Di suatu rumah agam besar yang berada di Taman AquaPasifik, terdapat Ibu yang lagi di dalam proses persalinan.... Terdapat juga beberapa pembantu rumah yang membantu dalam proses pengeluaran bayi tersebut.
AHHHH! Sakit...... Si Ibu menangis menahan kesakitan semasa putera pertamanya ingin keluar daripada kandungannya.
(Tahan sedikit lagi Sayang.... Kuatkan diri kamu... Semuanya akan berjalan lancar) Kata si ayah yang berada di sisi si ibu untuk menenangkannya.....
Selepas proses pengeluaran bayi yang menyiksakan itu selesai, semua orang menghembuskan nafas lega sekaligus gembira kerana anak yang keluar tersebut merupakan anak pertama & merupakan pembuka bagi generasi baharu.
『Keluarga yang melahirkan anak generasi baharu, dikatakan akan memberi nasib baik untuk makhluk yang berada di sekelilingnya, berbeza dengan anak terakhir yang menyebabkan malah petaka』
Si Ayah & Si Ibu pun menamakan putera pertama mereka dengan nama 『Kai』.
Selepas sahaja proses persalinan selesai, secara tiba-tiba.... Ada yang mengetuk pintu rumah mereka. Si ayah pun bergegas ke bawah untuk mengawasi pintu rumah mereka. Hujan yang lebat di luar membuatkan si ayah tertanya-tanya (masih ada yang datang walaupun hujan lebat seperti ini?) Selepas sahaja pintu di buka, terdapat sebuah kotak. Di dalam isi kotak tersebut terlihat seorang anak perempuan yang juga baru lahir serta terdapat sebuah nota. Nota tersebut bertulis "aku amanahkan kau, ambillah anak kami wahai sahabat, didiklah dia menjadi seorang yang hebat seperti kau, aku lebih mempercayai kau berbanding orang lain (daripada sahabat mu ******) ". Si ayah pun terdiam lalu bertanya di dalam hati (kenapa engkau berbuat sedemikian sahabat? Bukankan anak ini merupakan puteri pertamamu? Bukankah kau dulu sangat menginginkan anak?) Banyak pertanyaan yang bermain difikiran si ayah.
Selepas sahaja seketika mengelamun... Ada sesorang pembantu menegur si ayah, lalu si ayah pun membawa masuk anak perempuan itu ke dalam rumah dan menceritakan apa yang ada di luar kepada semua orang yang berada di rumah.
Selepas sahaja si ibu membaca Nota yang diberikan kepada sahabat mereka... Si ibu pun seperti memahami apa yang cuba disampaikan kepada sahabat mereka. Si ibu pun berkata kepada si ayah (Kita jaga jelah anak ini seperti anak kita, nanti takdelah Kai keseorangan kalau kita sibuk nanti, lagipun... kita dah diberikan amanah, kan?) Si ibu tersenyum ikhlas kepada si ayah. Si ayah pun membalas senyuman tersebut dengan ciuman di dahi... (Kalau sayang berkeras, abang pun tak boleh nak buat apa) Balas si ayah dengan senyuman juga. Mereka pun memberikan nama perempuan itu dengan nama 『Mika』.
Hari demi hari pun berlalu, ramai yang datang ke tempat mereka untuk menjenguk Kai dan Mika. Mengapa tidak, putera & puteri mereka merupakan generasi terawal yang lahir. Banyak perkara positif yang berlaku dalam keseharian keluarga tersebut seperti sumber kewangan yang meningkat, pertanian, kurangnya serangan musuh, lebih ramai kenalan dan sebagainya.
Namun...... semuanya berubah selepas si ibu mengandung anak ke 3 mereka. Si ayah dan ibu berfikir bahawa anak yang akan dilahirkan itu cuma anak biasa pada umumnya. Selepas sahaja anak itu dilahirkan.... petinggi wilayah datang ke tempat mereka, dan memberi tahu bahawa anak yang dilahirkan itu merupakan anak generasi terakhir... Reaksi si Ayah dan Ibu pun berubah secara drastik... Mana taknya, anak yang dilahirkan akan memberikan mala petaka kepada mereka... Petinggi wilayah tersebut merekomendasikan mereka untuk membunuh anak tersebut... Mendengar ayat itu dari mulut orang itu, membuatkan kedua hati mereka resah... "Bolehke bayi ni dipindahkan saje ke tempat lain tampa membunuhnya?" Tanya si ayah kepada petinggi wilayah itu. "Kalau dipindahkan saje, sumpahan itu tidak akan hilang daripada bayi ini, malah akan merosakkan lagi suasana" ucap beliau. Si ayah dan ibu pun buntu untuk membuat pilihan.
Secara tiba-tiba...
Mika terjah masuk ke bilik mereka. "Kenapa kamu masuk ke sini nak?" tanya si ayah dan ibu terkejut. "Kakak bosanlah, abang taknak main dengan kakak..." Mika menjawab, lalu pergi ke tempat si ayah dan ibu. Mika pun melihat bayi yang didukung oleh ibu. "Wah comelnya! Siapa ni? Dia adik baru saya dan abang ke?" Mika tersenyum teruja melihat bayi itu. Melihat wajah Mika yang sangat gembira membuatkan ibu dan ayah membuat keputusan untuk menjaga bayi itu. Mereka berfikir dengan adanya anak generasi pertama di dalam keluarga mereka dapat meneutralkan sumpahan anak terakhir itu. Petinggi wilayah itu pun bersetuju dengan idea kedua ibu bapa itu, selepas itu beliau pun pulang untuk memberitakan perkara ini.
Selepas sahaja petinggi wilayah itu pulang, si ayah dan ibu pun sedang memikirkan nama untuk anak ke-3 mereka.
"Apa kata namakan dia Aruu?" Ucap Mika kepada mereka. "Aruu... Huh, nama yang baik!" Ucap si ayah. "Comel juga nama tu untuk bayi ni!" Ucap Ibu pula. Mendengar respon ibu bapanya membuatkan Mika menjadi lebih gembira!
Selepas itu, Kai pun masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku.
"Kai! Lihat ni, adik baru kita, nama dia Aruu! Saya yang namakan dia tau!" Mika memberi tahu kepada abangnya Aruu seperti suatu kebanggaan tersendiri. Kai merespon dengan muka biasa tetapi sedikit gembira. "Heh... asyik dengan muka murum tu je..." Protes Mika kepada Kai. Melihat gelagat kedua anak-anak itu, membuatkan si ayah dan ibu ketawa. "Baiklah, nampaknya tidak ada apa yang perlu dirisaukan sekarang!" Kata ayah dengan semangat. "Aruu, tak kira apapun yang berlaku, kau ialah anak kami" Ucap si ayah kepada Aruu yang masih bayi. Mereka pun hidup normal selepas itu....
YOU ARE READING
Anak Terakhir
FantasyMenceritakan seorang anak magis yang bernama Aruu. Aruu merupakan anak terakhir daripada ahli keluarganya, sekaligus penutup bagi generasi keluarga yang lain. Dikatakan keluarga yg melahirkan anak generasi terakhir akan mendapatkan nasib malang yang...