⋇⋆✦⋆⋇ OUR YEARS ⋇⋆✦⋆⋇
"Siapa insan mulia yang dah siap latihan addmath kelmarin? Pengen tengok." Zhareef memandang terus ke arah muka Qayyum yang sedang membaca buku rujukan Biologi. Qayyum mengangkat kepala melihat kawannya. Muka pasrah ditayangkan.
"Aku rasa kau sebut siapa insan mulia yang sudah semestinya merujuk kepada semua orang. Tapi kenapa kau tengok aku seorang sahaja?" Walaupun sudah tahu apa jawapan yang bakal didengari, Qayyum tetap bertanya.
"Sebab kau saja insan mulia yang aku rasa mulia selepas si Haiqal Aqeef." Qayyum mengeluh perlahan. Buku latihan Matematik Tambahan dikeluarkan dari beg sekolah. Dia menyerahkan buku itu kepada Zhareef yang sudah tersenyum lebar itu.
"Terima kasih daun keladi. Nanti nanti minta lagi ya."
"Sama sama naik perahu. Tak perlu sebut, aku tahu."
"Arisya, Inayah tak datang ke?" Irdina menyoal Arisya yang sedang menguyah nasi lemak ayam. Hanya anggukan dibalas kepada soalan Irdina.
"Hospital mana pula dia pergi melawat?"
"Fhineng!" Jawab Arisya dengan mulut penuhnya. Seolah olah faham, Irdina menulis nama Inayah di bahagian catatan ketidakhadiran murid dalam buku rekod dengan alasan pergi ke Pulau Pinang atas dasar masalah keluarga.
"Arisya, kau siap tak lagi komsas? Nak tengok sekejap. Aku tak sure lah sama ada jawapan aku ni betul ke tak." Minta Bulan. Arisya menarik keluar buku latihan Bahasa Melayu miliknya keluar dari laci meja.
"Weyh, siap tak lagi kerja komsas Kak Ram?" Thea menyoal Nadda dengan riak tenangnya. Vitagen perisa oren disedutnya sedikit demi sedikit sehingga air itu habis.
"Dah. Tinggal tulis hari dengan tarikh saja. By the way kelmarin berapa hari bulan?" Soalan berbalas soalan. Thea tersedak mendengar balasan Nadda.
"Kau siap dah kerja dia?!"
"Iyalah. Tak nak aku skinship dengan rotan dia." Thea meneguk air liur payah.
Manakan tidak? Dia langsung tidak membuka buku latihan komsas Bahasa Melayu untuk menyiapkan kerja sekolah. Niat hendak membuka buku itu pun langsung tidak terlintas dalam hati.
"Weyh aku dah lah tak buat lagi! Ian kau siap tak lagi komsas?!"
"On the way lagi dua ayat." Thea semakin panik. Dipandangnya Zhareef yang sedang fokus menyiapkan latihan Addmath.
"Woi Zhareef! Kau dengan Jufri siap tak lagi komsas?!" Thea bersuara. Dalam hati dia berdoa semoga kembar dua beradik itu tidak menyentuh langsung kerja yang diamanahkan oleh Cikgu Ramlah kelmarin.
"Dah! Kami buat pukul 1 pagi tadi." Hancur harapannya, Thea tiada jalan lain selain daripada membuka buku latihan komsas Bahasa Melayu miliknya.
"Semangat nampak siapkan kerja Kak Ram." Thea memandang sebelah. Terlihat wajah Jufri yang sedang senyum mengejek ke arahnya.
"Diamlah kau. Ingatkan ada geng nak kena denda sama sama. Menyesal aku tak ikut Inayah pergi Pulau Pinang hari ini."
"Rileks. Syazrul sah tak buat punya." Muncul satu lagi sinar harapan di muka Thea. Dia tersenyum gembira mendengar kata kata Jufri.
"Betul jugak eh. Minta mintalah dia tak buat lagi." Thea menutup buku latihannya. Melebar senyumannya melihat susuk tubuh Syazrul yang melangkah masuk ke dalam kelas.
"WEYH SYAZRUL NAFIFIE! KAU SIAP KE TAK LATIHAN KOMSAS KAK RAM KELMARIN?" Terkejut Syazrul mendengar suara lantang Thea Ariyana. Dia mengusap dadanya bagi menenangkan detak jentung yang berdegup kencang.
YOU ARE READING
|| OUR YEARS ||
RandomAnda single tapi inginkan kisah percintaan yang manis seperti gula dan semut? Anda ingin seorang lelaki yang memenuhi standard anda? Anda ingin seorang perempuan yang memenuhi standard anda? OUR YEARS HIDANGKAN KEPADA ANDA FATEH AL QAYYUM DAN ARISYA...