050

17.8K 626 8
                                    

Sebaik sahaja tiba di kawasan perkarangan rumah Nek Ma, terus Damia berlari keluar dari perut kereta dan mendakap erat tubuh wanita yang sudah berumur itu. Nek Ma seperti biasa membalas pelukan cucu menantu kesayangannya itu dengan senyuman manis. Rindu sungguh pada gadis kecil ini!

Daniel mengeluarkan bagasi dari bonet kereta sebelum kereta berjenama Audi itu dikunci. Kaki panjangnya melangkah ke arah neneknya yang masih berpelukan dengan isterinya. Amboi! Sampai sini, lupa terus suami dia! Tsk!

"Assalamualaikum, Nek Ma. Apa khabar? " kekura tangan Nek Ma dikucup perlahan. Damia hanya pura-pura tidak nampak lelaki itu di hadapannya. Hmph! Orang pun reti merajuklah!

"Waalaikumusalam. Nek Ma baik-baik aje cuma rindu dekat Mia ni. Lama betul rasa tak jumpa dia sejak kauorang dah pindah. Haih.. " Nek Ma mengeluh perlahan. Tipulah jika dia tidak sunyi dan sedih dengan ketiadaan Damia dengan dirinya.

"Maaflah, Hanz tak ada masa nak jenguk Nek Ma. Projek makin banyak, Hanz sibuk. " tutur Daniel serba salah. Tangannya naik mengusap belakang lehernya janggal.

"Tak apa, Nek Ma faham. Sudah, meh masuk. Nek Ma ada masak lauk sikit tadi, jom. " lengan kecil Damia dipaut bersama. Gadis itu hanya tersenyum kecil mengikuti langkah Nek Ma masuk ke dalam rumah.

Daniel hanya memandang sepi tubuh belakang isterinya yang semakin menghilang ke dalam rumah. Keluhan panjang dilepaskan. Rambut hitamnya disebak ke belakang. Sudah seminggu mereka tidak berbicara sejak kejadian haritu. Bukan dia tidak mahu berbaik dengan Damia tapi egonya menghalang.

Gadis itu pun hanya layan acuh tak acuh sahaja apabila mereka berdua. Jarang-jarang Damia merajuk dengan dia, bila dah merajuk tu, fuh! Seriau rasa! Mereka pulang ke rumah Nek Ma pun atas permintaan gadis itu. Daniel hanya menunaikan permintaan isterinya memandangkan dia pun masih rasa bersalah tapi tidak mahu mengaku salah.

Begitulah tingginya ego Daniel Hanz Anaqi, ha gitu. Ini kalau jumpa real life, memang dah kena hempuk lesung batu kat kepala mamat ni.

Damia membuntuti langkah Nek Ma ke ruang makan. Terhidang pelbagai jenis lauk pauk. Uish! Buat kenduri ke Nek Ma ni? Banyak lain macam haha. Perut pun dah mula buat konsert, amarilah kita menjamah selera ekeke. Kerusi ditarik perlahan sebelum punggung dilabuhkan di situ.

"Maaflah, Nek Ma sempat panaskan lauk pagi tadi aje. Mia dengan Hanz belum makan kan? " tanya Nek Ma sambil meletakkan nasi ke dalam pinggan. Damia hanya tersenyum nipis.

"Belum. Memang plan nak makan kat rumah Nek Ma hehe! " balas gadis itu bersahaja.

"Bagus jugak, ada teman haha. " Nek Ma ketawa kecil.

Tak lama kemudian, Daniel melangkah ke arah meja makan selepas selesai letak bagasi mereka di dalam bilik. Selamba kerusi di sebelah Damia ditarik sebelum punggung dilabuhkan di situ. Damia sudah menjerit di dalam hati kegeraman. Punya banyak kerusi, kat sebelah juga nak diduduknya! Arh! Stres!

Sebaik mungkin gadis itu cuba mengawal riak wajahnya. Nek Ma ada kat situ, takkan nak jeling-jeling si Daniel ni. Karang membebel Nek Ma nanti!

Nek Ma menghulurkan pinggan yang sudah ada nasi kepada Daniel. Damia sudah mula menjamah selera tanpa menunggu lelaki itu. Tajam iris hitam lelaki itu memandang sisi wajah isterinya yang selamba makan tidak tunggu dirinya. Wah! Nak cabar aku ke apa budak ni? Fuh!

"Hanz, kenapa tak makan? Nasi dah ada tu. Tunggu apa? " tanya Nek Ma hairan sedari dari tadi lelaki itu hanya berpeluk tubuh sambil memandang Damia yang sedap melantak.

"Nek Ma biar aje dia. Nanti lapar, tahulah nak guna tangan tu. " selamba gadis itu berkata sambil mengunyah nasi di dalam mulut.

"Lauk habis nanti, jangan bising pulak. " ujar Nek Ma bersahaja sebelum kembali makan. Daniel sudah tercenggang sekejap.

Aih! Tak ada siapa nak berpihak dengan dia ke? Auch. Riak wajah lelaki itu berubah suram. Sempat Damia menjeling sekilas ke arah suaminya. Dalam hati sudah berdekah ketawakan Daniel. Ha, nak menangkan sangat ego tu! Padan muka! Hoho!

Usai makan, Damia bangkit dari kerusi. Pinggan Nek Ma yang sudah licin itu juga diambil sebelum berlalu pergi ke dapur. Mata Daniel mengekori langkah gadis itu ke dapur sebelum keluhan kecil dilepaskan. Nek Ma yang sedang minum air itu melihat cucunya hairan. Resah semacam aje.

"Hanz. "

"Hm? " Daniel masih pandang ke arah dapur.

"Kamu bergaduh dengan Mia ke? " tanya Nek Ma perlahan. Risau gadis di dapur itu terdengar. Daniel diam seketika.

"Tak adalah. Cuma.. tak berapa baik sangat. " balas Daniel tersenyum tawar. Nek Ma hanya mengangguk kepala memahami.

"Hanz nak pergi dapur kejap. " pinta Daniel sebelum melangkah pergi ke dapur.

Damia yang khusyuk mencuci pinggan di singki itu dipandang lama oleh Daniel. Teragak-agak lelaki itu mahu menegur isterinya. Patut ke tak patut eh? Adu. Nak tak nak, kakinya tetap melangkah mendekati Damia di singki.

Badan tegapnya disandarkan pada singki sambil tangan disilangkan di dada. Damia hanya buat bodoh tidak menghiraukan kehadiran Daniel di sebelahnya. Daniel berdehem kecil.

"Ehem! "

Gadis itu hanya diam tidak melayan. Daniel berdecit perlahan. Kekok pula rasa bila kena pulau ye! Haha aduhai.

"Sayang. " panggil Daniel senada.

"Hm. " Damia hanya mengumam perlahan sebagai jawapan. Mata masih fokus pada pinggan di dalam singki.

"Kau memang tak nak cakap dengan aku ke? " tanya Daniel dengan nada tidak puas hati.

"Nak cakap apa? " soalan dibalas dengan soalan.

Daniel terdiam sejenak. Sabar, Daniel.. sabar. Jangan marah. Ingat, Damia tengah mengandung. Daniel menghela nafas panjang.

"Sampai bila kau nak merajuk ni, hm? " suara lelaki itu berubah lembut. Pandangan sayu Daniel sedikit sebanyak membuatkan hati Damia berbolak-balik. Aduh!

"Sampai bila-bila! Dah, sana. " balas gadis itu selamba sebelum tubuh tegap Daniel ditolak ke tepi.

Sayangnya, lelaki itu tidak bergerak walau seinci. Tangan kecil Damia dipegang sekejap menahan gadis itu dari bergerak. Damia sudah terkedu sesaat. Daniel memandang ke dalam anak matanya dengan tatapan sayu.

Bagaikan deja vu, kenangan lama mula bermain di dalam fikiran Damia. Situasi ini. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini, Daniel juga berada di sini mengacau dirinya di dapur ketika mencuci pinggan. Oh, apakah? Masa-masa beginilah kenangan lama nak menerjah.

Damia menggigit bawah bibirnya rapat. Saliva ditelan payah. Gulp! Pantang betul nampak muka sendu-sendu macam Daniel ni! Tak kuat hati, tak sampai hati pula nak marah.

"Aku.. mintak maaf. " tutur Daniel perlahan. Susahnya nak keluarkan perkataan 'maaf' dari mulut sendiri! Argh!

"Aku tak berniat nak marah kau, aku cuma.. tak boleh kawal perasaan aku masa tu. " bergetar anak mata Daniel memandang wajah polos gadis itu. Damia hanya diam mendengar.

"Saya tak marah awak. Memang salah saya sebab usik barang awak. Saya mintak maaf , Daniel. " balas Damia tenang. Jadilah seorang pemaaf seperti authornya. Lah, tiber.

Dalam hati, Daniel sudah gembira mendengar jawapan isterinya. Alhamdulillah, termakbul doa. Walaupun hatinya masih ada sisa baki perasaan serba salah. Cukuplah Damia dah maafkan dirinya.

"Tapi,. " ayat Damia terhenti sesaat. Daniel memandang wajah isterinya dengan penuh tanda tanya.

"Siapa perempuan dalam gambar tu? " tanya gadis itu ingin tahu. Daniel diam sejenak.

Patut ke dia bagitahu? Atau sebaiknya diam sahaja? Daniel dalam dilema. Damia sudah tidak sabar mahu mendengar jawapan dari mulut suaminya. Harap-haraplah bukan jawapan yang menyakitkan hati ye.

"Ah. Itu... "

C | MR. DOMINANWhere stories live. Discover now