Pada suatu malam nan kian menggelap, terdapat seorang wanita muda berambut perang sedang berjalan-jalan di atas sebatang jambatan.
Wanita itu mengenakan pakaian yang berwarna terang iaitu merah jambu muda.
Dia berkata "Indahnya tempat ini." Lalu dia pandang ke arah pemandangan malam yang semakin melarut.
Betapa teruja dan terkejutnya wanita itu apabila dia melihat terdapat sebelah kasut tumit tinggi merah di atas pemegang jambatan yang dilaluinya.
Wanita itu berkata sambil memegang dan melihat kasut itu "Wah, cantiknya kasut ini!" Di dalam hatinya penuh dengan perasaan ingin tahu.
Wanita tersebut bersoal "Siapakah yang tertinggal kasut ini?"
Dia telah memerhati kawasan di sekitarnya untuk mencari tahu siapakah empunya kasut itu.
Dia menoleh ke kanan, dia menoleh ke kiri... Namun, dia mendapati tiada sesiapa di situ yang memakai kasut tumit tinggi merah tersebut.
10
YOU ARE READING
KISAH SEERAM ANTARABANGSA
HorrorDewa Hitam (Hei Wu Chong) dan Dewa Putih (Bai Wu Chang) melambangkan kematian. Di negara-negara Barat pula, tengkorak yang memakai mantel hitam dan memegang pisau sabit melambangkan kematian. Walaupun kedua-duanya berbeza daripada bentuk fizikal...