Sedang lena diulit mimpi , aku terjaga apabila azan subuh berkumandang.Walaupun mata terasa pedih,badan terasa berat , aku gagahkan juga bangun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan seorang pelajar.
Nama aku ialah Dellisha.Aku ialah seorang pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Kluang dan pengawas yang dikenali sebagai seorang yang garang dan lasak tetapi aku mempunyai hati yang baik dan mulia.
Usai aku menunaikan solat subuh , aku terus bersiap untuk pergi ke sekolah.Aku jarang sarapan di rumah kerana ibu aku pulang ke rumah lewat selepas bekerja,jadi aku tidak mahu menyusahkan ibu ku bangun pagi untuk membuat sarapan.Ibuku bernama Anis Zulaikha.Dia bekerja sebagai seorang pembantu kedai makan yang bernama Kedai Makan Kak Esah.
Jam menunjukkan pukul 6:45 pagi.Aku pun lantas mengambil duit yang disediakan oleh ibu dan terus menunggang basikal.
......
Akhirnya , aku tiba disekolah.Secara tiba-tiba perutku berbunyi menandakan yang aku perlu sarapan sebelum memulakan pelajaran.Aku mengambil keputusan untuk sarapn dahulu sebelum memulakan pelajaran dan aku erjalan kaki menuju ke kantin untuk membeli sarapan.Pinggan sudah bersih , perut sudah kenyang , loceng pun sudah berbunyi.
Aku pun bergerak dari kantin ke kelas.Tiba sahaja aku di kelas , aku melihat semua rakan-rakan ku sudah duduk di tempat masing-masing. Lalu aku menuju ke tempat meja ku dan duduk dikerusi.Aku melihat teman lelaki(kawan lelaki)yang baik tidak hadir ke sekolah.Aku merasa hairan , setidak tahu aku ... Kawan lelaki ku Ahmad tidak pernah tidak hadir ke sekolah.
Lantas , aku bertanya kepada Afiq sahabat Ahmad.
" Urmm...mengapa Ahmad tidak hadir ke sekolah ? "
Tanya aku kepada Afiq." Barangkali dia tidak sihat. "
Jawab Afiq kepada aku.Aku juga terfikir , mungkin dia tidak sihat.Secara tiba-tiba cikgu masuk ke kelas.Selepas cikgu masuk kelas aku terus menghiraukan pertanyaan yang terngiang-ngiang di kepala ku.Terus aku mengeluarkan buku dan alat tulis kerana aku sudah bersedia untuk memulakan pelajaran.
.....
Jam menunjukkan pukul 2:10 petang.Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang sekolah.Lalu aku berjalan menuju tempat basikal berada dan terus menunggang basikalku.
Setibanya aku dirumah , alangkah terkejutnya aku apabila ibu ku menjerit memanggil namaku.Tanpa berfikir panjang aku berlari menuju ke tempat ibuku.
" Ica!! Pakai baju ni sekarang dan cepat bersiap " perintah ibuku.
" Ibu , ini baju kahwin ... Kenapa Ica kena pakai baju ni ? Dan mengapa ibu menyuruh saya untuk cepat bersiap ? " tanya aku kepada ibuku
" Sudah ! Jangan banyak tanya ! Cepat bersiap ! "
Aku dengan perasaan hairan pun langsung bersiap dengan pantas bagaikan kilat.Tidak lama kemudian ibuku memanggil nama ku buat kedua kalinya.
" Icaa ... Icaa "
" Yee ibu. "
" Dah siap ? Hah , bagus ! Cepat pergi ke ruang tamu. "
" Ba - baiklah ibu "
Aku pun merasa hairan sekali lagi.
.....
Aku dengan perlahan berjalan menuju ke ruang tamu.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Ahmad teman lelaki baik ku sedang berakad nikah dengan ayah ku !
" Ahmad Hafis bin Yaakob , aku nikahkan dikau dengan Nur Dayana Dellisha binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunaii. " Ayahku.
" Aku terima nikahnnya Nur Dayana Dellisha binti Sulaiman dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunaii. "Ahmad.
" Sah ? "
" Sah "
" Sah "
Tanpa aku sedari , teman lelaki baik ku telah bertukar menjadi tunang aku sendiri.Tetapi bagaimanapun , aku harus menerima kenyataan bahawa dia telah menjadi suamiku yang sah.Akhirnya , kami hidup bersama sebagai sepasang suami isteri yang bahagia.
[THE END]
YOU ARE READING
Teman Lelaki Bertukar Menjadi Tunang Sendiri
RomanceAlangkah Terkejutnya Dellisha Apabila Dapat Tahu Bahawa Teman Lelaki Yang Sangat Akrabnya Itu Menjadi Tunangnya Sendiri ! Nak Tahu Cerita Sebenar Dia ? Cepat Tekan Button " Read " ! Penulis : Iman Sahrizam Oh yee , sorry if end dia tak berapa best...