HANYA KAU DAN AKUPov;"Hai nama saya Nur Nurin Aliya. saya tinggal di Taman Tasik Intan".Kataku sambil memberi senyuman yang paling manis?
Aku ialah Nur Nurin Aliya Binti Dato Raihan.Jujurnya aku tidak menyukai keputusan papa yang mahu kami semua berpindah disini atas urusan kerjanya.Aku terpaksa akurlah dah nama pun ayah kan?.Dan semua kehidupanku bermula dari sini.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TASIK INTAN. Sekolah ini ialah sekolah elite dan sekolah khas hanya untuk orang kaya sahaja juga sesiapa yang menetap disini.Dan aku akui keluarga aku sememangnya kaya tetapi tidaklah terlalu kaya. Dan sebenarnya ini sekolah bapak aku.Ko hado takdo kan..
Bnyk sebenarnya die tpi tkpelh
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Sebelum masuk sekolah*
Aku bersemangat ingin masuk ke sekolah baru ku dan tidak sabar untuk mendapat kawan ofc kwn pp laa tkkn laki kut mau kne bahan satu sekolah ehh tk kuasa aku nk hadap...
Agak gementar juga hatiku sekarang ini tetapi aku cepat cepat mengetepikan perasaan gementar ku ini.Aku berjalan sambil memerhati dan melihat sekeliling sekolah ini.Aku amat berbangga dengan pencapaian ayahku yang menubuhkan sebuah sekolah yang dapat melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin dan berdedikasi.
Fantasy not same as reality actually 😝
Sesampai sahaja aku di kelas 3 Chandelier.Aku berhenti seketika untuk menarik nafasku dan aku pun memasuki kelas itu dengan perasaan yang bercampur baur.
"Baiklah murid murid saya mahu kamu semua beri perhatian hari ini akan ada murid baharu yang akan masuk ke kelas kita" kata cikgu Maryam selaku guru kelas bagi kelas itu."Eh awak silakan masuk".
Aku pun masuk dengan hati yang berdebar debar dan aku cuba untuk menenangkan hatiku yang sedang bergelora ini secepat yang mungkin.
"Sila perkenalkan diri awak"ujar cikgu Maryam.
"Hai nama saya Nur Nurin Aliya.Saya tinggal di Taman Tasik Intan and that's all" sambil melakarkan senyuman yang paling manis?.
Ketika itu ada seseorang yang mengangkat tangan lalu bertanya."Nama bapak awak siapa" kata Sham selaku ketua kelas bgi kelas 4 chandelier itu.
'eh eh eh kau nama bapak aku jugak kau nak tahu,apa kau berminat sangat ke dengan bapak aku nak kawin ke?'kata Nurin dalam hati.
Nurin hanya mendiamkan dirinya sahaja kerana dia tidak mahu beritahu kepada kawan kawannya yang pengetua sekolah ini ialah ayahnya nanti apa pula kata kawan kawannya.'nak ambil kesempatan nanti macam la aku tak tahu budak zaman sekarang'😑
"Itu nanti awak tanya sendiri dengan dia" ujar cikgu Maryam."Nurin awak boleh duduk bersebelahan dengan Mikhail"kata cikgu Maryam sambil menunjukkan arah di mana tempat duduk baharunya itu.
Mikhail tersengih sengih sambil menepuk nepuk dan berpura pura membersihkan habuk yang berada di atas kerusi itu.Aku memandangnya dengan muka menyampah POYO huh.
Setelah itu aku pun berlalu untuk pergi ke tempat aku yang bersebelahan dengan seorang lelaki yang asyik memandangku dari awal aku masuk ke kelas itu. Ya aku perasan dialah yang selalu memandangku tidak berkelip kadang menyeramkan pun ada juga.
Aktiviti pembelajaran bermula seperti biasa.
Sorry la sbnarnya sy tk tahu nk tulis apa hehehe.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Skip kelas*
Akhirnya cikgu Maryam pun keluar memandangkan loceng telah berbunyi menandakan kelas cikgu Maryam sudah pun habis.Sementara menunggu guru matapelajaran yang seterusnya memasuki kelas itu Mikhail berhasrat ingin memulakan perbualan dengan Nurin Dan ingin berkawan dengannya.