29 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

177 14 0
                                    

"BABY, harini dah masuk 4 tahun daddy tinggalkan kita kan? Mummy rindu daddy. Mummy nak daddy ada dengan mummy. Mummy nak bagitahu daddy yang tak lama lagi baby akan lahir. Mummy--" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Tiba-tiba dia terasa sakit dibahagian perutnya.

Dia memegang perutnya yang besar itu. Celah kangkangnya sudah basah.

"S-sakit! Farah! Farah!" Jerit Katherine kesakitan.

"Kenapa Kate?" Soal Farah terkejut.

"Farah tolong aku. Sa-sakit!" Perutnya semakin terasa ada benda mencucuk. Terbuntang luas biji mata Farah apabila melihat baju dress Katherine dibahagian bawah sudah basah.

"Kejap. Aku call Andrew." Farah terus mencapai telefon milik Katherine dan mendail nombor Qasyah.

Dia gelabah sampaikan tidak telefon keluarga sendiri untuk pertolongan.

"Hello Kate?"

"Umm Qasyah. Saya Farah. Sepupu Kate. Saya takde masa sekarang ni. Kate dah nak bersalin." Terbuntang luas biji mata Qasyah apabila mendengar khabar itu.

"Okay-okay awak tunggu. Saya on the way datang sekarang. Lagi 3 minit saya sampai." Kata Qasyah gelabah. Dia terus menekan minyak. Laju kenderaan yang dibawanya.

"Kau tunggu sini aku nak ambil beg baju."Dia berlari ke arah anak tangga. Sampai sahaja di bilik bayi dia mengambil lagguage yang sudah berisikan baju bayi itu.

"Qashah!" Jeritan Katherine semakin kuat. Sewaktu dia tengah sakit sekarang ni dia teringatkan akan suaminya.

"Abang... Kate perlukan abang." air mata menitis kepipi. Wajahnya berpeluh menahan kesakitan.

"Kate!" Sapa Qasyah baru sahaja tiba di perkarangan rumah kembarnya.

Dia masuk ke dalam dan terlihat Katherine terduduk di atas sofa yang sudah kesakitan itu.

Dia melangkah masuk tanpa melihat sekeliling. Terus dia menerpa ke arah Katherine.

"A-andrew? Andrew sakit!" Kata Katherine. Lengan kekar Qasyah dipegang.

"Don't worry i'm here. Let's go." Qasyah mengangkat Katherine gaya bridal style. Farah menuruni anak tangga dan terlihat tubuh Katherine dicempung oleh sosok seseorang.

Sampai sahaja ditingkat bawah, Farah terus menerpa ke arah Qasyah.

"Qasyah, ni beg baju baby." Qasyah mengangguk. Dia mengambil lagguage di tangan Farah. Farah masuk ke dalam kereta dan mengelap peluh diwajah Katherine.

Setelah memasukkan beg baju bayi. Dia terus memasuk ke dalam perut kereta. Dan enjin dihidupkan.

Sampai sahaja di hospital. Qasyah yang sedari dari tadi hanya kehulur-kehilir. Bukan reti duduk diam. Macam dia pulak yang nak dapat anak.

"Farah."

"Andrew."

Sapa seorang wanita dan seorang lelaki yang sedang melangkah ke arah mereka.

"Mama."

"Zach." serentak mereka.

Keluarga Katherine dan keluarga Qashah juga turut bersama mereka. Sudah alang-alang mereka terserempak masuk la sekali.

"Andrew Kate macam mana?" Soal Tengku Qaylin cemas.

"Andrew tak tahu. Kate masih lagi dalam labour room." Kata Qasyah. Mereka semua mengangguk.

"Andrew thanks sebab tolong anak uncle. Andrew banyak persamaan macam Qashah. Terima kasih sebab tolong Katherine." Kata Tuan Mikaelson dibalas anggukan. Dia menepuk sebelah bahu Qasyah.

"Andrew tolong sebab dia isteri kembar Andrew. Lagipun baby tu kan anak buah Andrew juga. Andrew tolong mana yang mampu." Balas Qasyah dengan nada lembut.

Tiba-tiba salah seorang doctor keluar dari labour room itu.

"Doctor." Sapa Qasyah terlebih dahulu.

"Congratulation, encik dapat anak perempuan. Isteri encik sekarang dalam keadaan baik." Kata doktor tersebut tanoa mengetahui lelaki itu bukan lah suami wanita itu.

"Saya akan pindahkan Puan Katherine ke wad ditingkat 3. Saya minta diri dulu." Mereka semua mengangguk.

"Terima kasih doctor." Doctor itu hanya akur dan melangkah pergi.

Semua di situ mengucapkan rasa syukur apabila Katherine selamat melahirkan bayi perempuan.

Dan kini dia harus berpantang tanpa suami disisi.

Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now