MNA 2

15 0 0
                                    

Lama menghilang tahu tahu dah 2024 hehe. Sorry guys menghilng ada sebab ii tertentu tpi cerita ni masih slow update okay..

Enjoy your reading!!

Hari ini hari isnin dimana mereka akan bermula bekerja. Hari ini nuha bangun awal pula sebab nak bersiap dan membuat sarapan pagi manakala dana masih terbongkang di dalam biliknya . Haish anak dara ini.

"Dana bangunnnnnnnn!, kalau aku naik kau tak bangun lagi siap kau aku mandikan" jerit nuha dari tingkat bawah sambil menyediakan sarapan pagi.

Setelah siap menghidangkan makanan Nuha naik ke atas untuk menunaikan solat subuh dan bersiap untuk ke tempat kerjanya. Selepas itu dia pergi ke bilik dana untuk melihat rakannya masih tidur atau sudah bangun.

"Dana bangun!!!!!" Jerit nuha sambil ketuk pintu macam nak roboh

"Yeye aku bangun la ini, kau turun dulu sekejap lagi aku turun" balas Dana sambil bangun menuju ke arah tandas

"Jangan tidur balik sudah la" kata Nuha sambil menuju ke arah tangga untuk turun ke meja makan.

Selepas siap menyediakan sarapan pagi maka turun la seketul danau dari tingkat atas ke meja makan .

"Ha turun pon tuan puteri ini"kata nuha sambil mengambil pinggan untuk mencedok makanan

"Kang tak bangun ada yang membebel" sindir si dana sebelum duduk di meja makan itu

"Tak bebel bukan perempuan la derrr"kata nuha dengan bangganya

"Yela athiy"balas dana sambil mengambil makanan manakala nuha dah merah muka sebab dana panggil dia dengan panggil athiy.

Athiy ni pernah menjadi panggilan istimewa sehingga mereka terpaksa berpisah untuk masa hadapan

"Apa pandang aku macam itu" kata dana sambil memandang nuha, bukan dia tak tahu dari tadi nuha memandangnya tajam

"Ee tampo kang ape tak dapat"balas nuha sambil menyedok makannya ke mulut manakala dana hanya menggeleng kepala dengan tingkah laku nuha dingin kalah ais batu

Selepas sarapan mereka mengemas meja makan dan pergi keluar untuk ke tempat kerja. Mereka naik kereta sama sama sebab satu tempat kerja sahaja. Sesampai di parking lot mereka turun dan menuju ke pintu utama tempat kerjanya itu

"Weyh asal ramai sangat ini" kata dana sambil memandang ke arah yang berkelompok ramai

"Mana lah aku tahu nyah, kalau aku tahu dah lama aku cakap lah ee" balas nuha sambil berjalan masuk ke dalam tempat kerjanya.

Sesampai di lif semua pekerja termasuk mereka menunggu lif tersebut terbuka.

"Weyh aku pergi tempat aku dulu nanti lunch sama tau bye" kata dana sambil melambai nuha sebelum melangkah ke tempat duduknya itu

"Okay boh" balas nuha sambil menunjukkan jari okay

Sesampai di tempat duduknya seperti biasa nuha akan melakukan kerja kerja yang diberikan oleh orang atasannya untuk menyiapkan fail fail tersebut. Tiba tiba personal assistant boss besar datang ke meja yang diduduki oleh nuha itu.

"Nuha tuan hayyan panggil masuk ke bilik dia sekarang" kata amerra itu sambil tersenyum manis kepada Nuha

"Errr kenapa pula,saya ada buat salah ke?" Soal nuha dengan hati yang berdebar debar itu sambil memandang amerra

"Entah la nuha, saya pon tak tahu tiba tiba sahaja tuan hayyan suruh panggil saya cuma ikut arahan sahaja"kata ameera sambil memandang nuha yang sedang menggeletar itu

MRS NUHA ATHIYAWhere stories live. Discover now