Di pagi yang indah tapi di dalam hati Mawar lagi indah kerana hari rabu ni dia dapat pergi sekolah.
Finally!
Surat sebab tak datang sekolah dilipat empat lalu dimasukan ke dalam kocek seluar.
Baju berwarna pink dibetulkan sedikit.
Handshock hitam pada lengan ditarik ke depan dan cuba gerakkan jari dia.Telefon nokia dihidupkan sebentar. Bar masih penuh. Mawar ada dua telefon sebenarnya, satu untuk tengok cerita, belajar secara online dan satu lagi main game ular!
Katanya, lebih suka luangkan masa dengan ulang kaji daripada keluar jalan-jalan bersama kawan-kawan walaupun pada waktu cuti sekolah pun hanya berseronok dalam 3 hari sahaja selepas itu terus Mawar sambung ulang kaji.
Perasaan apabila dapat jawab soalan dengan betul itu memang paling bahagia untuk dirinya! Tetaplah meneruskan perjuangan kita walaupun ibubapa kita tetap tidak pernah puas hati dengan keputusan markah peperiksaan kita.
Pukul 7:10 pagi.
Serentak terdengar bunyi hon milik kereta gadis tersebut. Gadis itu bergegas keluar dari bilik dia sambil menggalaskan beg hijau dia.
Seketika aku dah macam kura-kura pun ada HAHAHAH!
Apabila sudah tiba di hadapan pagar sekolaj, Mawar menyalam tangan ibunya dan pantas keluar dari kereta. Ini kalau tengok dia dari tepi. Kaki dia asyik melompat-lompat je.
Suka betul dia pergi sekolah.
"Aduh! Hancur pula awning tudung ni..." gumam dia. Tangan sibuk betulkan tudung sambil berjalan sedikit laju.
Bracelet yang dibuat oleh dia sendiri menggunakan dua warna benang jahit sahaja dibawa keluar dari kocek seluar belakang.
Hadiah untuk kawan baik dia. Penat sunggu buat benda ni sampai ke malam. Harap dia orang sukakannnya."Assalamualaikum." Mawar mengorak langkah memasuki kelas. Fira yang baru nak turun tangga terus berpatah balik apabila ternampak Mawar.
"Weh, hari ni kita ada latihan berkawad kaki tau...satu unit beruniform kena buat juga." Beg dihempas atas kerusi. Satu lagi beg kecil disangkut pada tepi kerusi. Fira diam. Memerhatikan sahaja gerak geri Mawar.
"Tahu. Mesti silau gila. Tengoklah kita mula berkawad dari pukul tujuh, empat puluh hingga sembilan pagi...kau rasa?"
Silap-silap kita semua jadi daging kambing yang siap dipanggang dicelup dalam sos black pepper.
Mereka sama-sama menuruni tangga. Setelah tiba di tapak perhimpunan yang sudah tentu penuh dengan berpuluh-puluh pelajar. Mawar agak bosan melihat wajah sama setiap tahun. Tangan menyeluk poket seluar belakang. Ingin mengambil sesuatu sebelum terlupa.
"Haa weh, nah untuk kau.."
"Aku tak muat pakailah. Saiz tangan kau dengan Amni je muat. Tangan baby kau orang ni..." namun tidak pula bracelet tersebut dikembalikan. Tubuh mengeras. Alamak, macam mana aku boleh lalai!
"Sorry!"
"Tak apa, nanti kau adjust baliklah gelang tu."
"Eh, cakap pasal Amni. Dia tak datang sekolah ke hari ni?" Baru aku perasan kelibat kawan aku lagi seorang itu tiada di barisan hadapan.
"Dia tak ada mesej kau?"
"Ada...dia cakap dia tak nak berkawad sebab tu dia tak datang."
Mereka berdua tergelak sederhana. Aduhai kawan aku ni. Baru nak bagi bracelet untuk dia. Tak apalah, esok jelah aku bagi.
Dah habis semua perhimpunan, cikgu meminta kami untuk berkumpul dalam unit beruniform masing-masing. Mereka bertiga berbeza unit uniform begitu juga rumah sukan. Mereka berdua terpaksalah berpisah di situ.
Mawar hanya tersenyum sehingga mata tertutup. Kita kena sentiasa tersenyum kalau tak nanti ramai orang benci. Ceh! Aku senyum atau tidak. Tetap tak ada perubahan.
Topeng mulut ditarik ke bawah. Rimas gila pakai ni tapi apa boleh buat? Mak dia marah kalau tak nak pakai.Dan semua pelajar pun terus berkawad satu-satu horay horey! HAHAHAHA
Alamak cahaya matahari sudah datang. Berlindung semua!
Okay, terlebih drama pula. Mawar berdiri di posisi sudah ditentukan. Ada sepohon kelapa di belakang kumpulan puteri Islam.
Sedang elok Mawar dalam mode nak berkawad tu tiba-tiba dia ternampak seseorang divdalam barisan hadapan.
Tak sangka, mata mereka saling bertemu.Mawar terkedu seminit. Kepala dia laju menoleh ke kanan. Perasaan terkejut dan keliru mula menguasai diri dia.
Aik? Bukan ke dia kadet bomba? Dia berdiri di belakang classmate aku. Ah, sudah!
Aku cuba tengok betul-betul. Dia pakai jam warna hitam pada pergelangan tangan kiri.
Eh! Memang dialah.
Senyuman menghiasi bibir dia. Mawar mencuba mengawal diri daripada terlompat-lompat dekat situ. Tak nak aku dicop gedik! Gedik dengan hype pun tak pandai nak bezakan. Inilah zaman sekarang.
"Mawar jangan senyum hoi! Kau juga cakap nak bencikan dia?" Hati mengingati kata-kata yang pernahku ungkapkan dahulu. Tak mudah. Betul-betul tak mudah. Perbarisan seterusnya mula menjerit penuh bersemangat tadi kini paling heboh tatkala salah seorang anggota berkawad mereka jatuh pitam.
Tak boleh duduk lama-lama di bawah cahaya matahari.
"Weh...asal kau tak bagitahu yang dia JPJ!" Geram aku. Kawan aku boleh pula tersengih tidak tahu malu. Mawar menghempas dirinya atas kerusi kosong. Aku duduk di kerusi Amni.
Untuk pengetahuan semua walaupun pengetahuan ini tidak penting namun penting untuk para pembaca. Meja kami bertiga berada tengah-tengah kelas. Mawarlah jadi mangsa duduk bawah kipas. Sedih hidup!
"Aik, dia memang sama unit dengan aku lah..." Jeritan kecil terhasil dari mulut yang sudah terbuka lebar. Terkejut sangat matanya. Mawar meneguk air sekali, dua kali dan tiga kali.
"Teguk air itu banyak-banyak, aish terkejut gila aku. Tadi kau tumbang tengah-tengah tapak perhimpunan tahu tak?" Mawar menutup telinga sebelum dibebel lagi. Baik kita bersambung pada topik utama.
"Kau tahu tak, aku dengan confident nya fikir dia kadet bomba. Terkaku aku kat situ masa dia ada dekat barisan JPJ tadi.
." tangan menampar meja tepinya. Merah pipi meja tersebut. Apalah nasib hidup sebagai sebuah meja ini. Yang sudah banyak berjasa namum tidak dihargai sebab banyak badan dia diconteng sana sini. Ingat tak sakit ke?Patut lah nampak cam familiar je.
"Lepas tu kan, masa aku tak pakai cermin mata...semua orang nampak macam Amsyar."
"Lah, kawan aku dah dijangkiti rabun cinta!" Komen Zhafira. Gelak tawanya bersambung dengan tawa berdekah milik Mawar.
Wajah bersinar laju berubah riak menjadi muram. Dua belah kening Zhafira bertemu. Dah kenapa senyap pula ni?
"Weh...aku takut lah tidur seorang diri.
Tak terbiasa." rengek Mawar kepada Fira. Kepala yang berlapikkan dua lapisan kain tudung digaru."Lah, kan ada kakak kau?"
"Dia dah ada kat kolejlah..." Mawar mencebik. Kaki dihayun-hayun. Menyesal aku layan cerita hantu sebelum tidur. Nak berhenti tapi tak boleh sebab tertanya-tanya apa yang terjadi akan pada penamat cerita tersebut.
"Kau takut sangat kan? kau pergilah kahwin dengan Amsyar tu. Nanti kau peluklah dia kuat-kuat." Dengan itu roti yang dimakan oleh Mawar terus tersembur kena baju sendiri. Habis terkena handshock hitam dia.
Kahwin? Dengan Amsyar? HAHAHAHA Lelaki tu bukan kenal aku pun! AHAHAHHAHA sedih.
-TBC-
![](https://img.wattpad.com/cover/306840791-288-k768588.jpg)
YOU ARE READING
࿐0507ᥫᩣ✔️
Teen Fiction◤──•~❉᯽❉~•──◥ Pernah dia terfikir, kenapa dia boleh terjatuh cinta dengan seseorang yang dia tak expect langsung? Yang membuatkan Mawar Fariha, seorang pelajar perempuan sering hadir lewat ke sekolah, kini kerap hadir lebih awal daripada pelajar lai...