Part 1

1.5K 8 0
                                    

Kisah bermula apabila keluarga Lia terkejut mendapat khabar bahwa jirannya mengalami kemalangan ngeri di suatu petang yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan menyebabkan seorang anak lelaki bernama Man yang berusia 13 menjadi yatim piatu. Ayah dan ibu Lia telah banyak menolong sepanjang proses pengebumian mereka.

Man merupakan seorang anak lelaki tingkatan 1 bertubuh kecil yang sangat baik dan cemerlang dalam pelajaran. Sesiapa yang melihat, pasti menyangka Man berumur lingkungan 10-11 tahun. Tubuhnya sangat kurus berkulit putih berat dianggarkan cuma 40kg sahaja. Air mukanya juga redup dan menyejukkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Mungkin mewarisi air muka bapanya yang juga merupakan imam di kawasan itu.

Lia pula seorang penuntut di universiti awam tempatan yang tidak jauh dari rumahnya. Bertubuh dan berpewatakan sederhana seperti wanita lain. Berumur 23 tahun berkulit suwo matang dan merupakan anak tunggal dalam keluarga. Namun, Lia digemari banyak jejaka disebabkan sifatnya yang ceria, kelakar, dan kerap ketawa. Sikap Lia membuatkan dirinya cepat menyesuaikan diri dengan semua orang dari pelbagai lapisan usia.

Bermula malam itu, Man menumpang tidur di rumah Lia kerana orang tua Man merupakan orang Indonesia dan tidak mempunyai saudara mara di negara ini.

............

Setelah beberapa malam, ibu dan ayah Lia berbincang untuk mengambil Man sebagai anak jagaannya. Mereka mencapai kata sepakat apabila mereka sekeluarga bersetuju dengan sebulat suara.

Selepas mengambil Man sebagai anak angkat, keluarga Lia menjadi lebih bahagia. Namun, perasaan Man masih berada dalam keadaan belum stabil dan kurang selesa di sisi keluarga Lia.

Man dilihat kerap menangis dan setiap kali Man menangis, ibu dan ayah Lia akan memeluk serta memujuk Man.

"Man rindu ibu ayah sangat-sangat. Man nak ibu ayah" - kata Man

Mendengar kata-kata Man itu membuatkan ibu ayah Lia turut menangis lalu memujuk Man.

"Man jangan sedih ye sayang. Makcik pakcik sayang kat Man. Lepas ni Man panggil je kami ni ibu ayah" kata ibu Lia kepada Man

Man hanya menangguk setuju.

...........

Lia yang mengetahui keadaan Man telah mengambil keputusan pulang ke rumah dan meninggalkan rumah sewa yang dihuni bersama rakan sekuliah. Bagi Lia, kepulangannya mungkin dapat membantu Man untuk stabil lebih cepat. Namun, Lia berhasrat untuk balik dalam waktu singkat sahaja memandangkan banyak assignment yang perlu dibuat.

Anak JiranWhere stories live. Discover now