PART 2

11 0 0
                                    

QALISH menghentikan langkahnya apabila sudah tiba di hadapan pintu bilik khas Team Alpha. Dia mengetuk pintu sebanyak tiga kali. Selepas mendengar arahan orang dalam memberi keizinan masuk, Qalish terus menguak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam.

" Ha Qal , lama benor nya pergi tandas. Sembelit ke ? " Tegur Zaiyani Layyin sebelum meletuskan ketawanya yang tidak terlalu kuat. Posisi Zai di dalam Team Alpha adalah sebagai sniper iaitu nama samarannya eagle. Kepekaannya dan matanya yang tajam mampu menembak musuh dengan tepat tanpa sedikitpun tersasar.

" Tch ! takdelah sampai sembelit nok. Cuma tadi aku pergi jumpa Tuan Mukhriz. Report pasal kes penculikan dua orang perempuan tu ha."

" Eh haahla. Sejak pkp dah tak ada ni , kes culik makin meningkat dari yang sebelum ni. Lepastu yang culik pun bukan orang sini kan , kebanyakannya orang luar negara." Daiyyan Hazieq yang sedang menghadap komputernya itu bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri. Posisi Iyyan dalam Team adalah sebagai Hacker iaitu nama samarannya ialah trace 1. Trace mempunyai dua iaitu trace 1 dan trace 2.

Trace 2 dipegang oleh Dhaffar Djauhar dan Peranan mereka berdua adalah sama.

" Baru beberapa hari lepas kita selesaikan kes penculikan ni, harini ada lagi. Fuh, diorang yang menculik ni memang tak ada kerja lain agaknya. Banyak-banyak kerja, kerja haram macam ni juga yang menjadi pilihan hati, haihlah." Luahan Rizqin Zaquan menyebabkan 6 orang lelaki yang berada di dalam bilik itu turut mengiyakan kata-katanya.

Kelebihan Rizqin di dalam Team Alpha adalah dia mempunyai kepakaran dalam mengendalikan pelbagai jenis bom. Ini juga amat penting di dalam sebuah pasukan khas kerana dia akan menggunakan kepakarannya jika mempunyai misi yang melibatkan bahan api yang merbahaya.

" Hmm. Tuan ada pesan apa-apa dekat kau tak, Qal ? " Setelah lama berdiam diri, akhirnya ketua Team Alpha, Inspektor Al-Mateen bersuara sekaligus menghentikan perbualan mereka.

" Allahuakbar ! aku lupa ! Tuan Mukhriz nak jumpa kita sekarang. Nak bincang pasal budak perempuan yang hilang tu. Cepat cepat !!." Gelabah Qalish apabila sudah mengingati semula arahan yang telah diberikan oleh Tuan mereka.

" Dasar kamprett !! boleh engko lupa arahan tuan !." Dengan perasaan geram, Dhamrah Danial mengetuk kepala Qalish dengan menggunakan buku yang sudah sedia berada di tangannya.

" Tak sengajalah !" Menyeringai Qalish apabila kepalanya selamat diketuk menggunakan buku yang agak tebal di tangan Danial.

"Sudah la tu woi. Jomlah cepat, jangan lambat-lambat." Sempat Dhaffar bernyanyi sekali package dengan lenggok badannya.

Tanpa membuang masa, mereka bertujuh melangkah keluar dari bilik khas dan terus menuju ke bilik mesyuarat yang telah menempatkan Tuan Mukriz menunggu.

Tok ! Tok ! Tok !

Dengan memberi tiga kali ketukan di pintu bilik mesyuarat, mereka terus melangkah masuk ke dalam selepas mendengar keizinan daripada Tuan Mukhriz.

"Maaf Tuan, kami lambat. Tadi perut Qalish buat hal lagi. Time-time nak pergi meeting la dia nak membuang." Perli Zai sambil menjeling sedikit Qalish yang sedang berada di sebelahnya itu.

Qalish yang mendengar itu terus menjengilkan matanya melihat Zai yang sedang menayangkan muka selamba.

"Hm takpe. Silakan duduk semua."

Mereka terus melangkah menuju ke meja panjang yang disediakan di dalam bilik mesyuarat itu dan terus melabuhkan punggung di atas kerusi.

MISTER SAVIOURWhere stories live. Discover now