Bila Cinta Terjatuh dalam Harapan II by Aisyah Maimunah

74 0 0
                                    

Bila Cinta Terjatuh dalam Harapan II by Aisyah Maimunah

Cerita tentangnya tidak berhenti begitu sahaja. Makin aku cuba untuk melupakan dia, makin itulah aku terasa diriku semakin dekat dengannya. Dan keadaan ini menyeksaku. Mungkin pada pandangan pihak lain, aku seharusnya gembira tetapi tidak! Aku menderita. Aku pasti menangis setiap kali ketemu dia, setiap kali teringat akannya. Mimpi yang datang berkali-kali membuat aku tidak keruan. Ada saja tentangnya yang aku mimpikan. Ini tidak sepatutnya berlaku! Aku harus melupakan dia sepertimana dia melupakan aku dalam masa sekelip mata. Aku harus buang dia jauh-jauh dari ingatanku sepertimana aku diperlakukan. Mimpi hanya suatu mainan yang tidak jelas...tapi aku tak sanggup. Keadaan ini membuatkan aku semakin merindui dia. Adakah dia juga merinduiku?

Kenangan yang kami kongsi selama ini terus bermain difikiranku. Segalanya tentang dia aku rindukan. Lebih-lebih lagi haruman dia. Terlalu rindu sehingga aku terlupa bagaimana bau harumannya. Aku terlupa cara memarahinya kerana terlalu sayang. Bagaimana bisa marah? Tidak mungkin aku marah dengan semua ini. Tidak mungkin aku marah dengan takdir yang telah ditetapkan buatku. Aku harus menerima pemergiannya dari hidupku. Walaupun berat, aku masih mampu menyebutnya dalam doaku meskipun hanya bayangnya yang aku dapat. Mungkin itu sudah memadai meski jiwa terus memberontak ingin memeluknya. Air mata ku tidak dapat mengungkapkan apa yang ada di hatiku. Hancurnya hati melepas dia pergi dari sisiku, dari hidupku buat selama-lamanya.

Aku percaya ada hikmah disebalik semua ini. Jika aku harus berpisah dengannya, aku terima meski hati tidak mengizinkan.

Menerimamu pergi amat berat. Namun Aisyah yakin, disebalik gelap, terbitlah terang. Pasti ada kebaikannya untuk kita. Tidak mengapa. Meskipun hilang semua yang Aisyah angan-angankan selama ini, Aisyah harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Hanya tinggal kenangan.

Hilang segalanya. Sampai disini. Terhenti semua sejarah hidup kita.

5 September 2010, Ahad...

Aku diberitahu bahawa pada hari ini, aku sekeluarga akan berbuka puasa bersama Mak Mas. Dalam hati, tidak ingin aku mengikuti mereka kerana tidak sanggup berhadapan dengan dia namun apakan daya. Tempat sudah di’book’. Amat rugi jika aku tidak mengikuti mereka ke sana. Baiklah, aku akur dengan keputusan emak. Sebelum Kak Wirda berangkat pulang ke Kuantan, dia mengirimkan duit raya buat si dia. Aku menyimpannya dengan harapan agar melalui cara itu, aku bisa berbicara dengannya. Setelah dia tiba, emak turut ingin memberikan duit raya. Tanpaku sangka, dia berkunjung jua ke rumahku setelah hampir setahun tidak bertandang ke rumah. Alangkah bahagianya aku ketika itu. Lebih bermakna lagi, baju kami sedondon. Berwarna hijau. Aku pantas menghulurkan duit raya dari emak dan dari kiriman Kak Wirda. Dia menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Ingatkan hanya keluargaku dengan keluarga Mak Mas, rupanya-rupanya keluarga Firdaus Adab turut serta pada petang itu. Ternyata, merekalah yang ingin membelanja kami berbuka puasa. Aku, si dia dan ayah menaiki kereta Volkswagen Abang Wan. Sepanjang perjalanan kami yang agak lama, aku hanya mendiamkan diri. Entah apa yang aku fikirkan pun aku tidak tahu. Dia hanya sibuk dengan bukunya. Entah apa yang dia baca pun aku tak tahu. Itulah dia. Buku, buku, buku!!! Namun itu lebih baik buatnya daripada terus disakiti perempuan yang dicintainya. Kami menuju ke Bandar Sunway. Agak sesak ketika ingin mencari restoran itu sampaikan sesat berpusing-pusing.

Setelah kami tiba disana, kami turun. Mobil Harrier yang dinaiki keluarga Firdaus Adab, Mak Mas, Uncle Oth dan mak diparkir. Mereka turun lalu kedalam dan segera berbuka puasa. Kami terlewat berbuka. Ayah pula lambat turun. Tanpa dijangka, Abang Wan dan dia sanggup menunggu kami. Aku tersentuh melihat mereka berdua. Seperti biasa, aku akan duduk berhadapan dengannya ketika makan. Banyak perkara lucu berlaku antara kami berdua. Contohnya, aku tersepak kakinya. Kedua, ketika Abang Firdaus mencedukkan aku nasi, aku berbual dengan emak. Tidakku dengar panggilan Abang Firdaus, dia memanggilku. “Syah! Syah! Syah!” aku tersentak. Malunya!! Tetapi tak mengapa. Aku sudah cukup bahagia kerana dia memanggil namaku setelah hampir setahun aku tidak mendengar dia menyebut namaku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 26, 2013 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bila Cinta Terjatuh dalam Harapan II by Aisyah MaimunahWhere stories live. Discover now