Bab 4 ~ Yakin ~

1.6K 152 10
                                    

KEMUNCULAN Dato' Hamizan dan Datin Hafsa di ruang makan menghadirkan suasana 'malaikat lalu'. Masing-masing menegakkan tubuh, acah baik saat tuan rumah dan permaisurinya mengambil tempat di meja makan.

Apabila Bibik Bulan hadir dengan juadah terakhir, iaitu segunung dedaun salad segar yang mampu mengejutkan komuniti kambing sedunia, Auliya tersenyum tawar. Itulah sejenis sayuran yang tak disuka, namun dipaksa babahnya untuk makan dari dulu lagi. Katanya, hendak sihat itu perlukan pengorbanan. Bahasa senangnya ialah 'beauty is pain'.

"Ha, tunggu apa lagi? Along, cepat baca doa," arah Dato' Hamizan.

Seperti Pak Turut yang function, Azzad angkat tangan, bersedia hendak mengetuai bacaan doa makan. Sebelum itu, sempat dia buat isyarat mata kepada kedua adiknya. Mata itu menceritakan betapa malangnya nasib dia menjadi satu-satunya 'pangeran kodok' dalam keluarga mereka.

"Bismillahirrahmanirrahim... Allahummahdini..."

Auliya pandang abangnya dengan riak kurang percaya. Biar betul along ni? Dia nak qada solat subuh ke apa?

"Along! Babah suruh kau baca doa makan, bukannya doa Qunut!" sergah Dato' Hamizan.

Penonton drama tersebut menahan gelak masing-masing, manakala Bibik Bulan selamba saja melepaskan gelaknya dari dapur. Usai Azzad berjaya habiskan bacaan doa makan, keluarga kecil itu mulai menikmati juadah yang terhidang. Dato' Hamizan dan Datin Hafsa berpandangan pula, melirikkan hujung mata ke anak bongsu mereka.

"Kenapa?" Auliya bertanya, tanpa memandang wajah kedua orang tuanya.

"Nothing. Babah cuma nak tahu, internship adik start bila?"

"Next week," jawabnya pantas, lalu memasukkan sesudu nasi ke dalam mulut.

"Alright, good. Remember, you're not allowed to date anyone. No dating until 25."

"Babah tak perlu risau, nobody likes me. And nobody will."

Jawapan tak berperasaan Auliya mematikan selera setiap insan yang berada di situ. Adra dan Azzad berbalas mata, seakan dapat membaca apa yang akan terjadi. Keluarga mereka ada peraturan. Dan salah satunya adalah tidak bersikap biadab, terutama sekali di depan rezeki.

"Ehem... Abang, adik kan dah besar. Biarlah dia nak berkawan dengan siapapun. Kalau anak kita membujang sampai tua nanti macam mana?" Datin Hafsa berkata lembut, cuba mengalihkan fokus suaminya. Dia risau melihat renungan maut Dato' Hamizan yang sudah menikam wajah Auliya.

"It's better to be late, rather than choosing the wrong one. Orang yang tepat akan datang di waktu yang tepat, Hafsa. Orang muda zaman sekarang terlalu sibuk bincangkan soal kahwinlah jodohlah. Kahwin di dunia ni bukan satu kepastian. Sebab ada je yang ditakdirkan bujang sampai mati. Tapi orang mudah terlupa, mati tu satu kepastian."

Semua terdiam. Bila sesi tazkirah bermula, tiada sesiapa berani menyampuk.

"And you, Auliya Haifaa. Babah tak nak dengar you cakap macam tu lagi. Babah tak ada anak biadab," tambah Dato' Hamizan.

"Sorry," balasnya sepatah. Sudu dan garfu diletakkan. Kerusi kemudian ditolak ke belakang. Seleranya sudah terbantut. Daripada buang air liur bertelagah, baik dia berambus saja dari situ. Biar aman sikit.

"Back to your seat, adik. Yang susah sangat nak makan ni kenapa? Sedar tak badan tu dah kering macam batang lidi?"

Mata Auliya membuntang seketika, sebelum tersenyum hampa. Begitulah manusia. Sehebat mana dia mencuba, tiada hati yang mampu dipuaskan. Tak juga ada orang yang akan terima kekurangannya. Darah daging sendiri pun tak mampu, inikan orang luar?

Supporter Belakang Tabir ✔Where stories live. Discover now