|| Nota untuk pembaca: Cerita ini adalah karya fiksyen semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah pergi selamanya. Saya menjadikan Google, Pinterest, Youtube, Tiktok dan banyaklagi sebagai sumber insiprasi saya. Ini adalah untuk hiburan hati saya sebagai penulis kepada anda sebagai pembaca.
Tiada bahagian dalam terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan atau ditukarkan dalam apa jua bentuk KECUALI setelah mendapat KEBENARAN daripada Penulis.
Sila JANGAN salin dan tampal cerita ini di mana-mana kumpulan Faceboook, Whatsapp atau mana-manalaman media sosial. Terimakasih||
🖤❤🤍
Ini adalah REKAAN SEMATA-MATA. Saya ulang, REKAAN SEMATA-MATA.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Semoga cinta sejati akan kekal selamanya di dunia ni..." Dan aku hampir mati kerana mempercayainya namun aku juga hidup kerananya.
Cinta...
🤍❤🖤
"Hemm..." Ovellyn menyilik perempuan yang mengeluh berat duduk di meja menghadap kaunternya.
"Orang-orang tua bilang, nda boleh terlampau mengeluh depan makanan, nanti rezeki berterbangan lari." Bilang Ovellyn sambil mengelap sudu dan garfu perak lalu meletakkan ke dalam bekas simpanan.
Emily mengangkat muka monyok sambil memandang wanita yang berdiri di sebelah kaunter sana, masih sibuk mengelap utensilnya.
Orangnya cantik tapi pakaiannya agak unik. Semacam cheongsam pun ada juga paling unik laitu cucuk sanggul kristal yang terpacak di sangulan rambutnya. Ada ukiran burung merak dan bunga peony. Lawa ni. Plus, ni orang kan bahasakan dirinya Aunty Ovell, sedangkan orangnya macam masih lewat 30-an. Tapi tu lipstik merah menyala memang terpaling manang la...
"Tedalah aunty, Em teringat something yang nda siuk saja bah..." Keluh Emily. Terasa berat betul masalah yang dia hadapi ni.
"Sampai ko lupa mau makan soto yang dari tadi lagi aunty hidang?" Potong Aunty Ovell membuatkan si Emily mengalih pandangan dari wanita cantik tu ke mangkuk soto yang terhidang di hadpaannya.
Astaga naga, dari bila lagi makanannya sudah siap terhidang? Tu la, terlampau mengelamun.
"Napa aunty nda kasitahu sudah ada. Sejuk laini." Bilang si Emily, cepat-cepat dia mengambil chopstick dan sudu dari dalam bekas simpanan di depannya
"Sebab kau nda pernah pula mengelamun macam ni, Emily Venus." Bilang si Aunty Ovell. Dia meletakkan sudu perak terakhir ke dalam bekas lalu menutupnya dan menempatkan di atas kaunter. Senang customer cari nanti kalau mau guna.