"kau keluar je lah, tido kat sekolah tu!!!" kata-kata seorang mak."
____
9.00 am
"Hey E! Kau balik lewat lagi kan?" Si M bertanya. "Dah 2-3 hari aku balik lewat, marah mak aku nanti" dengan mengeluh aku berkata. "Kau jugak nak menang kelas paling kreatif" si M ungkit. "Tahu... Tapi kita dah sepakat buat sama-samakan?"
1.30 pm
Aku sangat balik tapi aku ada tanggungjawab. Walaupun hanya pelajar biasa, aku kena laksanakan dengan sempurna. Lagi pun mak ajar untuk aku sentiasa buat terbaik.
"Wah rajinnya!!" Kata guru yang lalu. "Takde lah cikgu, habis ni kami terus balik" ujar aku. "Bagus betul, mesti kat rumah pun rajin ni" cikgu tersenyum dan aku pun hanya mampu senyum.
Aku nak kata rajin kat rumah tu tak lah, buat bila suruh atau perlu. Aku rajin kat sekolah sebab nak jaga nama keluarga. Tak nak lah orang pikir mak ayah aku ni tak pernah ajar anak.
5.30 pm
Dah berapa hari aku balik ngan budak sesi petang. Nak buat macam mana kan, nasib baik aku dah siapkan semua tadi jadi esok tak perlu stay kat sekolah.
"Assalamua-" tidak sempat aku habiskan ayat, mak aku dah membuka pintu. "Kau amik baju kau ni!!" Mak membaling bag yang berisi baju aku ke luar rumah.
"kau keluar je lah, tido kat sekolah tu! Nak sangat cikgu sanjung kau, pergilah! Tak yah balik!" kata-kata seorang mak.
Aku hanya terdiam...
Aku ingin menjaga nama mak ayah tapi ini balasannya? Apa salah aku?
Mak terus bejalan laju masuk ke balik dan aku di luar mengutip baju di lantai. Aku masuk ke dalam rumah dengan menahan air mata. Aku susun semula baju di almari yang di kongsi dengan kakak-kakak ku yang lain.
Adakah aku salah? Aku bukannya lepak atau merayau, hanya di sekolah... Adakah itu salah? Maafkan aku, mak.
Apa patut aku rasa sekarang? Kecewa kerana ingin menjaga nama keluarga tetapi mak menghalau ku? Marah? Sedih?
Perasaan aku tidak sepenting perasaan mak...