"Awak dah balik?" Seorang wanita menegur Aryan sebaik sahaja dia menutup pintu rumah. Aryan menyahut panggilan tersebut. Dia berjalan ke dapur untuk berjumpa dengan tuan badan itu sendiri.
"Moon masak dinner malam ni?" Aryan memeluk pinggang Moon. Aryan meletakkan kepalanya ke bahu Moon dan memejamkan matanya. Kadangkala kedengaran bunyi sudip besi berlaga dengan kuali ketika Moon memindahkan lauk ke dalam pinggan.
"Jom makan" Ajak Moon. Suaranya yang merdu membuatkan Aryan terawang-awang. Dia hanya mengikuti apabila Moon menarik tangannya ke meja makan. Aryan didudukan di sebelah Moon. Dia hanya memerhati apabila Moon sedang mengambil nasi.
"Makanlah. Aaa..." Moon menghala sudu ke mulut Aryan.
.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Shit, aku dah lambat!"
Aryan bergegas ke bilik air dan menggosok gigi. Nasib baik bajunya dah digosok semalam. Tiba-tiba datang rajinnya untuk menggosok pakaian di malam hari. Selalunya dia akan melakukan semua itu sebaik sahaja bangun dari tidur.
Dia menyarung kemeja dan berlari turun ke dapur. Apakah yang dimasak oleh Gabby hari ini? Aryan membuka tutup saji dan melepaskan nafas lega. Gabriel atau lebih mesra dipanggil Gabby memegang tugas untuk memasak makanan buat mereka berdua. Gabby sudah masak dengan perangai Aryan yang sering bangun lambat, jadi dia telah meninggalkan sedikit makanan buat Aryan. Kalau nak harap dia ni keluar ke kedai, memang taklah.
Sejak dari bangku sekolah lagi, Aryan dan Gabriel telah menjadi sahabat baik. Kini, kehidupan mereka menjadi lebih mencabar ditambah dengan kerja yang berlambak. Kini mereka jarang dapat melepak di kedai ataupun meluangkan masa sambil berborak kosong.
Setelah makan, Aryan bangun dan merapikan rambutnya di hadapan cermin. Tidak lupa juga, jam tangan kesayangannya. Aryan menyembur sedikit cologne dan mengambil file serta beg laptopnya. Hari ini, dia ingin ke temujanji yang ditetapkan pada jam 11 pagi. Aryan tidak pasti berapa banyak temu janji yang telah dia pergi. Yang pasti lebih 5 kali jugakla. Emaknya juga pening kepala memikirkan nasib anaknya yang seorang ini.
Aryan menghidupkan keretanya. Sambil menunggu enjin kereta itu panas, dia membetulkan cermin serta berdoa agar dia dapat bekerja. Aryan sudah penat berharap kepada orang walaupun telah berganjak dewasa. Malahan, orang berumur seperti dia sepatutnya sudah mempunyai isteri.
Sambil dia memandu ke tempat yang dituju, dia berangan-angan jika dia dapat bekerja di syarikat tersebut. Sudah pasti dia dapat menarik perhatian beberapa wanita pujaan hati. Hmm...
...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Kau ni kan Aryan. Macam mana nak dapat kerja pun susah ni?" Gabby bertanya. "Aku rasa kau lah orang paling unlucky kat dunia ni, 6 kali interview, 6 kali fail"
Kadangkala geli hati juga memikirkan nasibnya itu. Namun bila difikirkan semula bagaimana dia mahu survive tanpa duit satu sen pun. Jika Gabby tiada di sisinya suatu hari nanti, apa yang dia mahu lakukan? Mati reput jelah dalam rumah ni.
"Err lantaklah. Nanti aku apply kerja kat cafe sebelah tu. Takkan kerja cafe pun tak dapat kan?" Aryan berbaring di sofa. Jelas terlihat bahawa dia sudah mula mengaku kalah mencari kerja di syarikat-syarikat mewah di bandar itu.
Maka bermulalah cabaran baharu buat Aryan, iaitu bekerja di cafe Coffee&Cakes di sekitar tempat kerja rakannya, Gabby.
=====
err hi
YOU ARE READING
Bagaikan Sebuah Mimpi
FantasyAryan dikejutkan dengan sebuah mimpi tentang seorang wanita. Berhari-hari dia telah bermimpi tentangnya dan akhirnya, dia jatuh cinta. Namun adakah itu hanya imaginasi Aryan atau 'sesuatu' yang menhantuinya?