back 2 u

40 5 7
                                    

Note ; sila duduk di tempat yang sunyi, gelap, pakai headphone/earphone, buka lagu back 2 u full volume ( jgn ikut sangat kuatkan volume tu, author kau dah tak betul hshshs) for better Experience.

Deringan telefon yang menjerit meminta di angkat hanya di pandang oleh lelaki tinggi yang berasal Chicago, Johnny Suh. Nama yang terpapar di layar telefon miliknya membuatkan Johnny teragak-agak untuk mengangkat.

"Sudah dua bulan, Nara. Please give up to get my heart back" sayu Johnny berkata. Tiba-tiba pesanan mesej muncul di layar telefon milik Johnny.

Johnny , I will never give up to get you heart back. I know it's my fault, but please give me second chance to repair our relay.

Johnny hanya membaca mesej itu sebelum mematikan telefonnya. Dia bangun daripada sofa dan menggapai kunci kereta yang terletak di meja kopi lalu melangkah menuju ke pintu rumah apartment miliknya.

Buka sahaja pintu rumahnya, Johnny terkaku melihat Nara berada di depan rumahnya. Tangannya mahu menutup kembali pintu rumahnya tetapi pertanyaan Nara menghentikan perbuatannya.

"Johnny, awak betul-betul tak nak dengar penjelasan saya? " tanya Nara sayu. Johnny menatap wajah sembab Nara.

"Please give me 20 minute, please" pujuk Nara. Johnny melepaskan keluhan berat sebelum mengangguk kecil.

"Cepat lah"

"Johnny, maafkan saya. Ya, saya tahu saya salah sebab tak nak dengar kata awak untuk saya jauhkan diri dari lelaki itu. Sampai saya sanggup tinggikan suara kepada awak, abaikan awak semenjak saya kenal dia. Maafkan saya, Johnny. Saya masih cintakan awak" ujar Nara sambil memegang tangan kekar Johnny. Johnny mengetap bibir.

"Dengan kata maaf awak tu, hati saya kembali sembuh setelah apa yang awak dah buat? Saya separuh mati sayangkan awak tapi semenjak lelaki itu muncul, awak buat diri saya ni macam skandal awak dan lelaki itu teman lelaki awak. Hati saya dah terlanjur kecewa dengan awak. So please, please move on. I don't love you anymore" Johnny melepaskan tangannya dan menjauhkan dirinya daripada Nara.

"Awak tipu Johnny, awak masih cintakan saya. Katakan semua ni tipu. Awak ego, saya kenal awak Johnny. Tolong jangan berhenti cintakan saya" rayu Nara dengan mata berkaca. Johnny mengalihkan pandangannya daripada menatap mata berkaca Nara. Dia tak mahu hatinya luluh dan senang memaafkan gadis itu.

"Pergi lah, Lee Nara. Memang takat sini hubungan kita, cari lelaki lain yang lebih baik daripada saya. Saya... Betul-betul tidak mencintai awak lagi"

Isakan Nara mula kedengaran. Johnny segera masuk ke dalam rumah dan menutup pintu lalu menguncinya. Tubuhnya melorot jatuh dan air mata yang ditahannya tadi mengalir deras. Pintu yang di ketuk bertalu-talu di abaikan oleh Johnny.

"Johnny, open the door. Hiks"

"Maafkan saya Nara, betul kata awak. Saya ego. Saya masih cintai awak. Tapi hati saya dah terlalu sakit untuk terima awak kembali" ujar Johnny perlahan. Nara dan Johnny bersamaan menyandarkan kepala mereka di pintu. 

Hujan deras mula membasahi kota Seoul. Memperlihatkan seorang gadis berjalan sambil mengelamun dan membiarkan dirinya di basahi hujan tanpa menghiraukan tubuhnya yang sudah mengigil kesejukan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

back 2 you | johnny suhWhere stories live. Discover now