Bab 1 (Aisy & Aisyah)

9 0 0
                                    


"Lambat kau balik. Kenapa satu pun panggilan telefon aku tak kau jawab?" Aku senyap. Bukan malas mahu menjawab, befikir sejenak supaya tidak tersalah jawab.

"Kasihan budak-budak tu. Tak sampai hati nak dibiar sendiri". Pin tudung satu-satu aku cabut dan ku letak di atas almari. Kepiluan yang singgah diruang bacaan tahlil tadi terasa hingga ke saat ini.

Ain memandang aku. Fahamla aku yang sebenarnya Ain cuba mencari kebenaran bait-bait dari bicara aku sebentar tadi.

"Kenapa nak korbankan diri lagi, tak cukup dengan hukuman manusia yang hampir memusnahkan kehidupan kau?" Bunyinya agak sarkastik. Tapi aku tahu Ain tiada niat melukakan, hanya satu. Kasihan pada diri aku.

"Manusia itu memang selalu lupa bahawa menghukum itu bukan hak mereka. Jadi layakkah kalau aku kata mereka itu salah, kerna asyik becerita perihal kehidupan aku?" Bergenang air mata aku, apabila peristiwa lepas seakaan angin lalu datang mengimbas. Sakit dan gelap.

"Kalau benarlah kau ke sana kerana Aisy dan Aisyah, demi Tuhan sedikitpun tidak aku risau dan kesalkan. Tapi kalau sebab hati kau masih terikat pada dia, aku harap segeralah kau cantas perasaaan yang tak patut kau semai." Ain bangkit dari kerusi. Berlalu masuk ke kamar. Ain yakin bahawa aku faham bicaranya tadi. Jadi tidak perlu diulang atau dilanjutkan perbualan ini.

Sepi. Langit gelap memayungi perasaan yang berkecamuk. Hujan di luar sudah berhenti, tapi aku pula yang berhujan air mata.

Teringat sebelum aku pulang tadi, anak yatim itu memeluk erat tubuhku. Tangisan kecil dari Aisy dan Aisyah sangat merobek hati aku. Merayu supaya aku tidak pulang.

Ibunya sudah tiada. Pergi menghadap Illahi meninggalkan mereka selamanya. Kanak-kanak berusia 7 tahun ini pastinya belum puas ditatang dengan kasih dari seorang ibu.

Puan Rogayah memegang lembut bahuku. Sentuhan ini sentuhan bersama sebuah harapan. Aku hanya memandangnya. Kelu lidah ku. Pandanganku tearah ke luar pula, dan aku sedang melihat dia yang baru selesai bersalaman dengan tetamu yang hadir. Matanya juga menghantar signal harapan pada aku.

"Ummi tahu, permintaan ummi ini mungkin tidak wajar. Tapi Sufi tahukan yang Ummi selalu dan sentiasa anggap Sufi ini macam keluarga sendiri." Jujurnya, aku tidak gemar Puan Rogayah meluahkan rasa sebegini. Peristiwa dah berlalu. Tolong jangan dicungkil semula.

Aku sedikit mengangguk. "Sufi minta maaf Ummi. Tapi kakak baru sahaja tinggalkan kita. Sufi dan abang dah ada kehidupan masing-masing. Walaupun..." Berat aku nak luah, tapi Puan Rogayah harus faham dan jelas. Harapan ini harus aku pulangkan semula padanya. Supaya tiada hati yang terluka. Yer pasti!

"Walaupun kak Waheeda dah tiada, Sufi tetap mummy Aisy dan Aisyah." Aku menggosok lembut kepala anak kecil ini. Mereka masih lagi teresak. Disudut paling dalam hatiku, ada suara yang meronta minta dilepaskan. (Ahhh apa yang kau nak bekira-kira lagi. Memang sedari dulu kau patut jadi mummy mereka. Walaupun sebagai isteri kedua abang). Mulutku perlahan menyebut "tidak!"

Suara abang menyedarkan aku. Aku mengangkat muka. Sayu melihat wajahnya yang pucat. Dari pagi abang sibuk menguruskan jenazah. Mungkin satu pun tidak sempat dijamah.

"Er, abang kata apa tadi?" Entah bila aku tak pasti, Aisyah sudah berada dalam dukungan abang. Puan Rogayah sudah berlalu meninggalkan kami.

"Sufi pulanglah, kan ada yang menunggu tu. Anak-anak abang boleh uruskan. Jangan risau." Nadanya tenang seperti selalu. Cuma yang ketara getaran menahan sebak dalam suara abang.

Aku tidak memandu sendirian ke sini. Ben ada bersamaku. Iyer Ben. Dari sebelum aku kenal abang dan kak Waheeda, sampaila ke saat ini. Ben tetap ada. Masih setia.

"Boleh Sufi tidurkan Aisy dan Aisyah untuk malam ni?" Abang menunuduk. Mungkin merelakan, tapi risau kalau aku terbeban.

"Abang jangan rasa susah, Sufi buat ni untuk Aisy dan Aisyah. Ben akan tunggu." Aku meraih tangan Aisy untuk bergerak ke bilik tidur mereka. Kemudian perlahan abang bersuara. 

"Silap abang sebab tak boleh beri apa yang Ben buat dari dulu sampai sekarang untuk Sufi. Setia dan selalu ada." Tersentak. Dari mana kekuatan ini datang sedikit pun aku tak pasti. Aku memandang tepat ke arah mata abang.

Aku mengangguk, tanda mengiyakan. "Yer abang, Ben akan sentiasa dan selalu ada." Perlahan air matanya gugur. Dan aku tahu, dia juga tahu tiada lagi kisah abang dan Sufi.

Pesanan ringkas dari Ben kembali buat aku tersedar...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Selimut Dari TuhanWhere stories live. Discover now