BAB 1

15 7 1
                                        

Nama aku Rea.Salsabella Reana. Kawan-kawan rapat aku memanggil aku dengan nama pendek,Bella dan Rea. Ada juga beberapa orang kenalanku yang memanggil aku Nana dan Salsa dan aku tidak suka! Ya, itu juga nama aku tetapi aku kurang gemar .Ada juga yang sesedap maggi cukup rasa memanggil aku nabila,alasannya kerana aku mengenalkan diri sebgai Bella, lalu mereka membuat andaian sendiri, Bella diambil daripada nama nabil. Unik katanya nama aku ni, Ya aku tahu nama ku terdengar sangat glamour. Tambahan pula, dalam bahasa itali nama Bella itu membawa makna cantik. Aku lwbih suka dipanggil Bella kerana sememangnya nama itu sangat sesuai dengan imej diriku yang cantik bergaya.

Mungkin ada yang kata aku perasan sendiri. Mungkin ada yang kata aku perempuan perasan bagus.Entah-entah sudah ada yang muntah darah dek kerana mual dengan kesempurnaan yang telah au senaraikan.Apa bole buat? Terima hakikat sajalah ! Dari segi rupa fizikal,aku memang sempurna. Rambut ikal mayang yang coklat keperangan,asli lembut beralun dan sangat berkilat.Muka bujur sirih dengan dagu yang runcing. Tidak perlu cucuk botoks, tidak mainlah pakai-pakai susuk.Kulitku semula jadi bertona putih kemerahan. Bukan kerana berhabis duit membuat rawatan di spa mahal,tetapi kerana mewarsi kemulusan kulit mamaku,Puan Esmira yang kini digelar hot mama.

Aku juga cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga berada .Papa seorang Duta.Walaupun 80% masanya dihabiskan terbang kesini sana atas urusan kerja di luar negara, papa tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang etua keluarga dengan cemerlang,terbilang dan gemilang. Dalam sebulang, sekurang-kurangnya sekali papa akan balik menjenguk kami. Bila tidak berkesempata,papa akan mengadakan video conference call supaya boleh melihat anak-anak dan isterinya.Memang papa dikategorikan sebagai seorang ayah mithali. Paling melegakan hati,papa tidak terkena sindrom gatal miang keldi seperti rakan-rakan seusianya yang gatal hendak berbini muda lah, dua,tiga dan empatlah atau kekasih gelap.

Bercerita tentang mama,namanya Puan Esmira. Kenapa tidak seperti nama aku pun? Baiklah, sila buang gaya pemikiran seperti itu,tidak semstinya kalau nama mama Esmira,nama ku juga perlu bermula dengan 'Es' atau ada perkataan 'mira' seperti, Esmeralda, Esrlina atau diamira, syamira atau yang seangkatan dengannya. Mama,tidak perlu bekerja keras kerana papa sudah menyediakan rumah banglo tiga tingkat dengan dekorasi bali di Damansara sebagai tempat berteduh.Mama juga diberikan khidmat pembantu rumah yang bernama Jijah dan Achik Ani,masing-masing penduduk tempatan. Bukanlah, mama tidak boleh memasak, mama sangat hebta dalam bidang memasak dan maskannya tidak pernah mengecewakan dan mama juga boleh sahjaa mengemas rumah, tetapi mama tidak pernah lekat dirumah lantaran jadualnya yang sendat lagi padat dengan datin-datin dan puan sri-puan sri yang digaulinya, tambahan pula, mama mepunyai kedai bakery yang dijaganya, jadi mama jarang memasak dan tidak mungkin mama dapat mengemas rumah banglo tiga tingkat ini seorang diri. Aku? Sudah jelas-jelas pekerjaanku menuntut ku untuk selalu berada di luar. SUdah tahu tak larat mahu megemas rumah mengapa sampai tiga tingkat rumahnya? Tolonglah berhenti asyik mengkritik. Pilihan masing-masing bergantung kemamapuan keuangan.

Aku? Aku tidak mengikut jejak langkah papa menjadi Duta. Tidak pula mempunyai keberanian untuk berbisnis seperti mama. Jadi aku hanya memilih untuk menjadi seorang pramugari merangkap influencer terkenal. Dengan penampilan fizikalku yang sempurna,mudah sahaja dipilih mendapat jawatan itu. Sekatang sudah hampir empat tahun aku terbang membelah langit biru. Menjawat profesion yang dianggap punya gaya ,mutu dan keunggulan yang maksima. Tinggi statusnya dan dipandang hormat oleh semua . Tambahan pula,aku seorang influencer yang berpengaruh, mempunyai sekitar 5.5 milion pengikut di TikTok dan 4 milion di Instagram.

Ya, segalanya tentang diriku cukup sempurna! keluarga yang hebat dan berduit setiap masa. Kerjaya yang menjadi sebutan dan berprestij. Secara mata kasarnya, semua tentang ku adalah Sempurna. Tiptop.

Lengkap, Sempurna,bertuah.

Namun, tiada siapa yang tahu gelodak sebenar hatiku ini. Hati yang sunyi sepi kerana tatkala menginjak angka 28 tahun ,aku masih sendiri. Secara jujurnya aku sama sekali tidak ada masalah jika kekal sebagai anak dara bahkan anak dara tua. Aku ada duit ,pangkat dan aku mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan mana-mana lelaki sebelum ini. Tidak perlu membebani diri memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan selepas itu jika diberikan rezeki menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Akan tetapi hal ini sangat hangat diperkatakan sekarang dalam kalangan masyarakat sekitar ku yang tidak habis-habis bertanyakan tentang statusku.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 20, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Her Obsession Hud Syaizal Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang