2

883 79 10
                                    

┌────── ──────┐
DANIEL AYESHA
└────── ──────┘

" KAU okay tak ni, Ayesha? Termenung aje dari tadi. " Suara feminin itu menyentakkan Ayesha ke realiti, wajah gadis di sebelahnya dipandang. Kejadian semalam masih lagi bermain di mindanya, Daniel dan kata-katanya.

" Rindu Zaryan lah tu. " usik Lydia. Ayesha hanya menjelingkan mata ke atas.

" Zaryan tengah sibuk dengan site visit dia. Aku faham situasi dia. Lagipun takda maknanya aku nak termenung sebab Zaryan. Kalau angau tu ye lah. "

" Habistu kenapa kau termenung, okay tak? "

" Aku okay. Kenapa kau nak jumpa aku ni? " tukas Ayesha.

" Oh ni, lupa nak bagitahu. Kau cuti kan sekarang? "

Ayesha mengangguk kepalanya perlahan.

" Esok datang event aku eh? " Lydia mengedipkan matanya beberapa kali, saja lah tu mahu memujuk Ayesha.

" Kau ni kalau aku cakap taknak pun, tetap kau akan paksa kan? Iya lah, Miss Lydia. " Ayesha tertawa perlahan, kepala gadis itu diusap lembut. Lydia pula sudah bersorak riang.

" Yes! Alang-alang tu kau jadi lah model aku sekali esok. " Hah ni tak suka dengar ni, Ayesha menjeling tajam ke arah Lydia.

" Aku ni pramugari tau, bukannya model. Kau ni kalau tak tengok aku hidup aman sehari memang tak senang kan? " kepala digelengkan beberapa kali, tanda tidak setuju. Tak suka betul dia, model bukan kepakarannya. Lagipun, dia tidak tertarik mahu menggayakan baju rekaan Lydia.

Biarlah model muda yang lain diberi peluang untuk menggayakan baju-baju itu. Dia sudah cukup dengan kerjayanya, tak perlu dia tutup periuk nasi orang.

" Alah Ayesha, please.. " Lydia menyatukan kedua belah tapak tangannya, riak muka dibuat sesedih yang mungkin.

" No means no, Lydia. Aku akan pergi but no modelling job. That's it. "

" Alah, ish yelah. " Akhirnya Lydia mengalah, Ayesha pula hanya boleh mengeluh perlahan.

" Kau ni pun satu, kenapa nak sangat jadikan aku model ni? Buatnya Zaryan tahu nanti, mahu mengamuk dia. Tengok lah kali terakhir aku tolong kau modelling, hampir saja dia nak saman kau. "

" Aku lupa lah, ish Zaryan pun satu. Bukannya aku tayang awek dia ni kat orang-orang tak bermoral pun! " terletus ketawa Ayesha mendengar bebelan Lydia. Iya betul, Zaryan hampir sahaja mahu menyaman Lydia disebabkan kejadian Ayesha terpaksa menjadi model sementara Lydia.

Alasannya, Ayesha dipaksa jadi model dan tayang badan. Hampir sahaja Zaryan mengemukakan statement ini kepada peguamnya, mujurlah Ayesha menghalang. Sifat cemburunya bukan main-main. Mungkin sahaja akan ada yang meringkuk dalam penjara.

" Kau tahu kan Zaryan macam mana. A dia cakap, A lah kau kena buat. Kalau kau belok B, ha itu la padahnya. " Ayesha kembali menghirup kopinya. Tenang betul, luangkan masa dengan Lydia dapat melupakan sedikit kejadian hitam itu.

" Sudahlah, aku nak balik lah. Nanti nak pergi check up apa lagi yang kurang untuk event esok. Nak aku hantar kau ke? "

Ayesha menggeleng perlahan, senyuman nipis diukir dibibir.

" Tak apa, kau baliklah dulu. Aku nak jalan-jalan kat taman depan tu kejap. Nanti pandai lah aku call Zaryan or naik grab je. "

" Okay lah kalau macam tu, bye babe. " Lydia melambai tangannya ke arah Ayesha sambil kakinya mengorak langkah keluar dari cafe itu. Suasana di cafe itu cukup menenangkan, aroma kopi yang semerbak, tambah lagi dengan irama lagu jazz kedengaran. Memang menunjukkan nilai estetika yang tinggi.

Ting!

Ayesha memandang ke arah telefon pintarnya, email yang baru diterimanya itu dibaca perlahan-lahan.

'....Congratulations, Ms. Dahlia Ayesha. You have been chosen as one of the top stewardess of this month!.. '

Membulat mata Ayesha, terkejut. Top stewardess again? Masuk dengan kali ni, sudah 5 kali namanya naik. Ini bukan mimpi kan? Tangannya naik memincit lengan sendiri, sakit. Sah! Bukan mimpi!

Senyumannya kembali mekar dibibir, laju dia bangkit dari kerusi itu dan melangkah keluar dari cafe itu. Tangannya lincah menaip di permukaan telefon pintarnya, nombor seseorang di dail. Kakinya menghentak lantai perlahan mengikut deringan di talian itu. Riak gembira di muka masih lagi terpampang.

" Hello? "

" Hello, Papa! You know, Ayesha dapat award. Top stewardess of this month! 5 months streaks! " suaranya lansung tidak menyembunyi rasa terujanya.

" .... "

" Papa? " Ayesha mengerutkan dahinya, kenapa papa senyap ni?

" You called me just to say this? Seriously, Dahlia Ayesha? "

Tersentak Ayesha seketika, ah. Dia lupa. Akibat terlampau teruja, dia terlupa sesuatu yang penting. Papanya, tidak lagi orang yang sama seperti 2 tahun lepas. Kecewa.

Ayesha mengetap rahang, matanya yang sudah bertakung menunggu masa untuk melimpah itu dihiraukan.

" Ayesha tak pernah minta banyak pun. You are my father! Atleast be proud of my hardwork. " Tangannya menggeletar, sebak.

" You are not a child, Dahlia Ayesha. I'm busy right now. " Bunyi panggilan tamat yang menyapa telinga Ayesha cukup membuktikan sesuatu. Lelaki itu jelas muak. Mungkin kerana waktu kerja nya diganggu.

Sekali lagi, hati gadis itu dihancurkan, oleh ayah kandungnya sendiri.

Ayesha tertawa kecil, penuh kepalsuan. Air mata yang mengalir deras di pipinya dibiarkan. Telefon pintarnya digenggam erat. " Dahlia Ayesha, you are useless. "

" Shhh. " Sepasang tangan yang tiba-tiba melingkar di pinggang Ayesha menariknya ke dalam pelukan, erat. Perlahan-lahan belakang gadis itu diusap lemhut.

" If I could change the way that you see yourself. You wouldn't wonder why you heard, they don't deserve you. " Suara jejaka itu berbisik perlahan, dahi gadis itu dikucup lama. Makin deras air mata Ayesha mengalir, sekali lagi jejaka itu berjaya membuat hatinya tenang.

" D-Daniel.. " Ayesha cuba bersuara, namun hampa suaranya tidak terlalu kedengaran dek kerana dia sedang menangis. Hanya esakan kecil kedengaran.

" It's alright, everything's fine. You are perfect, my dear. " perlahan tangannya mengusap kepala Ayesha, bagai memujuk gadis itu.

Cak! Apa ingat Daniel gedik gedik tak pandai pujuk perempuan ke? Hello, ni Daniel lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cak! Apa ingat Daniel gedik gedik tak pandai pujuk perempuan ke? Hello, ni Daniel lah. Hekhek

𝗗𝗮𝗻𝗶𝗲𝗹 𝗘𝗿𝘂𝗱𝗶𝗮𝗻Where stories live. Discover now