Hadir

4 0 0
                                    

Malam itu,iaitu tahun 2020 merupakan tahun pertama yang menjadi sejarah di dalam hidupku.Aku hanyalah seorang remaja lelaki yang naif dan sentiasa memikirkan tentang pasangan.Dan pada tahun itu aku sungguh agresif dan tidak mampu untuk memberikan sebarang belas kasihan pada orang lain dan juga diriku.Dan aku juga seringkali digelar sebagai "Remaja physcopath".Ramai pelajar termasuk dengan rakan karibku sering menjauhkan diri mereka daripada bertembung denganku.Di dalam hati,siapakah yang mengetahui,

Pada tahun itu,aku hanya menginginkan belaian dan keakraban bersama rakan-rakanku.Aku ingin bebas daripada belenggu yang ada pada diriku.Malah aku juga tidak mampu menanggung segala ujian termasuklah mengapa harus aku bersolat?Keluargaku tidak berapa untuk menekankan aku untuk bersolat.Sepanjang ini,hanya ibuku sahaja yang mengajarkanku tentang solat.Dan ayahku,hanya memikirkan soal kewangan dan minatnya sahaja.Aku tidak mahu sama persis untuk sebegitu.Aku mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain.Dan perkara yang paling aku ingat tentang ayahku di mana pernah menyebut 3 huruf terlarang padaku.Huruf itu berbunyi

ك ف ر

Aku cukup terpaku dengan apa yang terlontar daripada kata-katanya dan sejak daripada itu aku berhenti dalam menghormatinya dan aku tidak merasakan sedih jika aku kehilangannya.Bagiku orang sepertinya takkan membawa aku kepada sebarang kegembiraan kerana setiap kali perbalahan pasti dia akan menyalahkan aku dan sentiasa mengungkit kekhilafanku yang dahulu di mana sejak aku masih kanak-kanak yang kecil dan serba ingin tahu sehinggalah kepada remaja yang matang.

Sejak kecil,aku mempunyai sikap suka bertanya dan suka menyoalkan sesuatu perkara bagiku ianya suatu persoalan yang seharusnya aku mampu untuk mendapatkan jawapan daripada keluargaku sendiri.Namun aku begitu meletakkan harapan yang tinggi pada mereka;mereka membenci dengan persoalanku dan menganggap bahwa hanya sekolah sahaja yang akan memainkan peranan besar di dalam hidupku.Aku remuk hati dan menconteng dinding dengan ayat-ayat yang kasar.Aku berkasar dengan keluargaku dan aku mulai memberontak pada mereka.Seringkali juga aku bertelingkah dengan mereka.Sering kali aku banyak bertikam lidah dengan mereka.

Aku hanya membalas dan takkan mengaku salah dengan apa yang terjadi.Bagiku,tiada beza antara aku sebagai anak dan mereka sebagai ibu bapa,apabila berlaku sebarang isu atau pertelingkahan maka kedua-dua pihak harus memohon maaf atas sikap yang terburu-buru dan menuduh tanpa usul periksa.Orang sedemikian bagiku juga tidak layak untuk dipanggil ayah atau ibu sebaliknya hanyalah binatang semata-mata.Namun mengapa,seringkali mereka membuat tuduhan melulu seperti orang kurang siuman di hadapanku dan membuat ugutan dengan rotan,jika aku tidak mengakui,aku pasti dirotan dengan teruk.Hatta berlaku luka sekalipun mereka menganggap aku tidak akan apa-apa.

Pada tahun itu jugalah telefon bimbit menjadi milikku.Dan di sinilah dunia siber menyambut kedatanganku dengan medium hiburan seperti Tiktok yang menayangkan trend terkini,Mobile Legends yang penuhi dengan langkah strategik dan Wattpad yang membuatkanku tidak berhenti untuk menulis.Pada malam itu,aku berasa sangat-sangat murung kerana segala perbuatan mereka telah menyebabkan aku trauma.Disebabkan itulah aku melayari Tiktok untuk meredakan tekanan yang bersarang di kepalaku.Ketika itu aku gian dalam menonton pelbagai video.Hinggalah aku terlintas dalam satu video ini yang bertanya pada penonton

"Hai awak apa khabar,Eh kenapa awak menangis ni?Dah jangan nangis ya,Stay strong :)"

Ayatnya membuatkanku terasa belaiannya buat kali pertama,namun ketika itu aku tidak mengenalinya.Sehingga aku mencari pemilik video itu.Apabila aku menekan sahaja video pemilik asal maka keluarlah segala video dan biografi miliknya.Dia juga meletakkan suatu link.Tanganku mulai gatal lalu menekan link tersebut.Apabila menekan sahaja aku mendapati link itu membawa aku kepada nombornya itu.Aku tidak segan silu dan memulakan dengan salam.Dan aku juga memperkenalkan diriku.Dia membalas mesejku dan memperkenalkan dirinya juga padaku secara ringkas.Dan aku bertanya padanya

"Kak adriana,Saya perlukan bantuan akak.Boleh akak bantu?"

5 minit kemudian dia membalas,

Bersambung

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 28, 2022 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Adriana Quote'sTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang