bab 1

152 17 0
                                    

Dia cangkung kerana penat menarik. Dia memandang sahaja beg yang berat 50kg itu. Dia mengeluh lalu menarik smeula beg itu dengan kuat. Diam - diam dia memaki hamun pada beg itu.

"Apa benda kau makan huh!?" Carim mendegus geram. Geram - geram pun dia masih menarik beg itu sehinggalah dia berada di belakang keretanya. Apabila kelibatnya muncul, seorang lelaki.keluar dari pintu pemandu. Muka Carim kelihatan bengang.

"Tolong aku angkat benda ni. Berat sangat" lelaki itu hanya angguk, dia membukak bonet kereta kemudian mengangkat beg itu. Kiraan satu hingga tiga diucap lalu beg itu dihayun masuk ke dalam. Carim meregangkan tubuhnya. Aduhai pinggangku sakit.

Dia memasuki ke dalam perut kereta lambhogininya seperti biasa dan lelaki itu juga membawa kereta seperti tiada apa yang terjadi.

Sunyi menikan suasana.
Membuatkan dia bosan.

"Fayyan, cuba kau borak. Aku bosan" Carim memecahkan suasana sunyi itu dengan meminta Fayyan untuk bicara. Fayyan memandang cermin belakang kemudian dia angguk.

"Mayat yang berada di dalam tu, peminta mintak datang ke alamat ini" sepucuk surat dikeluarkan dari baju jacket dalamnya kemudian diserahkan pada Carim.

Berhati - hati Carim membukak dan membaca inti surat itu. Dia ketawa kecil. Memang hebat dia ini. Membayar orang untuk bunuh seseorang lalu membuatkan orang itu merana kembali.

Lucu.




"Kau dah sediakan bahan?" Carim yang kemas dari atas sehingga bawah memakai baju masak itu menyoal Fayyan. Lelaki itu hanya mengeluar jari ibunya.

Carim mengangguk faham. Tangannya diregangkan lalu mengambil pisau dapur. Tubuh badan itu berada elok di atas meja itu. Pisau itu mula memotong setiap bahagian. Dari leher, jatuh ke bahu kemudian ke bahagian tengah lengan selepas itu ke pegelangan tangan.

Akhirnya turun ke lutut kaki. Darah pekat memancut keluar tapi tidak membuatkan Carim takut atau terkesan dengan bau hanyir itu. Dia menarik mukanya secara tiba - tiba apabila ada darah memancut ke mukanya. Mukanya berkerut kemudian dia mengusap darah itu bagi hilang.

Kesan darah di tangannya dipandang lalu dirasa.

"Patutlah kena bunuh. Kotor rupanya" dia memberikan respond begitu selepas merasa darah itu. Dia kemudian mengambil daging yang sudah dipotong kepada bahagian kecil dan slice.

Kesemua daging diletakkan di dalam mangkuk kemudian direndam dalam air bagi hilangkan darah itu. Tunggu beberapa minit kemudian, dia mengeluarkan air tersebut. Tangan mengabil daging lalu dicampak ke dalam tepung. Kemudian diambil semula dan meletakkan tepung di seluruh daging. Tanpa tinggal satu bahagian pun.

Fayyan pula memotong setiap bahan seperti daun bawang, sayur cubist dan sayur yang lain. Selesai sahaja dia memebrikan bahan itu pada Carim. Carim mula masak kesemua bahan itu termasuk daging manusia itu.

Sudah selesai dia mula hidangkan daging itu dengan teliti. Hiasan diletakkan di setiap pinggan bagi melihatkan betapa cantik dan mewah makanan itu.

Akhirnya, dia memberikan daging itu pada pelayan untuk diberikan pada pesanan. Fayyan dan Carim melihat makanan itu dihantar. Sedia melihat respond dan comment dari pesanan.

Mulanya dia kelihatan enak memakan daging itu tapi sesuatu membuatkan orang dihadapan wanita itu seperti takut. Mungkin sudah tahu kebenaran.




"Fareesha... sedap ke daging tu?" Amira menyoal dengan lemah lembut seraya tangan memegang kedua garphu dan pisau yang sedang memotong daging itu.

"Weh sedap... rasa pun enak dan lembut. Pandai kau pilih!" Amira hanya angguk setuju dengan senyuman. Daging itu dicucuk dengan garphu lalu memasuki ke dalam mulutnya.

"Daging ini... wow..." Fareesha tanpa henti memuji daging itu sehinggalah Amira mmeberitahu sesuatu pada Fareesha. "Memanglah enak Fareesha... daging... boyfriend aku kan, Harith" Amira tersenyum sahaja kemudian sambung makan daging itu tanpa pedulikan reaksi Fareesha.

"Ha... Harith? Apa kau merepek weh" dia ketawa kecil. Mungkin dia fikir itu hanya gurauan sedang tidak. Selesai dua wanita itu habis makan mereka berjalan keluar dari restoran itu.

Carim dan Fayyan hanya melihat sahaja. "Aku rasa Amira bagitahu pada dia tapi dia fikir tu gurauan" Carim hanya merenung sahaja kemudian tersenyum nipis.

"Bagi buaya makan. Ambil cebisan besar kemudian campak kat sungai" Carim tersengih apabila dia dapat idea bernas itu.

"Oh ya. Pastikan pakai glove. Aku tak mahu ada kesan dna ada kat badan. Tak mahu aku turun naik mahkamah. Menyusahkan aku" Carim geleng kepalanya apabila selsai berucap.

Fayyan hanya angguk kemudian meletakkan bakian daging itu kedalam bagasi. Diletakkan dengan berhati - hati supaya tiada kesan ditinggalkan.

Bagaimana mereka boleh masuk ke dalam restoran tanpa siapa curiga? Sebab restoran itu ada pemilik rakannya. Dan rakannya pun salah satu pembunuh. Jadi tidak peliklah tiba - tiba mereka bawa kepala masuk ke dalam dapur.

Selesai letak, dia mengheret bagasi itu ke arah kereta. Kemudian di letakkan di dalam bonet. Terus dia memandu kereta itu dengan laju.

Carim berada di dalam tandas. Tangannya meraup rambutnya ke belakang. Baju dapur itu dilipat lalu dimasukkan ke dalam beg. Dia membetulkan bajunya kelihatan kemas kemudian keluar dari tandas dengan kelihatan mewah dan kacak.

Semua mata memandang tapi Carim seperti biasa membuat muka bekunya. Dia tak berminat dengan soal cinta. Dia hanya berminat untuk jaga budak sahaja. Fikir orang suka membunuh tak ada perasaan kasihan pada budak kah?

Dia mengeluarkan kunci Honda HRV lalu hidupkan enjin kereta. Akhirnya kerja malamnya sudah selesai dia boleh berehat dan meluangkan masa dengan Aulia. Walaupun lewat.





Jam menunjukkan 11.30 malam. Pasti semua manusia sudah lena tidur. Carim memulas tombol pintu rupanya seraya memberikan salam, kaki baru sahaja melangkah masuk tiba - tiba terasa tubuh dipeluk oleh sesuatu.

Kepalanya menunduk ke bawah dan terkejit melihat Aulia sedang memeluknya. Bahagia terasa sehingga ke isi hati.

"Aulia sayang, kenapa tak tidur lagi? Kan abang Car pesan, tidur awal sayang. Jangan tunggu abang" Carim menegur Aulia.

"Aulia nak abang Carim teman... tak nak makcik som" Aulia memeluk erat tubuh Carim. Carim menegluh kecil lalu mengusap kepala Aulia.

"Makcik som, hari ini makcik som tidur sini? Tidur dekat bilik tetamu. Saya bawa Aulia naik atas ya?" Makcik Som hanya angguk faham kemudian dia membawa Aulia naik ke atas.

Dia belari memasuki ke dalam bilik dan Carim hanya geleng kepala melihat keriangan gadis itu. Dah malam pun masih ada tenaga ya. Aulia mula baring di atas katilnya. Carim pun ikut sama tidur di sebelah Aulia.

"Kenapa nak abang teman Aulia hari ini? Dulu tak macam ini pun" soalnya.

"Aulia rasa rindulah! Dulu mama ayah tak macam ini pun... kawan - kawan selalu kata diaorang tidur dengan mama atau ayah diaorang..." nada Aulia berubah pelahan.

Carim hanya angguk faham. Dia faham perasaan itu. Kemudian menarik Aulia dalam dakapannya dan bibir mengucup dahi Aulia penuh kasih sayang.

"Abang Carim always sayang Aulia. Sayang banyak - banyak"

PEMBUNUHWhere stories live. Discover now