Kringgggg
Bunyi loceng sekolah telah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat
"Terima kasih cikgu Viona" - kata Putra selaku ketua kelas dan diikuti dengan murid murid yang lain juga
"Okey kamu semua boleh kemas beg" - kata Cikgu Viona yang memberi maksud membenarkan kami pulang
"Azib kau balik naik apa ?" - tanya Danial
"Takkan jalan kaki ? Jauh kut lainlah kalau kau kat Fasa 1" - sambung Shah pula
"Sumpah lah ? Mak aku tak bagitahu lagi ke ?" - kata Azib dengan nada terkejut
"Bagitahu apa dho ?" - kata Danial teringin mahu tahu
"Semalam mak aku suh ikut korang balik ke Fasa 1" - kata Azib
"Kau duduk kat rumah sapa ?" - tanya Shah
"Salah sorang dari korang.... um boleh ke ? Kalau tak boleh.... takpe" - jawab Azib
Shah dan Danial saling berpandangan menandakan mereka terkejut
"Boleh boleh . Duk lah rumah aku" - pelawa Danial
"Ehh aku lah . Sorang ni" - kata Shah pula dengan alasan dia bersendirian di rumahnya
"Ehh aku pun sorang tau" - kata Danial
"Err aku pergi rumah Danial lah . Shah sekali lah lepas kau tukar baju" - kata Azib memberi jawapan hasil daripada pergaduhan Danial dan Shah sebentar tadi
"Tengoklah nanti" - kata Shah
"Baju kau ?" - tanya Danial
"Ouhh dalam beg ni" - kata Azib
"Lahh asal tak pergi hantar kat rumah aku pagi tadi ?" - kata Danial , risau
"Um aku tak cornfirm kan jawapan pagi tadi itulah yang aku pergi bawa sekolah" - jawab Azib
"Hey Azib , Danial , Shah taknak balik ke ?" - kata Cikgu Viona
"Err kejap cikgu" - jawab Shah tergesa gesa mengemas sambil menyuruh Azib dan Danial mengemas juga
Skippp
"Hantarlah anak Pakcik Nazim ni balik dulu jom Zib" - kata Danial yang berniat baik untuk menghantar Shah pulang ke rumah bersama Azib
"Ehh tak perlu kut . Aku tak perlu sesiapa hantar pun" - kata Shah yang segan diperlakukan begitu
"Takpe ikhlas dari sudut hati" - kata Danial sambil menahan tawa nya
Shah berrolling eyes
Danial dan Azib menghantar Shah pulang tepat di hadapan rumahnya . Semasa dalam perjalanan mereka banyak berbual tentang Shah yang 5 bulan berada di Singapura
"K kitaorang pergi dulu . Nanti nak datang , datang lah" - kata Danial apabila sampai sahaja di muka pintu rumah Shah
"Hm tengoklah macam mana" - kata Shah dengan nada nak taknak ingin melayan
"Kau ni merajuk ke aku duk rumah Niel ? . Alolololo merajuk pun comel" - kata Azib yang perasan perubahan diri Shah apabila Azib memberitahu ingin berada di rumah Danial
"Takdelah" - jawab Shah
"Dahlah pergilah balik sana" - sambung Shah semula lalu dia terus masuk ke dalam rumahnya
"Hm jomlah gerak" - ajak Danial
__________________________________________Zarra Amanda Fasa 1 , 8:38 malam
YOU ARE READING
He's Mine
RomanceDanial seorang anak tunggal yang sering dimanjakan oleh ibu bapanya tetapi setelah datangnya Danish dalam kehidupannya , kasih sayang yang diberi kepada dirinya kini perlu dikongsikan . Tetapi adakah Danial tahu tentang Danish yang sebenarnya ? Dani...