CERITERA AIRA SYAHIRAH

10 2 2
                                    

"Baik pelajar, jangan lupa esok kita ada program bersama ibu bapa kamu tentang keputusan percubaan SPM kamu." pesan Cikgu Masyita kepada pelajar tingkatan 5 Jaya itu.

     "Baik  cikgu!"jawab Aira dan rakan sekelasnya sehingga berjaya memecahkan kesunyian di petang hari. Kelas 5 Jaya mula kekurangan orang. Seperti biasa, Aira dan Lisa adalah orang yang paling lambat pulang ke rumah. Kadang kala mereka mengemas kelas atau belajar sama-sama. Namun pada hari ini, Cikgu Masyita keluar lambat daripada sebelum ini. Hajatnya pada hari ini ingin berjumpa dengan Aira.

     "Aira Syahirah." panggil Cikgu Masyita. Lantas Aira bangkit dari duduknya lalu mengatur langkah ke arah guru kelasnya itu. Dia tertanya-tanya pada dirinya mengapa gurunya memanggilnya. Walaupun ada sedikit perasaan gentar, dia tetap menayangkan muka bertenang.

     "Ya, Cikgu."jawabnya setelah tiba di hadapan gurunya itu. Gurunya menepuk tempat duduk di sebelah kerusi gurunya. "Duduk." arah gurunya. Aira mula berdebar-debar. pandangannya dialihkan kepada Cikgu Masyita. 

     Cikgu Masyita menarik nafas dengan dalam kemudian dihela perlahan."Aira, kamu ni ada masalah ke? Bukan apa, saya lihat kamu ni diam saja sejak akhir-akhir ini. Muka kamu tu pun, saya tengok dah macam orang sakit. Kamu sakit ke, Aira?" soal gurunya dengan perasaan risau. 

     "Tak Cikgu. Saya sihat. Saya tak sakit pun."balasnya dengan pantas serta menunjukkan ekspresi muka yang menunjukkan dirinya sihat. Dia menayangkan senyuman pada gurunya walaupun dalam hatinya risau akan gurunya dapat tahu yang dia mengihap sakit kanser paru paru.

     "Betul? Kamu jangan tipu Cikgu, Aira. Cikgu risau kalau apa-apa terjadi pada diri kamu. Kalau kamu sakit, tolong beritahu Cikgu. Insya-Allah, Cikgu akan cuba bantu kamu." ujar Cikgu Masyita. Sungguh dia tidak percaya akan kata-kata Aira itu.

     "Ada apa-apa lagi ke Cikgu? Kalau tiada apa-apa , saya pergi dulu."pintanya. Cikgu Masyita mengangguk. Redup  saja pandangan Cikgu Masyitah kepada Aira  yang sedang berlalu pergi. Sungguh dia kesian akan nasib pelajarnya tu apabila dikenang ibu bapa Aira tidak pernah menyukai Aira atas sebab dia bukan seorang yang pandai. Cikgu Masyita melangkah keluar dari kelas 5Jaya.

     "Aira, Cikgu tanya apa?"soal Lisa yang baru sahaja tiba di tempat duduk Aira.

     "Tak de apa."jawabnya kemudian Aira diam membatu. Pandangannya hanya menunduk ke bawah. Hatinya terasa dengan keprihatinan guru kelasnya. Mahu sahaja dia menangis apabila dia menyedari bahawa gurunya itu amat menyayanginya dan prihatin terhadap dirinya. Bukan dia tidak mahu jujur, tapi dia lebih memilih untuk berdiam diri. Takut jika ibu dan ayah tirinya dapat tahu dia mengadu tentangnya pada gurunya.

     Dari tadi Lisa hanya memerhatikan Aira. Jelas wajah Aira kelihatan murung. Dia turut simpati akan apa yang dilalui rakan baiknya itu. Lisa duduk di sebuah kerusi sebelah Aira. "Aira, kenapa kau tak jujur dengan Cikgu Masyita fasal penyakit kau?" soal Lisa dengan nada yang lembut .

     "Aku tak nak  masalah aku libatkan Cikgu. Cukuplah kau sorang saja yang tahu  apa penyakit aku, Lisa. Aku harap kau boleh tutup mulut tentang hal ni termasuk dengan ibu dengan ayah tiri aku." jawab Aira sambil memandang anak mata Lisa.

     "Tapi kau sakit kanser ,Aira. Sampai bila kau nak sorokkan semua ni? Aku sayang kau. Aku nak kau happy and sihat macam mana aku kenal Aira yang dua tahun dulu. Kalau kau beritahu pada Cikgu Masyita tenang hal sebenar, mungkin dia boleh selesaikan masalah kau." kata Lisa sambil menahan air mata yang hampir menitis. 

     Aira memegang erat tangan Lisa kemudian di berkata ,"Aku cuma perlukan kau je Lisa untuk gembirakan aku." 

     Lisa menitiskan air mata kesedihannya. Aira mengelap air mata yang mengalir di pipi Lisa. "Lisa, jangan risau tentang aku. Aku boleh jaga diri aku. Yang penting sekarang ni, aku hanya nak sokongan dari kau." pinta Aira dengan penuh berharap. Lisa mengangguk laju.

CERITERA AIRA SYAHIRAH - CERPENWhere stories live. Discover now