TUAN ZIYAD| BAB 4

90.4K 4.4K 208
                                    

"SILA beredar! Sila beredar! Sebelum kami gunakan kekerasan!" lolong Zakwan yang baru muncul dengan loceng kambing arwah datuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SILA beredar! Sila beredar! Sebelum kami gunakan kekerasan!" lolong Zakwan yang baru muncul dengan loceng kambing arwah datuknya. Petang ini, dia ada latihan sepak takraw lagi. Dia tidak punya masa untuk menjaga joran Encik Zahid di parit belakang rumah. Saat ini, dia sangat memerlukan bantuan daripada Zya.

"Kau ni memekak apa hal? Cucu jiran kita tu baru baby lagi. Tak ada pasal, mati kejung budak tu!" marah Zya lalu menolak tubuh Zakwan supaya menjauhi laluannya. Bakul baju kering pula diangkat dengan kudrat wanitanya. Sepulangnya dia dari fitting baju tempoh hari, kepalanya itu asyik pusing saja. Mungkin tersampuk dengan perangai tak senonoh Ziyad.

"Kau kena tolong aku, kak."

"Apa?" langkah Zya terjeda.

"Tolong tengokkan joran papa dekat belakang rumah." Zakwan menayangkan wajah tidak malunya. Dia yang memegang amanah ini tetapi apalah nasib badan, dia sibuk! Apa gunanya ada kakak kan?

Zya meletakkan bakul bajunya ke atas meja batu di hadapan rumah. Lehernya dipanjangkan untuk memeriksa halaman belakang rumah. Sejak bila ada sungai, kolam atau parit?

Pekarangan rumahnya itu agak luas. Sebuah banglo mini tetapi berada di kawasan pendalaman. Kata Encik Zahid, ini kampung halaman neneknya. Encik Zahid mewarisi kebun dan kedai makan warisan daripada datuknya. Adik beradik bapanya yang lain, semua sudah bawa diri dan keluarga ke kota Metropolitan.

"Papa suruh kau kan?"

"Memang la suruh aku tapi aku ada latihan sepak takraw petang ni. Tolong adik beradik pun berkira ke?" ujar Zakwan bernada terdesak. Duduk rumah goyang kaki aje pun pemalas.

"Ponteng latihan kau. Aku ni... tak pandai memancing. Lagipun aku ni perempuan. Manalah pandai bab-bab mengail ni. Nanti mama marah aku. Kau bukan tak tahu perangai mama tu? Mama suruh aku pantang nak kahwin. Dah serupa pantang orang nak beranak tau!" jelas Zya sebal. Bukan main lagi Puan Qamariah dengan pantang larangnya. Dia tak boleh makan makanan laut, buat kerja berat dan tidur meniarap. Kes berat ni.

"Kau percaya ke pantang larang mama tu? Nama mama Qamariah Asyikin. Nampak sangat syikin dan syirik. Nauzubillah min zalik!" umpat Zakwan lalu menggelengkan kepalanya laju. Sebelah tangan dilekapkan perlahan ke dada. Mohon jauhikanlah dia dari perkara yang dimurkai oleh tuhan.

"Kau jaga sikit mulut."

"Tolonglah aku."

"Tak nak, bebal." Zya mencapai bakul baju. Langkah sendiri diorak laju menuju ke pintu utama rumahnya. Namun, derapan kakinya itu terjeda semula. Detak jantungnya itu berdegup tidak waras lagi apabila ugutan Zakwan menerpa jelas gegendang telinganya.

"Tolong aku atau..."

Zakwan mengoyak senyuman jahat.

"Atau aku beritahu mama tentang apa yang kau dah buat dalam bilik. Dengan uncle Ziyad." Sambung Zakwan lagi.

TUAN ZIYAD ✓Where stories live. Discover now