PROLOG

47 9 0
                                        

"BONDA, kenapa anaknda rasa tak sedap hati? Macam.. ada sesuatu yang hendak berlaku." Putera Mahkota Tunggal Hades Zathrian Vraetish bertanya sambil kepalanya diusap-usap lembut oleh ibunya.

"Kenapa? Kamu ada rasa sesuatu kah anaknda ku?" soal Ratu Mahkota Hermosa Maliaka Vraetish ibu kepada putera tunggal kerajaan Vraetish yang megah dan mewah.

"Entahlah, anaknda mimpi.. anaknda berjumpa dengan seorang perempuan yang bakal merubah hidup anaknda." balasnya perlahan.

Dirinya terasa sunyi dan sepi dek rakyat yang tidak pernah bersungguh dengannya. Andai hari pertabalan tiba, dia menjadi raja, bagaimana nasib ratu dan bakal anaknya? Adakah mereka akan dilayan sama sepertinya?

"Merubah bagaimana maksudnya?" soal Ratu Hermosa. Putera Hades mengeluh.

"Setelah apa yang terjadi, bonda tahukan bagaimana orang-orang melayan anaknda? Hanya bonda yang tulus, bahkan ayahnda sendiri pergi duakan bonda kerana marahkan anaknda. Rakyat sendiri tidak bersungguh dengan adanya anaknda. Patutkah anaknda mengikut jejak adinda Haven?" soalnya dengan keluhan. Ratu Hermosa terkedu, kasihan anaknya. Hanya kerana satu kesalahan yang belum terbukti siapa pesalahnya, anaknya menjadi mangsa.

"Hades cuma rindukan adinda. Hades tak salah kenapa semua orang salahkan Hades?" soal Putera Hades lagi. Saat membicarakan tentang adiknya, air matanya sentiasa saja hendak mengalir.

 Saat membicarakan tentang adiknya, air matanya sentiasa saja hendak mengalir

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TBC
p/s: happy reading.
UPDATE: 131122

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 13, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

𝐃𝐈𝐄𝐋𝐋𝐙𝐀'𝐒: 𝐇𝐞𝐫 𝐅𝐨𝐫𝐛𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐢𝐧𝐠 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang