BAB 1

5 0 0
                                    

Namaku Nur Emelia Nadia. Orang selalu panggil aku Lia. Ramai kata aku ni sombong, tak suka cakap dengan orang. Tapi biasalah mulut manusiakan apa boleh buat. Aku mempunyai 2 orang sahabat iaitu Zara Maisara dan Nurul Sarah Aulia. Mereka selalu bersamaku. Kami berumur 17 thn.

6:30 am

"Nadia cepat sikit dah lambat ni, apa yang kamu buat lagi tu, kamu nak daftar lagi." Kedengaran jeritan puan Farah alias mama aku. Hari ni adalah first day aku pergi ke sekolah yang baru. Kami selalu berpindah disebabkan kerja papa yang sibuk dengan syarikatnya.

"Ye ma kejap. Tengah betulkan tudung ni!" sahutku. Benda yang paling aku tak suka bila kau nak cepat lepastu tudung kau tak bagi kerjasama. Argh lantaklah tudung aku ni, aku dah lambat ni.

"Morning ma,pa." tegurku seraya menuruni anak tangga. "Ha nadia, cepat sikit makan tu harini kamu first day kan" pesan puan Farah. "Alah rileklah ma nanti Zara ngan Sarah tunggu jugak dekat depan pagar. "Eh kamu ni tak baik tau buat orang tunggu kita" bebel puan Farah.

"Ye kejap ma, Nadia habiskan nasi ni lepastu Nadia pakai kasut." jawabku.

"Dah tak payah ni mama dah siapkan bekal kamu makan je dalam kereta nanti, papa kamu tu dah lama tunggu" jelas puan Farah sambil menghulur sebuah bekas Tupperware yg berisi nasi lemak ke arah Nadia.

"Hehehe thank you mama, i love you" ucapku sambil membuat flying kiss.

SMK BRIGHT SKY

"LIA! Sini, sini." jerit Zara sambil melambai tangannya. Kawan sapalah ni tak pasal-pasal semua orang pandang. Member sapa ni tolong kutip please.

"Kau dah kenapa terjerik-jerik macam orang hilang anak ni." marahku. Ni baru first day belum lagi hari yang akan datang.

"Hehehe sorrylah, okeylah jom kita pergi pejabat dah lambt ni" ujar Zara tanpa rasa bersalah.

Setelah selesai urusan di pejabat pengetua

"Weh kau dapat kelas mana?" tanya Sarah curiga

"Aku dapat kelas 5 Aviators." jawabku ringkas.

"Weh sama, dah jom masuk kelas nanti senanglah nak gosip" sahut Zara

Ha ni lagi seorang kerja nak membawang je. Aku rasa dah boleh buat rendang dah kalau dia mula membawang. Habis salah silah keluarga dia tau.

Tok...Tok...Tok...Tok

"Maaf cikgu kami lambat. Kami jumpa dengan budak baharu tadi." tutur Zara. Bajet alim betul kawan aku ni padahal dia yang malas nak masuk kelas. Biasalah kelas math sapa je suka kan. Kalau aku pun, aku nak ponteng tapi tak baik.

"Ha yelah kamu berdua masuk. Awak murid baharu mari perkenalkan diri." pinta cikgu Ainul. Guru matematik bagi kelas 5 Aviators.

"Assalamualaikum, hai nama saya Nur Emelia Nadia panggil Lia. Selamat berkenalan." ujarku sambil menghadiahkan senyuman yang tak berapa nak ikhlas.

"Okey baiklh kamu boleh duduk di belakang Zara." ujar Cikgu Ainul sambil menunjuk tempat duduk aku. Yes duduk belakang member paling nikmat ya.

Rehat

"Weh Lia petang ni nak tak kau lepak dengan kitaorang?" tanya Sarah sambil menggigit cocopie yang baru dibelinya di koperasi tadi

"Bolehlah lagipun petang ni aku free aku pun boring jugak ni" balasku

"Weh korang perasan tak kenapa diaorang pandang kita eh?" soalku tidak selesa. Ada sekumpulan budak lelaki yang sedang tengok kitaorang dengan pandangan yang mencurigakan.

"Entah diaorang selalu macam tu nampak je budak lawa sikit mesti tengok macam nak telan" jelas Zara.

"Tapi aku tak selesalah."jawabku. Ya memang tak selesa, kau bayangkan tengah duduk lepastu budak lelaki tengok kau macam nak terkam.

"Woi korang ni takde kerja ke nak mengintai anak dara orang je tahu." balas seseorang yang memakai baju biru. Aku rasa dia tu pengawas sekolah sebab tengok dari gaya dan warna baju pun dah tahu.

"Zara siapa lelaki tu?" soalku pada Zara. Senang sikit aku tanya minah ni semua gosip dekat sekolah ni semua dia tahu, dah macam wartawan tak berbayar.

"Oh yang pengawas tu eh? Nama dia Farhan Hafiz, kitaorang selalu panggil dia Farhan sebab kalau dia masuk air tu 100% dah macam beruk dekat hutan tu" jelas Zara. Ha sekali dengan pakej mengutuk dia bagi. "Tapi dia tak berapa rapat dengan perempuan, kalau ada kau nampak dia cakap dengan perempuan pun sebab hal yang penting. Lagipun dia tu ketua pengawas dekat sekolah ni kira perfectlah. Nak dikatakan hampir semua pelajar perempuan crush dekat dia." sambungnya.

"Oh" balasku singkat.

2:00pm

Waktu balik dari sekolah. Aku hanya jalan kaki sebab rumah aku dengan sekolah dikatakan hampir dekat. Sebelum balik aku singgah dulu kedai 7 Eleven. Saja malam-malam nanti boleh makan samyang sambil tengok kdrama.Sewaktu aku ingin ke kaunter pembayaran aku berlanggar dengan seseorang.

"Ah cik sorry, saya tak perasaan." ujar orang yang langgar aku. "Takpe-takpe saya pun nak minta maaf jugak, salah saya tak tengok kiri kanan." ujarku. Baru aku ingin melihat seseorang yang melanggarku tetiba dia bersuara.

"Nadia?"

"Awak yang dekat sekolah tadikan yang tolong halau budak-budak lelaki waktu rehat?" soalku. Dia hanya mengangguk. "Urm... Terima kasih sebab tolong halau diaorang tadi."

"Most welcome, kalau takde apa-apa lagi saya minta diri dulu and sorry sangat-sangat" ujarnya lalu beredar keluar dari 7 Eleven.

Cafe Boisterous Blue

"Weh korang, korang masuk badan beruniform apa eh?" soalku. Yalah takkanlah aku nak sorang-sorang dahlah aku ni tak kawan sangat dengan orang bak kata mbti introvert lah nak dikatakan.

"Aku dengan Zara masuk pengakap. Tapi kau kan memang tak suka pengakap, takkan kau nak masuk?"

"Memang taklah aku nak masuk kalau macam tu baik aku masuk pbsm" balasku

"Macam ni kau pilih je apa-apa yang kau minat,kawan ada takde tu lain cerita yang penting kau pentingkan diri kau okey" balas Zara. Betul jugak ada takde tu lain cerita yang penting aku enjoy and suka apa yang aku pilih. Aku sokong kau Zara.





































































Bersambung....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY LOVE [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now