Pandangan Dyana tertumpu pada jalanraya kerana bergesa hendak ke rumah. Erm macam mana aku nak contact dia ni eh..aku bukannya tau dia duduk mana. Lepas satu, satu hal lagi!. Gusarnya.
Setelah 10 minit berlalu, keretanya terpacak di hadapan perkarangan rumah. Haa sampai pun kau, aku baru je nak call tadi. Apa kata kita makan kat luar la hari ni. Teringin pula nak makan lauk asam pedas kat kedai kita selalu pergi tu. Cadang Marya ketika Dyana sebaik sahaja keluar dari pintu kereta. Lah kenapa? aku baru je nak masak. Kau awal balik hari ni? Balasnya Dyana bersahaja. Aku hari Jumaatkan memang balik awal. Eh tak payahlah. Hari ni kau stop dulu masak, lagipun barang dapur kita tak beli lagi kan. Kau tunggu dalam kereta aku ambik tudung kejap. Bersungguh Marya meyakinkan kawannya. Dyana mengiyakan sahaja keinginan Marya itu.
Burp!. Alhamdulilah craving satisfied finally..Thanks Yana bawa aku hee. Ucap Marya sambil melihat makanan di pinggan Dyana seolah tidak terusik. Wey kau ok tak ni? Kenapa tak habis? Kau sakit ke? Ke kau tak suka makan kat sini?. Tanya Marya bertalu-talu. Eh tak lah..aku okay je..tak sebenarnya aku tengah fikir how aku nak dapatkan balik barang aku kat Shahreel tu?. Luah Dyana kebingungan. Oh pasal tu.Erm ye tak ye jugak eh. Wait before this bengkel tu ada bagi resit dia kat kau kan? By the way kan ada nama and nombor Shahreel kat situ?. Jelas Marya dengan ideanya. Jurus Dyana gigih mencari resit di dalam beg tangannya. Nama dan nombor pembayar jelas tertera pada resit tersebut. Tanpa menunggu lagi nombor Shahreel terus didail oleh Dyana. Akhirnya panggilan itu disahut oleh latar suara yang matang.
Hello, Siapa ni? Tanya Shahreel. Gulp. Dyana membasahkan tekaknya kemudian dan mula bersuara. Erm, maaf ganggu awak, ini saya Dyana. By the way saya call awak ada sebab ni. Boleh kita jumpa? Saya nak barang saya balik. Dyana kemukakan hajatnya kepada Shahreel. Oh ya your stuff ada dekat saya. Saya ingat awak ajak saya dating tadi. Seloroh Shahreel dengan tawa kecil. Reaksi muka Dyana berubah merah serta merta menahan malu sebaik sahaja disakat oleh Shahreel. Tapi Dyana memilih untuk berdiam diri tanpa respons. Eh terus diam ya? Takdelah saya gurau je. For now saya tak free, Sorry.. Tapi petang at 5, saya nak awak datang ambil sendiri dekat rumah saya boleh? Cadang Shahreel. Aduh! Perlu ke ambil kat rumah dia. Acah betul lah. Getus Dyana dalam hati. Erm kalau saya datang ambil kat office awak tak boleh ke? Saya ada hal petang ni. Jelasnya. Tapi for now kejap lagi saya ada meeting and at 3 saya ada site visit. If macam tu ikut awak la. Datang malam pun takpa. So awak nak jumpa petang or malam ni?. Balas Shahreel sekilas. Oh memang aku kena ikut masa kau je ke? Ikut sedap kau je suruh jumpa malam eh. Huh. Dasar lelaki! Luahnya dalam hati. Kalau ikutkan ingin saja dijawabnya cadangan Shahreel tu. Tapi Dyana mati akal. Petang je la. Jawab Dyana mendatar. Ok Dy baik. Kita jumpa petang okay. Assalamualaikum. Belum sempat dijawab salamnya panggilan dipadam. Dia panggil aku Dy? Memandai je dia tu. Dah lah bossy!.Getus Dyana dengan geram.
Jam menunjukkan hampir pukul 5. Kawasan perumahan Cheras yang serba mewah itu dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Setelah usai diperiksa oleh pengawal keselamatan kereta Dyana jurus ke arah lorong rumah Shahreel. Wow rumah kat sini bukan biasa-biasa wey. Kata Marya sambil meliar matanya terpanar ke arah rumah-rumah yang ala moden. Kalau kau nak tau area ni la rumah Aunty Ana aku, tak sangka pula Shahreel duduk area sini. Entah-entah sebelah rumah aunty aku habis ah. Jelas Dyana risau. Stereng dipusing belah kiri kerana Dyana agak tahu akan selok belok kawasan perumahan itu. Aduh! Rupanya rumah Shahreel terletak berhadapan dengan rumah milik Makciknya itu. Dyana menepuk dahinya dengan reaksi gabra. Kalau aunty kau tahu ni yana memang habis lah. Balas Marya. Itulah nasib baik aunty aku travel dengan family dia ke Australia dari minggu lepas. Risau juga kalau dia nampak. Huh! Kelihatan perkarangan rumah Shahreel agak sunyi. Kemungkinan dia dalam perjalanan fikir Dyana sambil menunggu dalam kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Love, Dyana.
RomancePermulaan yang tak diingini dengan pertemuan Dyana dan Saufi mengakibatkan masalah yang tak diduga oleh mereka. Kehadiran Shahreel sebagai bos kepada Saufi bertindak menyelesaikan masalah rumit tersebut antara mereka merupakan satu titik pertemuan...