7 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

198 20 0
                                    

"KATE... Kate takkan tinggalkan Qash kan?" Tanya Qashah dengan dari tadi memerhati diri Katherine.

Rambut Qashah disikat. "Kate kan dah janji. Jadi--"

"Habis siapa Khan?" Katherine tergamam. Dia dengar?

"Mak-maksud Qash?"

"Siapa Khan? Qash dengar yang Kate sebut nama dia. Qash taknak dengar semuanya. Qash terus masuk bilik air untuk mandi. Jadi siapa Khan?"

"Di-dia... Dia kawan Kate. Kawan sekolah Kate." Qashah mengangguk. Katherine terpaksa menipu.

Tetapi hakikatnya bukan sahaja setakat kawan tetapi tunang atau lebih tepatnya bakal isteri kepada jejaka itu. Malique Arif Khan atau merangkap kepada Doktor Khan.

Mereka berdua bekerja sebagai doktor. Cuma Katherine doktor psikiatri dan Khan pula doktor biasa.

"Ye ke?"

"Ye sayang. Qash tak percayakan Kate ke?" Kening sebelah diangkat bagi menujukan soalan.

"Bukan tak caye tapi tu la. Qash taknak dikhianati. Qash takut." Katherine tersenyum hambar.

Maafkan Kate Qash. Kate terpaksa. Monolog Katherine di dalam hati.

"By the way little boy. Nak tak kejap lagi kita keluar? Pergi shopping?" Topik ditukar. Qashah mengangguk pantas.

Dia nak beli teddy bear boleh? Dinosaur ke? Best gak.

"Qash nak beli anak patung dinosaur boleh?" Katherine mengangguk. Lihat sahaja Qashah bertempuk tangan seraya menampakkan lesung pipitnya membuatkan Katherine tertawa kecil.

Alahai budak kecik ni. Gigit karang. Rawrrr.

꧁༺༻꧂

Tiba sahaja mereka di mall Qashah terus menarik tangan Katherine masuk ke tempat toys. Rambang mata dia melihat kesemua-semua mainan disitu. Dia mencari satu persatu teddy bear. Dia nak dinosaur. Taknak bear. Bear perempuan. Tak suka. Tak suka.

"Yeay jumpa jugak. Cantik tak Kate dino Qash ni?" Anak patung Dinosaur yang bewarna hijau gelap dan coraknya bewarna kuning ditunjukkan kepada Katherine.

"Cantik. Qash nak ke?"

"Nak!"

"Okay. Lagi? Takkan satu je? Taknak beli mainan lain?" Offer Katherine tetapi Qashah menggeleng. Dia hanya mahu kan teddy bear di je. Eh salah bukan teddy bear tapi teddy dinosaur.

"Okay la jom bayar" Mereka ke kaunter bayaran.

Setelah habis bayar. Mereka ke foodcourt yang terletak di dalam mall itu. Hendak mereka menuju kesitu. Alangkah terkejutnya apabila dia bertembung dengan seseorang.

"K-Khan?"

"Aurora?"

Mereka saling terkejut sama sendiri. Sosok perempuan disebelah Khan dipandang sekilas atas bawah.

"Biy you kenal ke perempuan ni?" Tanya perempuan disebelah Khan. Suara dah la kepit. Tak cukup kain pula tu.

"Who are you?" Belum sempat Khan membalas. Terlebih dahulu Kaherine memotong.

"No i should ask you. Who are you?" Gedik.

"I'm Katherine Aurora. You?"

"Jessica Sofea. By the way, you la tunang kepada boyfriends i ni?"

Tunang? Tanya Qashah dalam hati.

"Boy-Boyfriend?" Gadis dihadapannya mengangguk. Katherine menoleh ke arah Khan. Di celah tubir mata Katherine terdapat air mata.

"Sayang i can explane. Bagi i jelaskan semua ni--"

"Enough! I taknak dengar apa-apa dah. Mulai saat ni. Kita putus!" Cincin yang tersarung dijari manisnya ditarik dan dia membalingkan cincin diamond itu ditubuh Khan.

Dia benci! Kenapa harus jadi begini? Apa salahnya sampaikan harus curang? Tergamak lelaki itu membuatnya seperti ini.

Katherine berlalu pergi. Dia menarik tangan Qashah beredar dari situ. Khan mengejar langkah Katherine. Lengan Katherine sempat ditarik sebelum dia menarik balik lengannya dari genggaman lelaki durjana itu.

"Aurora wait!"

"Aurora please! Aurora bagi I jelaskan semuanya. Aurora!"

Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now