Chapter 4

23 3 5
                                    

"Kita rasa Harraz tak datang." Ayra mula bual bersama Zulaikha yang berdiri disebelahnya.

"Dia takde ke kat barisan tu?" Zulaikha menjawab sambil memerhati barisan kelas 5 Allium.

"Takde, kita dah tengok. Sekarang dah 7.20 confirm dia tak datang." Ayra mensinsing lengan bajunya untuk melihat jam.

"First day exam kot takkan tak datang?" Zulaikha bertanya kepada Ayra.

"Taktau la. Van dia terlambat amik kot." Ayra menjawab sambil beratur di belakang rakannya untuk naik ke kelas.

Sampai sahaja di depan pintu kelas, Ayra ternampak kelibat Asyfa yang sedang lalu di depan kelasnya.

"Asyfa, Harraz tak datang do." Ayra berjalan ke arah Asyfa sambil membuat muka sedih.

"Eh ye ke? Takpelah Ayra, redha-redha. Peh tadi Ijat, Masha Allah Ayra kenapa dia perfect sangat?" Asyfa bercerita kepada Ayra sambil menutup mukanya menahan malu.

"Sudah la kau, pergi la masuk kelas sana."

Mendengar kata Ayra itu, Asyfa terus berjalan meninggalkan Ayra yang terjegat di depan pintu kelas.

•••

Kertas Bahasa Melayu 1 sudah pun tamat. Kini, pelajar-pelajar sedang menuju ke kantin untuk makan.

"Ayra!"

Mendengar jeritan tersebut, Ayra terus memandang ke arah suara tersebut.

"Ayra. Harraz datang lah tapi dia datang lambat. Dia dah inform dengan cikgu kita orang semalam." Asyfa terus memberitahu tentang Harraz ke Ayra.

"Serious la? Kau dah cakap kat dia tak yang goodluck tu?" Ayra bertanya kepada Asyfa.

"Belum tapi si Ezri tu kata nanti dia bagitahu Harraz." Ezri sumpah semak.

"Lah dia dah tau ke aku suka Harraz?" Ayra memandang Asyfa pelik. Apahal semua orang mulut celupar sangat ni?

"Eh kau kalau dah usya-usya si Harraz tu memang obvious gila. Lagipun haritu kan aku dah cerita dalam chat." Ingin sahaja Asyfa membaling buku yang dipegangnya.

"Eh ye ah aku lupa. By the way thanks do." Ayra terus turun ke tangga, tempat tugasannya.

•••

Selesai memastikan semua pelajar telah naik ke kelas. Ayra pun bergerak untuk masuk ke kelasnya.

Sampai sahaja di hadapan pintu kelas, Ezri memanggilnya.

"Ayra! Harraz kata thank you and dia balas goodluck jugak untuk kau." Selepas memberitahu, Ezri terus berjalan meninggalkan Ayra yang terpinga-pinga.

Harraz wish aku goodluck juga?

Harraz. wish. aku. goodluck?

Ayra berlari masuk ke dalam kelas dan terus menjerit memanggil rakannya.

"GUYS GUYSSSSS!!!!" Ayra menjerit dan terus mengambil tempat disebelah rakannya yang sedang membaca buku.

"Apahal do kau menggelupur? Harraz confess ke?" Adriana memandang Ayra dengan pandangan hairan. Sudah la masuk terjerit-jerit.

"Eh tidak sama sekali. HARRAZ WISH AKU GOODLUCK SIOT!!!" Ayra menjerit sambil menekup mukanya dengan buku.

Teenage LoveWhere stories live. Discover now