1

4 0 0
                                    

Aku meninjau keluar tingkap kelas. Sudah tiga hari aku berpindah ke sekolah baru ini. Masih tiada lagi kawan yang boleh dibuat teman ataupun muka aku yang terlalu berlagak ini membuatkan aku susah mencari kawan? hm tak mungkin la.

" Bangun semuaaa " Suara ketua kelas atau namanya Jay kuat melaung menandakan sudah ada guru yang memasuki kelas. Guru yang dipanggil Miss Choi itu pun masuk dengan diikuti seorang budak perempuan dengan wajah yang cantik.

Kelas mula bising dengan suara murid berbisik - bisik.

" Mak aih siapa do dia tu , comei nyo "

" Cantiknya dia "

" Haah kan "

Benda yang tidak dapat dinafikan , dia memang cantik. Aku yang baru masuk sebelum dia pun tidak pernah mendapat pujian sebegitu. Aku juga terpana dengan kecantikannya.

" Ini pelajar baru ya , awak boleh perkenalkan diri awak tak? " Miss Choi memulakan sesi suai kenal selepas semua murid duduk dengan senyap.

" Hai semua , saya Kim Wonyoung. Selamat berkenalan semua " budak perempuan itu pun tersenyum manis sebelum menunduk sedikit sebagai tanda habis sesi suai mengenal itu.

Semua murid terpegun dengan kecantikannya termasuk aku lalu semua menepuk tangan tanpa berkelip mata.

" Kim Wonyoung , kamu boleh duduk di sebelah Kang Emily ya " Arah Miss Choi sebelum duduk di tempatnya untuk memulakan sesi pembelajaran.

" Baik Miss Choi " Lalu Wonyoung pun menarik kerusi yang berada di sebelah aku dan meletakkan begnya. Dia tersenyum manis kepada aku.

" Hai Wonyoung " Sapa aku ramah. Aku memang berminat ingin berkawan dengannya selepas sahaja aku melihat wajahnya tadi.

" Hai Emily " Wonyoung memperlihatkan senyuman manis ke arah aku.

↤↤↤↤↤♡↦↦↦↦↦

Sejak dua hari yang lalu dimana Wonyoung masuk ke kelas barunya. Aku sudah pun mempunyai kawan baik yang selalu menemani aku kemana - mana. Walaupun perkenalan kami singkat , Wonyoung sangat baik kepada aku.

Hari ini Wonyoung mengajak aku untuk pergi ke kantin bersama - samanya lagi. Gembiranya aku bila akhirnya ada yang sudi menjadi kawan aku hehe.

" Kau nak makan apa ily ? " Wonyoung menanyakan ramah kepadaku. Hm baru dua hari berkenalan , sudah ada sahaja nama baharu untuk aku haha. Tetapi aku tidak berapa peduli kerana Wonyoung memang jenis yang suka bergurau. Dan aku menganggap hubungan kami sudah rapat.

" Aku rasa nak makan kau hari ini " Aku bergurau. Wonyoung menjeling aku.

" HAHAHA " Aku tertawa kerana lucu dengan sikapnya.

Tanpa aku sedar aku terlanggar seseorang.

'BUK'

Aku mengeluarkan satu jeritan kecil. Lalu memandang sepasang mata yang memandang tajam ke arah aku.

" Heol I'm sorryyy !! " Aku segera meminta maaf kepada lelaki dihadapan aku yang sedang memandang aku tajam. Pandangannya yang membuatkan aku takut serta - merta segera meminta maaf kepadanya. Namun hampa lelaki itu berlalu pergi tanpa sebarang kata.

Aku hanya menghantar pandangan aku ke arah lelaki itu. Bisu ke dia tu? Berlagak gilaa !

" OMG kau ok ke ily !! " Tanya Wonyoung risau lalu memeriksa tubuh aku.

" Aku ok je cuma mamat tu , kerek sia " Aku menjuihkan bibir ke arah lelaki berlagak itu.

" Ui hensem juga diaa " Wonyoung berkata dengan nada mengusik.

Aku menjeling Wonyoung , hensem kalau perangai berlagak bagus buat apa.

Aku segera menarik tangan Wonyoung untuk ke kantin. Entah kenapa dari tadi fikiran aku menerawang tentang hal tadi. Aku rasa pelik selepas memandang sepasang mata milik lelaki itu walaupun aku tidak mengenal diri itu.

↤↤↤↤↤♡↦↦↦↦↦

" Korang hari ini Miss Choi tiada , pengawas yang akan jaga kelas kita. Jadi korang jaga perangai ya , kalau taknak kelas kita dipanggil guru disiplin. " Jelas Jay yang baru sahaja masuk ke kelas itu.

Kami hanya mengangguk faham sambil membuat kerja rumah yang diberikan Miss Choi semalam sementara menanti pengawas yang akan menjaga kelas ini nanti.

' KLAK '

Pintu bilik darjah mula dikuak dari luar. Terpacul satu wajah yang tidak asing bagi aku. Seperti pernah aku lihat wajahnya.

" O.M.G " Wonyoung membuat muka terkejut memandang ke arah pengawas yang masuk ke kelas itu.

" Yah ! kau kenapa Wonyoung ? " Aku bertanya risau.

" Yah ! kau tak ingat ke? dia la lelaki yang kau langgar tempoh hari itu. Hensem juga weh dia bila pakai seragam pengawas. Tempoh hari dia pakai baju sukan , sebab tu kau tak cam kot haha. " Wonyoung mengingatkan aku tentang kejadian tempoh hari. Ouh baru aku teringat dimana aku pernah menemui lelaki itu.

" Kau puji lebih - lebih ni dah kenapa? minat kat dia ke? " Aku mengusik Wonyoung.

" Takdenya , aku lebih minat senior. Tak minat yang sama umur ni hehe " Wonyoung menyelak rambutnya sebelum sambung membuat kerjanya.

" Eleh " Aku pun malas ingin melayan perangai tak betul Wonyoung ni.

Aku memandang lagi sepasang mata yang berada di hadapan kelas itu. Lelaki yang masih tidak aku ketahui namanya itu sedang melakukan tugasnya iaitu menjaga kelas aku. Tekun betul dia membuat tugasnya. Tanpa aku sedar aku telah merenung matanya lama sehingga membuatkan dia juga berpaling kearah aku , mungkin kerana merasakan ada seseorang yang memandangnya. Aku segera mengalihkan pandangan aku dan sambung membuat tugasan yang diberi. Entah kenapa aku berasa gementar sekarang ini. Ini pertama kali aku merasakan seperti ini. Aku memegang erat dada aku yang sedang berdegup laju. Omg.

" Woi ily kau kenapa? sudah dilamun cinta ke? " Wonyoung menyenggol lengan aku. Lalu Wonyoung memeriksa dada aku.

" Fulamak ! hati kau berdebar dooo ! gila la weh ! " Aku segera menutup mulut Wonyoung. Mulut perempuan ni bising betul laaa.

" Mana ada ! " aku membalas , lagipun entah kenapa aku berasa malu.

" Dah la aku nak buat kerja " Aku segera membuka buku latihan aku kerana tidak mahu melayan Wonyoung.

↤↤↤↤↤♡↦↦↦↦↦

Happy reading.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Never GoodbyeWhere stories live. Discover now