Bab 1

17 4 1
                                    

Langkahnya diatur laju , makin lama makin terasa lajunya . Naura mengeluh kecil sambil mengatur langkah . Dipandang sekilas jam di pergelangan tangannya .

" Matilah aku kalau lambat macamni " dia mengomel sendiri .

" Good Morning miss ! " sapa pangawal keselamatan yang menyambut mesra kedatangannya di pintu masuk . Naura senyum manis lalu membalas sapaan pengawal tersebut , pendek tapi kedengaran mesra .

Naura berlari lari anak menuju pintu masuk 'back of house' di mana semua staff akan menggunakan lorong laluan di situ untuk ke pejabat masing-masing . Naura mengatur langkah kemas ke pejabatnya yang terletak di kawasan paling hujung bangunan . Separuh jalan Naura menepuk dahinya .

" Bodohlah , lupa access card lagi . Punca betul semua ni " dengus Naura . Langkahnya diatur ke bilik utama pengawasan keselamatan yang terletak betul betul bersebelahan dengan pintu masuk yang dia lalui tadi . Dia terlupa kad akses pejabatnya disimpan di situ . Ini bukan kali pertama dia terlupa , tetapi sudah masuk kali entah yg keberapa ratus .

Naura mengetuk lembut cermin tingkap yg terpapar tulisan " Sila Ketuk Perlahan " .

Cermin tingkap ditarik , wajah Ammar terjengul di situ .

" Kenapa muka kau nok , asal datang keje je dahi kau kerut . Bila dahi kerut je tahu dh kau memang kena datang kerja kan " Ammar bersuara . Muka masam Naura dipandang sambil kepalanya digeleng geleng .

" Tidak la , benda last minit macamni kan menyusahkan orang . Bos aku tu pun dah tau staff tak cukup amik la lagi , rekrut la lagi aku sanggup je nak train staff baru . Ni dah staff larii kan dah sibuk kena kacau waktu kerja orang lain " omel Naura .

Kad akses yang dihulur bersama dengan buku pendaftaran dicapai . Tangannya ligat menulis butiran di buku sambil mulutnya masih membebel . Ammar tersengih sendiri . Itulah Naura , suka sangat membebel tapi dia orang paling lama bertahan di situ . Kecekapannya menjalankan tugas buat dia desenangi semua orang di syarikat itu . Tapi biasalah manusia , bila ramai orang suka ada pulak yang tak senang melihat . Namun Naura yang dia kenal jenis manusia yang tak pernah kisah apa orang lain nak bercakap pasal dirinya sebab prinsip si Naura ni senang , hidup bukan untuk puaskan hati orang . Dia kagum dengan Naura juga , anak perantau yang merantau jauh dari keluarga , duduk sendiri di tempat orang . Sangat pandai berdikari dan jaga diri . Untung siapa dapat Naura detik hati kecilnya .

" Menung pulak kau ni hah . Nah buku , kamsahamnidaa " ucap Naura , buku dihulur kepada Ammar . Ammar mencapai buku sambil tersengih .

" Bukan menung , tengah menikmati indahnya ciptaan tuhan " gurau Ammar .

" Banyak la muka kau indah " potong si Naura .

" Tengahari nanti jom makan luar , tak sedap makanan cafe . Sakit perut aku dibuatnya " ajak Ammar . Naura mengira ngira .

" Harini aku sorang je on standby , nanti aku bagitau balik eh ? Kalau tak boleh kau tolong tapau tau . Aku nak kena gerak ni , kang merenyeh je memang lambat aku bukak Kids Club " . Naura melambai dan berlalu pergi .

Sepanjang berjalan menuju ke pejabatnya , dia disapa beberapa kali oleh staff syarikat di situ . Semua orang agak ramah . Biasalah bekerja dalam bidang perkhidmatan awam memang perlu jadi seorang peramah . Naura melayangkan kad akses di pengesan . Pengesan berbunyi menandakan kunci telah dinyahaktif . Naura masuk , kasutnya diletakkan di rak kasut bersebalahan pintu . Dibuka semua suis di situ , penghawa dingin diaktifkan semula . Beg galas dan beg laptop diletakkan di meja kerjanya . Naura memerhati sekeliling , mencari cari jika ada perkara yang terlupa diselesaikan oleh staff yang bekerja malam semalam . Tiada . Naura mengangguk puas hati .

Masuk kali ini , sudah kali keberapa juga dia kira perkara sama terjadi . Isu staff lari malam , tak datang kerja tiba tiba sudah jadi topik dan masalah biasa jabatannya . Naura menggaru garu kepalanya yang tidak gatal . Sepatutnya hari ini dia cuti , tetapi tiba tiba pagi tadi Manager jabatannya telefon minta dia untuk masuk kerja kerana staff yang sepatutnya datang , tidak hadir . Emergency katanya , tapi hujung hujung sudah hantar surat perletakkan jawatan . Dia juga faham kalau ramai yang tidak tahan bekerja di bawah jabatannya kerana gaji yang ditawarkan kecil . Ramai juga bekas staff yang bekerja di situ mengadu yang gaji ditawarkan kecil tetapi sebab tiada pilihan mereka terpaksa terima sebelum mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lebih berpatutan .

Tetapi bila difikirkan balik dengan skop kerja yang diberikan dengan gaji yang ditawarkan adalah berpatutan kerana mereka hanya perlu 'on standby' di Kids Club kalau ada pelanggan hotel yang mahu anak mereka dijaga di situ ketika mereka perlu menyelesaikan beberapa hal penting . Tetapi semua orang ada masalah masing masing yang membuatkan mereka memilih jalan untuk berhenti serta merta seperti apa yang selalu terjadi .

Selesai mengemas sedikit ruang main kanak kanak di tingkat atas , Naura ke bilik sebelah yang menempatkan ruang permainan video untuk kanak kanak yang lebih dewasa dan juga remaja . Dia memeriksa kalau kalau masih ada sisa sampah yang masih belum dibuang , permainan lain yang berkemungkinan bersepah . Semua benda dia perikda sehingga puas hatinya . Jam dinding dipandang sekilas . Sudah hampir ke jam 10 pagi . Sebentar lagi pasti ada pelanggan hotel yang akan kemari untuk meninggalkan anak mereka bermain di situ . Naura kembali duduk di meja kerjanya . Laptopnya dikeluarkan , segala perkakas kerjanya dikeluarkan dan disusun rapi di atas meja .

Naura merenung skrin laptop yang baru sahaja menyala , terpapar gambarnya dan arwah kembarnya Naira . Disentuh skrin , tiba tiba hatinya dilanda sebak .

" Kakak , adik rinduu .. " bergenang air matanya apabila mengenang rindu yang tiada penghujung . Sungguh dia rindu akan kembarnya . Orang paling dia percaya dalam dunia adalah kembarnya , Naira . Sejak Naira meninggal 3 tahun lalu , Naura bagaikan layang layang putus tali . Separuh hatinya Naira bawa bersama . Tiada lagi kawan menangis ketawa Naura hari hari . Seperi kembar lain , mereka sangat rapat . Teramat sangat . Walaupun ramai yang berkata Naira lagi cantik dari Naura namun kakak kembarnya selalu menjawab yang mereka adalah kembar seiras dan tiada apa yang beza antara mereka . Kalau Naira cantik jadinya Naura juga cantik .

Naira selalu dahulukan Naura dalam apa jua keadaan . Kalau Naura sedih dia juga sedih . Kalau mama papa marahkan Naura , Naira juga akan turut menangis . Bahkan apa juga yang Naira pakai dia mahu Naura juga pakai benda yang sama dengannya . Begitulah mereka berdua sampailah kedua duanya besar panjang . Pada umur 19 tahun , Naira dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti yang berlainan dengan Naura . Jadi mereka terpaksa berpisah buat sementara waktu . Setiap kali hujung minggu , cuti akan dimanfaatkan dengan meluangkan masa bersama sama . Naura dan Naira tidak boleh dipisahkan . Sampailah peristiwa 3 tahun lepas selepas Naira melanjutkan ijazahnya ke Melbourne , Naura tak menyangka itu adalah perpisahan terakhir mereka untuk selamanya . Mengenangkan peristiwa itu Naura sebak , dia sepatutnya turut serta ke Melbourne waktu itu tetapi dia sedang menduduki peperiksaan penggal di universitinya jadi dia tidak dapat ke Melbourne untuk menghantar Naira .

Loceng pintu berbunyi menyentak Naura dari lamunannya . Dia menoleh ke arah pintu kaca , sudah ada yang mahu masuk ke dalam . Naura bangun menuju ke pintu .

" Happy working " ucap Naura untuk dirinya sendiri .

Dia BintangWhere stories live. Discover now