UCHA POV .
TING !
Bunyi dari Iphone 6 Plus , aku cuma biarkan sebentar. Setelah merapikan rambut yang sedikit kusut , aku capai beg dan aku sandangkan ke bahu. Sekilas aku memandang pantulan imej di cermin . Hm cantik dah macam ni. Seketika baru lah aku merenung Iphone di tangan.
Luke : dah sampai depan rumah .
Bergegas aku mengunci pintu dan mengambil kasut Nike pemberian Abah tahun lepas. Langkah kaki aku aturkan ke kereta Myvi yang sedang menungguku ditepi pagar rumah sewaku. Pintu kereta dibahagian depan untuk penumpang , aku buka perlahan. Berdebar ye. Walaupun aku dah selalu keluar dengan lelaki dekat Wechat tapi ini kali pertama aku keluar dengan lelaki bernama Luke ni.
" Luke ? " sapaku ramah . Ye lah dah rancang untuk keluar bersama kan , takkan lah tak ramah pulak.
" Yes , come inside " balasnya dan cuma memandangku sekilas;
Weh kacaknya. Sedikit berkumis dan mukanya nampak matang .Dia kelihatan agak tinggi walaupun dia belum berdiri tapi aku dah boleh agak. Berkulit sawo matang.Umurnya aku tak tahu.Walaupun berkenalan di Wechat tapi perbualan kami sangat ringkas dan padat. Terimbau perbualan aku dan dia di aplikasi itu.
08/08 1.16 AM
Luke : Hi
Ucha : Hi too !
15/08 12.02 AM
Luke : Hi
Ucha : Hi jugak. 🥰
30/8 9.11 AM
Luke : Morning. Dah breakfast ?
Ucha : Selamat pagi wak.
Belum makan lagi sebab ada kelas.
Lepas kelas baru cari makan .
Hehehe
3/9 3.17 PM
Luke : Hi.
Ucha : Memang sejenis chat sepatah
pastu hilang eh ?
21/9 7.09 PM
Luke : Hi.
Ucha : Nak apa ?
Luke : Meet up tomorrow at 3 PM? Food on me.
Ucha : Hm
Luke : Send your location later
22/9 2:15 PM
Ucha : *sending current location
22/9 3.01 PM
Luke : dah sampai depan rumah .
Pertama kali dapat keluar dengan lelaki kacak macam ni.Bukannya tak pernah keluar dengan lelaki kacak tapi yang ni macam ada aura yang ... Aihh entahlah aku. Tak tahu nak cerita macam mana.
Gayanya simple sahaja. Dia pakai baju T-shirt berlengan pendek warna hitam dipadankan dengan Jeans hitam. Seusai menutup pintu kereta , aku menyelesakan diri di tempat duduk dengan meletakkan beg ke tepi.Tanpa suara , dia memandu keluar dari kawasan rumah sewaku.Sekilas aku memandangnya. Tangannya memegang stereng kereta , terlihat jelas lengannya yang sedikit sasa.
" Nak makan apa ? "
" Apa apa je . Saya okay je mana mana. Tolak kayu dengan batu je. " Balasku diiringi gelak pendek. Terhibur dengan diri sendiri.
" Tengok body pun dah tahu "
Aku menjeling dan tanpa berfikir, tanganku laju mencubit pehanya. Keras . Seketika dia terus mancapai tanganku dan mengenggam . Tak sampai 10 saat kemudiannya dia melepaskan tangan aku dan fokus pada pemanduan.
" Awak nak cakap saya gemuk ke ? " Tanyaku tapi pada masa yang sama aku toleh ke arahnya. Memerhati cara pemanduannya. Sedikit laju.
Sebenarnya aku tak tahu nak mulakan perbualan macam mana . Tengok la cara dia balas conversation tu. Aku pun tak tahu apa yang membuatkan aku terus bersetuju nak keluar dengan dia walaupun caranya macam tu. Kelihatan lelaki disebelah aku ini agak pendiam dan misteri.
Dia tersenyum sinis mendengar pertanyaan aku.
" MCD ? " Soalanku dibiarkan sepi.
" Taknak lah. Dah bosan . " Memang itu hakikatnya. Setiap kali keluar dengan lelaki berbeza , mesti dorang akan belanja McDonald. Lepastu paksa blowjob sebelum hantar ke rumah. Entah entah Luke pun sama je perangai. Ye la lelaki kan. Fikirku sejenak.
" KFC ? "
Aku menggelengkan kepala. " Ayam KFC makin kecik la. Takpuas la makan. Dulu ayam dia besar tau. Sekarang je dah berubah. Entah apa kena laa." Laju mulutku memberi komen.
" Then nak makan apa ? " Soal Luke lagi.
" Apa apa pun boleh je "
" Just give me some answers. I don't have time to guess what is your favourite food . " Ujar Luke dan memandangku dengan raut muka yang sukar aku tafsirkan. Marah mungkin sebab aku sendiri tak dapat fikirkan nak makan apa.
" Nak nasi goreng cili padi. Nasi lebih . Cili padi lebih. Nak ayam goreng McD yang pedas tu and nugget 9 pieces. Air nak Teh o ais and Coca Cola. " Jari tangan aku buka sedikit luas untuk kira kemahuanku. Makanan pedas memang kesukaan aku.
" Okay "
Segala isi penulisan adalah atas kretiviti saya sendiri. Maaf andai kata ada typo atau grammar error.
Untuk korang yang suka cerita ni , jangan lupa untuk VOTE dan KOMEN tau. ⭐️
YOU ARE READING
Her phobia - Luke Humam
RomanceYang sorang ada anger issues , kalau marah semua barang boleh pecah. Zahir mahu pun batin. Yang sorang pulak , eh kuat makan . Dalam manja dan mengadanya , terselit sifat degil . Perjalanan hidup untuk mencapai kebahagian tidak semudah disangka. D...