"Johan! Awak tidur dalam kelas lagi? Bangun dan pergi cuci muka sekarang"
Jeritan cikgu Ain dari kelas 5 Aman itu didengari oleh hampir satu sekolah. Siapa sahaja yang tidak mengenali beliau, cikgu Ain merupakan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jalan Hapetu. Beliau juga ialah seorang guru disiplin sekolah yang amat tegas dan akur dengan peraturan sekolah. Senang cakap, beliau ini garang orangnya bagaikan harimau yang kelaparan.
"Johan! Ape nak jadi dengan awak ni! Sekolah ini tempat belajar bukan tido. Awak ni sepatutnya bagi contoh yang baik terhadap junior awak yang lain. Bukan duk sini untuk tido je."
Murid Sekolah Menengah Jalan Hapetu sudah terbiasa dengan cikgu Ain mengamuk pada pagi pagi buta untuk memarahi sosok pelajar yang mempunyai hobi untuk tidur di sekolah. Nama pelajar tersebut amatlah dikenali oleh semua pelajar mahupun guru. Johan, ataupun lebih dikenali sebagai Johanny Laurence merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah di sekolah.
"Ye cikgu, ye ye OUCH! CIKGU! SAKIT CIKGU!" Johan yang baru sahaja ingin berdiri untuk keluar pergi ke tandas bagi mencuci mukanya dipulas telinga oleh cikgu Ain yang terang terang kelihatan geram dengan kenakalan anak muridnya yang satu ini.
"Ahh ni makannya tido dalam kelas saya. Sekarang saya nak awak pergi cuci muka awak dan salin nota yang berada di depan. SECEPAT MEUNGKIN" jelas cikgu Ain ke Johan yang sekarang sedang memulas badannya seperti cacing yang kepanasan untuk meminta cikgu Ain melepaskan telingannya yang masih lagi dipulas.
"Ye cikgu, baiklah saya akan jalankan tugasan yang diberi dengan sempurna" Jelas Johan dengan nada bermainnya.
Setelah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Johan, cikgu Ain pun memutuskan untuk lepaskan cepitan tangannya yang tadi menghigap ke telinga Johan dan membiarkan Johan pergi ke tandas.
"Apelah nak jadi dengan awak ni Johan" Bisik cikgu Ain kepada dirinya yang kini mengeluh sedikit.
KRINGGGG....
Bunyi loceng menandakan yang sekarang merupakan masa yang paling disukai oleh pelajar iaitu pulang ke rumah. Ramai pelajar yang kini sedang dalam perjalanan ke rumah masing masing. Kelihatan sesetengah pelajar dijemput pulang oleh ibu dan bapanya dan ada juga yang pulang ke rumah dengan berjalan kaki sama ada dengan rakan atau bersendirian.
"Dah dah la tu Johan, siapkan kerja awak. Selagi tak siap latihan ni jangan harap yang saya akan lepaskan awak balik ke rumah ye" Tegas cikgu Rahmah yang sedang mengawasi pelajar yang terkemuka atas kenakalannya
"Ye baiklah cikgu..." Jawab Johan acuh tidak acuh. Dia sekarang dikurung di kelasnya bersama dengan cikgu Matematiknya iaitu cikgu Rahmah. 'Aku nak balik doh...ape ni,tak adil tul. Semua pelajar dah balik rumah. Aku je yang tinggal kat sini dengan si beliau ni' Rungut Johan di benak hatinya yang agak sedikit membara.
"Cikgu...ni dah siap" Jelas Johan sambil menghulurkan latihan yang telah disiapkan oleh dirinya. Johan agak sedikit bangga dengan dirinya yang telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan walaupun mengambil sedikit masa. 'Huh..kerja cam gini tutup dua dua mata boleh siapla...senang je kot'.
"Okay bagus, awak dibenarkann pulang sekarang" jawab cikgu Rahmah yang sedang sibuk melihat hasil kerja anak muridnya dalam menyiapkan latihan matematiknya.
"Okay cikgu BYE" Johan dengan yakinnya menjejakan kakinya keluar dari kelas tampa rasa bersalah dengan cikgunya yang terpaksa menahannya dikelas kerana perangainya yang malas dalam menyiapkan tugasan sekolah.
Cikgu Rahmah yang melihat gelagat anak muridnya hanya tersenyum kecil dan sambung kerjanya dalam menyemak tugasan Johan yang baru sahaja diselesaikan.
"Ini-... Johan... esok awak datang ke sekolah siaplah awak" Cikgu Rahmah yang menyemak jawapan yang diberikan oleh Johan hampir pengsan dengan cara dia mengira. Mau cakap dia ni tidak pandai dia merupakan pelajar yang duduk di kelas yang diantara berprestasi bagus dan cermelang. Macam mana tidak terkejutnya cikgu Rahmah apabila semua jawaban yang diberikan oleh Johan sama. Dia hanya mengkopi paste jawaban dari soalan A hinggalah ke soalan H. "Lama lama macam ni boleh naik darah dibuatnya" kata cikgu Rahmah sambil menyusun barang dan buku latihan yang tadi disemak olehnya.
YOU ARE READING
Johan The Explore
FantasyJohan hanyalah seorang pelajar yang gemar membuat masalah di sekolah. Terutamanya kepada cikgu di sekolahnya, akibat dari sikapnya itu dia selalu didenda dengan tidak dapat pulang awal ke rumah sampailah tugasan atau hukuman yang diberikan telah sel...