part 2

165 2 0
                                    

Selepas habis waktu persekolahan aku terus pergi ke bilik guru untuk berjumpa cikgu Aina

'tuk Tuk tuk' ketukan pintu

"Masuk" cikgu Aina mempelawa

"Assalamualaikum cikgu" aku menyapa

"Waalaikumussalam" jawab cikgu Aina

"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Aku bertanya

"Saya nak tanya awak kenapa awak selalu tidur dalam kelas dan awak cakap awak penat?" Cikgu Aina bertanya sambil menatap wajah aku

"Saya sebenarnya kerja cikgu, dari pukul 8 malam sampai pukul 3 pagi" jawab ku sambil tertunduk

"Ouh, baik baru saya faham, tapi kenapa awak kerja bukan mak ayah awak ada lagi kah? Tanya cikgu Aina kepadaku

"Mak ayah saya memang masih ada cuma saya tk duduk serumah dengan diorang lagi" jawabku sambil tertunduk

"Kenapa awak tak duduk serumah dengan diorang lagi?" Tanya cikgu Aina

"Saya ada terasa hati dengan mereka dan saya bergaduh dengan adik beradik saya" jawab ku sebak dan tertunduk

"Ouh, jangan menangis, cikgu tak berniat nak bagi awak nangis" jawab cikgu Aina

"Takpe cikgu, saya minta diri dulu ye" jawab ku sambil menahan sebak

"Baik awak boleh balik, tapi ingat Zack awak kena atur semula jadual masa awak" cakap cikgu Aina kepadaku

Aku hanya mengangguk dan meninggalkan bilik guru

Aku start moto Yamaha 125zr ku dan pulang di rumah

Setiba di rumah

"Haih aku rasa aku dah mula suka dekat cikgu Aina lah" cakap ku didalam hati

Masuk bilik dan mandi selesai mandi aku memakai baju dan pergi ke dapur untuk masak maggi kari

Tiba tiba handphone aku berbunyi

Terpapar nama Zaki aka bagak, Zaki ni kawan aku dari sekolah rendah dan sama minat

"Hello, assalamualaikum kenapa bagak?" Jawab aku

"Hello, waalaikumussalam, Zack esok Jum pergi Seremban aku nak tengok wayang lah dengan fiqah" jawab Zaki, fiqah tu awek dia dari tingkatan 1 sampai sekarang

"Ouh, boleh tapi aku tk bawak 125 lah aku bawak double R" jawabku

"Cantek, esok pukul 4 jumpa dekat dataran Teluk Kemang" jawab Zaki

"Ok" jawab ku sepatah lalu mengakhiri call

Aku pergi ke dalam store dan aku menyelak kain berwarna hitam dan berlambang ANAK HANTU PEE DEE, tu nama team aku yang ditubuhkan oleh arwah sahabat karib ku yang bernama Saiful ataupun orang panggil Along paip,

"Haih lama dh tk bawak moto ni" cakap ku didalam hati sambil menahan sebak

Moto Kawasaki ninja double R tersebut di hadiahkan oleh arwah sahabat karib aku Along paip

Aku bawak keluar moto tu dan hidupkan enjin moto itu

"Erh, elok lagi batteri ni padahal dah 1 tahun aku tk start moto ni lepas Along paip meninggal" aku bercakap perlahan sambil teringat sahabat karib ku itu

Aku bawak moto tu untuk servis dan pergi basuh sebelum pergi ke tempat aku menjual Burger

Sampai di tempat aku menjual dari jauh aku dh nampak satu kereta yang amat aku kenal

"Erh tu bukan kereta cikgu Aina ke?" Aku bercakap dalam hati

Aku parking moto dan aku hidupkan lampu dan buka kedai sambil menunggu kawan aku yang bernama mukhzani, dia adik kepada arwah Along paip dia tolong aku jual Burger dia yang bawak roti, Patty dan semua bahan sebab dia ada kereta

Mukhzani sampai dan kami mulakan perniagaan seperti biasa

Tiba tiba kereta proton satria neo berwarna meroon yang aku kenal berhenti dan membuka tingkap

"Assalamualaikum" cikgu Aina memberi salam dan menyapa kami berdua

"Waalaikumussalam, Erh cikgu" aku jawab salam dan menyapanya kembali

"Zack saya nak Burger daging special 2 dan Burger ayam special 2" Oder cikgu Aina

"Baik cikgu" jawab ku sambil mencatat Oder cikgu Aina

"Zack saya pergi dobby kejap ye" cakap cikgu aina

"Baik cikgu" jawab ku

Setelah 5 minit cikgu Aina kembali dan aku beri Burger yang dipesan oleh cikgu Aina

"Ni cikgu semua 20 ringgit" aku memberi tahu harga

"Terima kasih Zack" cikgu Aina cakap sambil tersenyum

Cikgu Aina bagi duit 50 ringgit

"Ni cikgu baki" aku menghulurkan duit baki

"Erh takpe baki tu simpan" cikgu jawab sambil tersenyum

"Ya Allah terima kasih cikgu, tapi banyak sangat ni cikgu, cikgu bagi saya 50 ringgit"

"Takpe tu rezeki awak, saya minta diri dulu Zack assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, terima kasih cikgu"

Cikgu Aina pun berlalu pergi

Selesai perniagaan aku dan mukhzani bahagikan duit sebab dh masuk bulan 8

"Ok mukh ni gaji kau bulan ni 1200 dan ni duit untuk beli roti, Patty, dengan barang barang lain" aku bercakap dengan mukhzani dan menghulurkan duit itu

"Alhamdulillah, terima kasih Zack" cakap mukhzani sambil mengambil duit tersebut

"Weh Zack esok kau dengan yang lain gi Seremban erk?" Tanya mukhzani

Aku pandang mukhzani

"Haah lagi pun aku nk running moto ni dah 1 tahun aku tak bawak moto ni" jawabku

Next part

seorang mat rempit yang jatuh hati pada cikgunyaWhere stories live. Discover now