Seorang gadis berambut coklat yang sering dipanggil sebagai Lea sedang berjalan ke kelasnya tetapi dihalang oleh tiga orang gadis yang merupakan seniornya dan gadis itu hanya mampu menundukkan kepalanya sahaja kerana takut akan mereka. Siapa sahaja yang tidak takut, mereka bertiga dikenal sebagai Trio Bad Girl yang datang daripada keluarga kaya dan mereka berfikir kalau mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu.
“Hey culun,masih berani datang ke sekolah?” tanya Mira lalu menarik rambutnya sehingga Lea meringis kesakitan.
“L-lepaskan..”ringis Lea yang mencuba untuk lepaskan rambutnya dari genggaman Mira.
“Ooo~, si culun mahu kita melepaskannya hahaha” ujar Mira sambil bersama kedua kawannya.
Mata Lea berkaca-kaca kerana kesakitan yang dia rasakan apabila rambutnya ditarik oleh Mira. Dirinya sendiri tidak tahu kesalahan apa yang dia buat sehingga dia diperlakukan seperti ini mahu disekolah ataupun dirumah. Ibu bapanya selalu bertengkar akan masalah kecil sehingga memperbesarkan masalah dan Lea merasa takut apabila mendengar ibu bapanya bertengkar. Dia selalu berfikir, kalau kehadirannya di dunia ini adalah pembawa malang untuk semua orang dia ingin sekali membunuh dirinya supaya orang yang benci akannya terasa bahagia.
“A-aku mohon kak, lepaskan rambutku” mohon Lea yang sudah menangis kecil sambil mencuba melepaskan genggaman seniornya itu.
“Si culun memohon~ hahaha” ejek Tara sambil ketawa.
“Dengarnya culun, mending kau mati saja. Kalau kau berada di dunia ini hanya membawa sial kepada orang yang mendekatimu, ibu bapa kau saha tidak memperdulikan kau jadi buat apa kau hidup” ujar Fika
Lea terdiam bila mendengar apa yang dikatakan oleh Fika. Air matanya mula mengalir berfikir kalau mereka semua sangat mahu dia pergi dari dunia itu sehingga dia diperlakukan seperti itu.
“Kenapa dunia ini sangat kejam untukku… kenapa dunia ini tidak adil bagiku” batin Lea yang menangis di koridor berdekatan dengan bilik rawatan.
“Hahaha, patut saja ramai yang bilang kalau kau culun.. Kerana kau memang culun,lemah!” ujar Mira lalu dia beredar dari situ bersama Tara dan Fika meninggalkan Lea sendiri disitu.
Lea menangis terisak sedangkan pelajar yang berada di situ hanya melihat dan ketawakannya tanpa ada niat untuk membantu. Dia juga dapat kata-kata yang dia tidak ingin mendengar buat masa ini.
“Hahaha lemah sekali dia”
“Patut saja ibubapanya bertengkar dan tidak sayangi dia”
“Lebih bagus dia mati saja daripada hidup di dunia ini”
Begitulah kata-kata yang dilontarkan oleh para pelajar kepada Lea. Lea tidak tahan dengan kata-kata itu bangun lalu lari keluar dari bangunan sekolah sambil menangis. Semua pelajar hanya ketawakannya sekaligus mengejeknya.
Kini Lea berjalan tanpa arah tuju, kalau dia pulang ke rumah pasti ibubapanya marah kerana ponteng sekolah. Dia terus berjalan tanpa lihat kedepan kerana dia terlalu larut di dalam fikirannya tanpa sedar dia berjalan ke tengah jalan.PINGG!!
Suara hon kereta terdengar, Lea tidak sempat melihat kearah suara hon itu kerana dia hanya melihat kegelapan mengeliliginya. Dia tidak tahu mahu gembira atau sedih tapi dia tahu, orang yang ingin dia pergi dari dunia itu. Lea tidak boleh menggerakkan tangannya apabila semua menjadi hitam.
Ramai yang berkumpul disitu melihat gadis itu terlantar di jalan dengan penuh darah. Terlihat daripada wajah orang yang berkumpul disitu, ada yang menatap badan gadis itu dengan kasihan dan ada yang jijik melihatnya.
“Apakah ini kesudahan hidupku di dunia ini…” batin Lea lalu semua mula menghitam sepenuhnya.
➳➳➳➳➳➳➳➳
YOU ARE READING
Will I Be Happy?
FantasySemua yang datang pasti bakal pergi... Setiap yang hidup pasti bakal merasa mati... Setiap yang ada pasti hujungnya merasa kehilangan... Tapi bagaimana kalau diberi kesempatan untuk hidup kembali tetapi berbeda dunia? Kisah tentang seorang gadis...