PROLOG

10 3 1
                                    

Daun pintu dibiarkan dikuak besar. Suasana tegang. Esakan dari isteri memenuhi ruang bilik itu.

Pipinya membahang kerana dihinggap dua kali tamparan yang kuat ketika berbicara dengan sang suami.

Hati sakit bak ditusuk berkali-kali. Air mata yang tidak terhenti-henti melulu jatuh ke pipinya yang sudah kebasahan.



Tengkingan dari suami.

Tuduhan melulu dari putera hatinya.

Cacian makian dari orang yang disayanginya.

Hinaan dari orang yang telah menghalalkan dirinya.



Cukup membuat dia, seorang insan, seorang perempuan, seorang isteri tersakiti.

Buat pertama kalinya, dia menjadi isteri derhaka.

Teriakan marah dari sang suami yang berada di dalam bilik didengarinya jelas.

Bertambah luka dihati, bila dia tidak lagi dipercayai suaminya.

Kaki meluru keluar rumah setelah sehelai kertas ditulisnya meminta keizinan dari sang suami bagi dirinya keluar seketika.



Sungguh dia terasa hina.

Sakit hati yang amat.

Rasa kecewa yang menggunung dihati.

Kesal yang tidak dapat dilepaskan.

Marah membara terhadap dirinya.

Kesemuanya bercampur baur.



Datang pula orang-orang yang tidak diundang.

Mereka yang dia sudah buang jauh dari hidupnya.

Mereka yang pernah merosakkan kehidupannya sebelum ini.

Mereka yang hampir pernah membuat dia berhenti bernafas.



Tiada tempat lain yang ditujunya.


Hanya satu.


Tempat dimana dia mula tersakiti.

dan disitu jua tempat dia diubati.







Maaf jika ada salah tatabahasa dan ayat yang tak gramatis.

Terimakasih sudi singgah baca.

Thanks for support, cmmt n vote.
Also love for silent reades💕

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

we weren't meant to beWhere stories live. Discover now