Dari luar restoran, Dylan memerhatikan sepasang kekasih yang sedang bergelak ketawa.
Nampak serasi bersama.
Dylan merasakan maruahnya benar-benar tercalar melihat kemesraan Rita bekas kekasihnya. Dylan enggan sekali menerima hakikat yang Rita memutuskan hubungan mereka yang sudah terbina bertahun-tahun lamanya. Hubungan mereka terbina ketika masih belajar dibangku sekolah menengah lagi sehingga sudah memiliki kerjaya sendiri.
Dylan menahan marahnya saat James mengucup tangan Rita. Giginya diketap kuat. Saat itu terngiang-ngiang kata-kata Rita ditelinganya.
"Dylan.. Saya dah fikir masak-masak. Saya tak dapat nak teruskan hubungan kita. Saya dah ada orang baru." Wajah mulus Rita, Dylan pandang. Terasa ingin terkeluar biji matanya saat ini.
"Kenapa Rita? Apa yang buat awak berubah?"
"Saya nak hidup normal seperti wanita lain Dylan. Saya nak merasa hidup berumah-tangga, duduk sebumbung bersama orang yang saya cinta. Bukan seperti kita sekarang ni. Bertemu hanya dipejabat, kalau awak call pun disebabkan hal kerja. Saya tak pernah merasa saya ni kekasih awak pun Dylan." Rita melepaskan rasa yang lama terpendam. Selama mereka bercinta, tak pernah sekali pun Rita mendengar lafaz rindu dari Dylan. Perkataan cinta jauh sekali.
"Apa bezanya?" Perkataan yang baru keluar dari mulut Dylan tadi membuatkan senyuman sinis terbit dihujung bibir Rita, dia hanya mampu menggeleng.
"Awak hiduplah bersama ego awak tu Dylan.. Saya dah bosan.." Selesai berkata begitu, Rita terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
"Encik.. Encik buat apa berdiri kat sini lama-lama.. Mengganggu orang nak lalu je.." Satu suara menyedarkan Dylan dari terus teringat peristiwa beberapa hari yang lalu. Empunya suara gemersik tapi berani itu dia pandang. Cantik, bisik hatinya. Beberapa saat wajah itu dia pandang. Timbul idea dikepalanya ketika ini.
"Cik.. Saya nak minta tolong cik boleh?" Allah, pertama kalinya didalam hidup Dylan memohon bantuan dari orang.
"Tolong apa?" Walaupun cara menjawabnya kasar, tapi keayuan wanita itu tak pudar pun.
"Cik tolong berlakon jadi girlfriend saya.. Hanya dua puluh minit je cik tak lama." Jelas sekali wanita itu tidak senang dengan permintaan Dylan.
"Aku berkerja sebagai waitress kat sini.. Bukan pelakon. Encik nak cari pelakon silakan,tapi bukan saya." Wanita itu seperti hendak berlalu. Tapi lengannya ditahan Dylan. Terdengar rengusan dari wanita kecil didepannya.
"Cik.. Tolong saya kejap je cik.. Saya janji saya akan bayar cik, berapa pun cik minta.." Dylan pertama kalinya merayu orang. Ditebalkan mukanya yang terasa seperti sedang dilumuri lumpur saat ini, demi membuat bekas kekasihnya kembali ke pangkuan dia.
"Boleh.. Kalau kau sanggup bayar aku seribu satu minit.." Selesai berbicara, gadis itu merentap lengannya yang ditahan Dylan tadi terus berlalu pergi meninggalkan Dylan yang termangu disitu.
"Dia tak kenal aku ke? Berani dia buat aku macam tu.." Dylan berbicara dengan dirinya sendiri namun kakinya melangkah juga mengekori gadis tadi.
Sesampainya didalam restoran itu, kelibat wanita tadi dia cari tapi tak jumpa. Dia berhenti di hadapan kaunter sambil pandangannya melilau mencari tubuh gadis berani tadi tapi ditegur seorang cashier disitu.
"Ye encik ada apa boleh saya bantu? Encik dah tempah meja?" Dylan menggeleng. Matanya tetap mencari-cari.
"Err ada nampak perempuan yang lalu tadi tak?" Soalnya.
Berkerut kening gadis cashier tadi mendengar soalan pelik lelaki dihadapannya.
"Perempuan yang mana encik? Banyak rasanya perempuan yang lalu tadi.." Mendengar jawapan itu, Dylan mengutuk dirinya didalam hati. Berapa banyak benda bodoh aku buat hari ni...
YOU ARE READING
Agreement Cinta
RomanceDisebabkan keegoan Dylan yang tinggi, tugas Emma menyatukan Dylan dan bekas kekasihnya menjadi rumit. Itu selalu membuatkan punca pergaduhan keduanya. Emma semakin stress kerana dikhabarkan Rita akan bertunang dengan kekasihnya James. Semakin...