Setelah puas berjalan, aku mula menapak ke arah satu padang yang lapang. Padang itu pula betul-betul terletak berhadapan dengan Eiffel Tower. Pandanganku dihala ke sekeliling. Boleh tahan ramai juga pengunjung di sini. Ada yang sedang berkelah. Ada juga yang sedang berbual sambil baring di atas rumput. Aku senyum kecil. Segala barang yang aku beli tadi, aku letakkan di atas rumput. Baru sahaja berkira-kira ingin melabuhkan punggung, tak semena-mena bahu aku dirempuh oleh seseorang. Kuat tak kuat, hampir mahu terlentang juga lah aku. Mujur orang yang merempuhku tadi bertindak pantas memaut tubuhku.
"God! Je suis désolé mademoiselle."
Aku terpana. Terkebil-kebil aku memandang tuan empunya badan. Wajahnya kelihatan terkejut bercampur bimbang. Ya Tuhan, rasa mahu tercabut jantungku kini. Mujur dia bertindak menyambutku semula, kalau tidak? Eee, malu!
Sedar akan kedudukan kami terlalu rapat, cepat-cepat aku stabilkan diri. Kedudukan tudung dan bajuku dibetulkan. Aku berdehem kecil. Okey, sekarang ni aku rasa seperti ingin menyorok di dalam tanah. Tak pernah-pernah ada lelaki yang menyentuhku. Ini bukan setakat sentuh, ini sudah sampai tahap peluk!
"Je vais bien," balasku perlahan.
Dan tak semena-mena wajah lelaki itu kelihatan kaget.
"You know France?"
"A little," balasku ringkas.
"That was amazing!"
Suasana tiba-tiba bertukar sepi. Terujanya dia? Aku membalas dengan senyuman kekok. Mataku mula meliar memerhati penampilannya. Bermula dari bawah sehingga ke atas. Dia hanya mengenakan seluar jeans longgar berwarna biru gelap. Bajunya pula hanya t-shirt kosong berwarna putih dan terdapat satu jaket kulit tebal berwarna coklat yang melindungi t-shirt nya. Kulitnya cerah, rambutnya kelihatan perang dan tidak bersikat. Nampak lah serabai sikit. Tapi itu tidak mencacatkan rupanya yang kelihatan kacak bagiku. Hmm, tak ada lah kacak maut cuma, muka dia nampak sweet!
"You from Malaysia, aren't you?" tebaknya tiba-tiba.
Teragak-agak aku angguk, mengiakan. Dah tu? Muka aku ni ada nampak macam perempuan Arab ke? Dan tak semena-mena dia senyum segaris.
"Sama lah kita."
Hampir jatuh rahang aku apabila dia tiba-tiba berbahasa Melayu. Aku terkebil-kebil. Dia... orang Malaysia? Apasal muka dia pelik? Maksudku, raut wajahnya langsung tidak menunjukkan bahawa dia orang Melayu. Dengan ketinggiannya yang melampau. Boleh dikatakan ketinggianku hanya separas dadanya. Atau sebenarnya dia memang bukan Melayu? Mungkin dia mahir berbahasa Melayu?
"Oh my! My mistake again. By the way, I'm Farael Daiyan. And you are?" tuturnya yang masih gigih ingin mengajakku berbual.
Aku masih kaku berdiri. Nak jawab ke tidak? Dah lah aku tak kenal dia, tiba-tiba nak ber ice breaking pula di sini.
"Oh come on, i'm not a serial killer or a serial rapist. Tolong jangan buat muka macam tu."
Erk? Muka macam tu? Aku meraba wajahku. Hmm, nampaknya wajahku sudah berlaku jujur terlebih dahulu sebelum mulutku. Aku senyum janggal.
"Ayra Jelita." akhirnya aku perkenalkan diri.
Sejurus itu, terlihat secalit senyuman kacak di bibirnya.
"Beautiful name. Secantik orangnya."
Dan sekali lagi muka aku derhaka dengan tuannya, dengan spontan aku tayang muka menyampah. Dah nampak dah, ini tak lain tak bukan mesti buaya jadian ni.
"Are you an angel?"
Aku terpinga-pinga. "Huh? No."
"Oh really? Cause i've never met a woman as beautiful as an angel like you."
Mulutku terlopong. Ini apa ni? Buaya darat Paris?
YOU ARE READING
Destiny [Cerpen]
Romance- August 2022 [E-Book Cerpen] One love, one heart, one destiny. Seperti tajuknya, buku ini menceritakan tentang takdir seseorang yang telah diaturkan oleh Allah SWT. Dia ialah Ayra Jelita. Jalan cerita hidupnya tidak seindah mimpi. Ditinggalkan oleh...