan walaupun dengan cara agak kasar. Rupanya mereka sudah tiba di sebuah gudang usang menjadi markas milik Inspektor Badar. Sebut tentang Inspektor Badar, dia sudah lama menunggu di situ.


"Maaf lambat tuan, kami belum pernah masuk kawasan ni lagi. Kami dah bawa Mikail ke sini, ini dia laporan rasmi tentang Mikail" Kata Kamal menahan penat.


Badar meneliti butiran yang ada pada laporan rasmi itu. Terdapat juga beberapa keping gambar Mikail dan mangsa yang dibunuhnya. Kemudian dia mendekati Mikail yang diapit oleh pegawai PGK itu. "So Mikail, kamu sudah dihukum penjara kerana tuduhan membunuh orang awam, remaja, orang tua, jiran, orang tak bersalah dan pegawai kerajaan. Saya sendiri tak pasti kamu ada masalah mental atau tidak. Kamu jadi pembunuh ketika kamu masih remaja. Samalah macam ayah kamu yang mati bulan lepas, Bermuka badut tapi gila nak cabut nyawa orang sekeliling".


Mikail genggam erat tangannya menahan geram. Dia menjadi orang tidak suka bercakap kerana terkenangkan nasib ayahnya. Kini dia sanggup membalas dendam terhadap kematian ayahnya. Kemudian Inspektor Badar mengeluarkan pistolnya dan mengacu tepat ke arah kepala Mikail.Mikail merenung mata Badar, lalu Badar mula berkata "Mikail, harini kamu akan mati di tangan aku. Sebelum tu, apa ucapan terakhir...


Mikail terus menghantukkan kepala ke dahi Badar sehingga tersungkur. "Allahu akbar" kata Badar. Mikail menolak bahu Kamal dan mencekik lehernya dengan gari dari belakang Kamal. Kamal tidak mampu berbuat apa apa ketika lehernya dijerut gari Mikail. Pegawai lain sudah menghalakan senjata ke arah Mikail.


"Hold your fire, hold your fire" kata Badar tenang sambil menghala pistol ke arah Mikail. Kamal sudah tidak bertahan dan mendesak pegawai lain untuk menembak Mikail namun mereka memberi ruang kepada Badar untuk menembak. "Korang tunggu aku mati baru nak tembak? Tembak dia cepat!" Gertak Kamal sambil bernafas perlahan.


Kelihatan tidak bermaya, Mikail menolak Kamal sehingga Badar dan seorang pegawai jatuh tersungkur. Ada seorang pegawai ingin menembak dengan selaras senapang namun Mikail pantas menepis dan memegang senapang itu, lalu menghentak kepala pegawai itu. Mikail terus memukul kepala pegawai dengan senapang sehingga berdarah lalu mati.


Kemudian Kamal bangun dan menikam Mikail dari belakang, namun ia tidak memberi kesan apapun terhadap Mikail. Mikail terus menarik lengannya dan menghayun badannya ke badan lori. Mikail menyepak kepala Kamal lalu menikamnya bertubi tubi. Kemudian, dia ternampak seorang lagi pegawai pgk cuba bangun. Mikail memegang kepalanya dan memusingkan sehingga patah tulang lehernya.


Badar mencapai pistol dan terus menembak Mikail tetapi Mikail sempat mengelak. Badar bangun lantas lari meninggalkan kawasan itu tanpa memandang belakang. Kemudian, Mikail mengambil sebilah pisau dan terus mengejar Badar walaupun berjalan perlahan. Secara tidak sedar, Badar memasuki hutan yang belum pernah dia lalui sebelum ini. Mikail tidak kisah asalkan dapat membunuh Badar.


Badar cuba menyorok di belakang sebuah pokok besar setelah penat berlari. Dia cuba memerhatikan keadaan sekeliling jika dia terserempak dengan Mikail. Baru sahaja ingin berehat, Mikail sudah berada di depannya. Badar bangun lalu lari ke tempat lain. Dia sudah tak tahu ke mana ingin lari lagi. Hanya tinggal dia seorang saja yang masih hidup.Badar cuba berselindung di sebalik pokok yang ada dan berharap Mikail tidak nampak. Beberapa saat kemudian, Mikail muncul lalu melibas muka Badar sehingga jatuh berguling ke atas tanah. Terdapat kesan libas berdarah di lehernya dan dia hanya memandang ke langit. Mikail berdiri di sebelahnya.


"Siapa bunuh ayah aku?" Tanya Mikail. Badar terkejut setelah Mikail membuka mulut namun dia tidak mampu berkata apa apa lagi selain menerima ajalnya sudah sampai. Mikail terus menikam perut Badar sehingga terburai segala isi yang ada dalam badan Badar. Badar menghembuskan nafas yang terakhir.


Mikail ternampak sosok manusia yang ramai dari jauh. Mikail terus beredar dari situ. Mikail mempunyai dendam kesumat terhadap pembunuhnya ayahnya, namun perlu merahsiakan identitinya supaya tidak diketahui pihak berkuasa.Bersambung...

MIKAILWhere stories live. Discover now