"ANDRE kejap!" Langkah Qashah terhenti apabila mendengar suara seseorang memanggil.
"Andre... Mama rindu Andre. Mana Andre pergi sayang? Mama rindu Andre."
"Eh Tengku. Tengku Qaylin tak ingat ke? Atau buat-buat lupa? Bukan Tengku Qaylin ke yang buang saya? Setahu saya Tengku dengan suami tengku buang saya." Katanya dengan nada sinis. Mata menikam anak mata wanita tua tu.
"Tak Andre. Papa dengan mama tak pernah buang Andre. Kita orang buat semua ni untuk kebaikan Andre. Masa depan Andre." Terang Tengku Mustaqim.
"Korang dah buang aku lepastu nak kutip balik? Tak malu ke nak jilat ludah tu balik? Sedangkan aku menunggu kau orang ambil aku balik tapi tak. Kau orang biarkan je aku duduk dekat ruamh sakit jiwa tu!" Katanya sinis.
"Pergi mampus!"
"Andre language!"
"Kau diam lah Andrew! Aku tak cakap dengan kau. Kau pun dua kali lima je dengan dia orang. Ada kau halang dia orang daripada bawa aku? Tak. Kau tak halang. Kau dengan dia orang diam. Biarkan aku ditarik macam anjing. Lepastu sanggup menipu. Bagitahu Qasha yang aku dihantar ke rumah nenek. So fake! You gusy are so fake! I hate all of you!" Marah Qashah.
Hatinya sakit. Sakit sangat. Setiap hari dia ke rumah keluarganya bagi tujuan tertentu. Tetapi dia juga selalu membatalkan niatnya apabila melihat keluarganya gembira tanpa dia disitu. Mereka seakan tidak sedih. Hati anak mana saja tidak sedih bila dibuat sebegitu?
Dia seakan tidak wujud dalam keluarga itu. Dalam tempoh lima belas tahun. Tiada sesiapa yang datang menjenguknya. Qasha? Qasha sendiri tidak tahu dimana abangnya berada. Mereka selalu memberi alasan yang abangnya dihantar ke rumah nenek. Dia tidak salahkan Qasha kerana tidak menjenguknya. Dia faham akan situasi adik perempuannya. Tetapi bukan pada kedua-dua ibu bapa dan kembarnya.
"Qash dah la. Tak elok la bergaduh. Nanti orang dengar. Apa orang akan cakap nanti?" Pujuk Katherine. Belakang tubuh Qashah digosok perlahan.
"Awak siapa?" Tanya Tengku Qaylin. Katherine terus memandang ke arah suara itu.
"Saya Dr. kate. Umm maksud saya Katherine Aurora. Doctor yang rawat Qashah." Tengku Qaylin mengangguk. Seraya itu memandang Katherine atas bawah.
"Dengar sini, aku bukan lagi anak kau. Macam mana kau dan laki kau dah buang aku pada usia aku yang sangat muda. Aku bukan lagi anak kau! Dan aku juga tak ingin nak ada mak bapak macam korang. Start from now, jangan panggil aku dengan panggilan Andre lagi." Qashah memberi amaran dengan mata tajam menikam anak mata Tengku Qaylin.
Dia masih marah terhadap keluarganya. Dihantar ke hospital sakit mental diusia yang sangat muda. Masa itu dia masih lagi budak mentah. Tidak tahu apa-apa. Malah dihantar kehospital itu diusianya 10 tahun. Bila sudah besar. Dia seakan rasa seperti dirinya dibuang seperti sampah. Keluarga sendiri tidak datang menjenguk. Semua hanya bergembira di luar sana. Pergi kesana sini. Malah dia hanya berdiam. Bersedih. Menangis.
"Jangan jadi kurang ajar la Andre!" Tengking Qasyah. Nasib mereka berada di luar dewan hotel itu.
"Shut the fuck up man! Aku tak cakap dengan kau! Dan aku tak ingin ada kembar yang berhati binatang macam kau!" Tengking Qashah. Katherine sudah menahan Qashah. Takut jikalau lelaki itu bertindak agresive.
"Kau tu yang binatang! Sanggup buat keluarga sendiri macamni!" Marah Qasyah.
Urat naik timbul di lengan kekar lelaki itu. Katherine sudah tahu bahawa Qashah sedang menahan amarahnya.
"Aku binatang? Okay aku terima. Yes memang aku binatang! Puas? Aku takkan berdendam dengan korang kalau korang tak buat aku macam tu! Korang buang aku. Korang cakap untuk kebaikan aku dan masa depan aku. Tapi korang silap. Bukan kebaikan dan masa depan. Tapi kesengsaraan! Aku sengsara hidup dalam sana. Lima belas tahun aku dekat sana. Membesar tanpa keluarga. Ada korang kisah? Tak korang tak kisah langsung!" Kata Qashah. Matanya mula berkaca. Tetapi ditahan. Katherine pula sudah menarik-narik lengan Qashah supaya lelaki itu kekal bertenang.
Maafkan Qash mama papa.
![](https://img.wattpad.com/cover/326692954-288-k43953.jpg)
YOU ARE READING
Katherine : My Beloved Husband
Romance𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 𝔥𝔢𝔯 𝔩𝔦𝔱𝔱𝔩𝔢 𝔩𝔬𝔳𝔢 Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama 𝐐𝐚𝐬𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐞 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬. Seorang jejaka yang dahulunya hapy go lucky tetapi sekarang hidupnya berubah menjadi kesengsaraan. Dipukul, dimaki, dicaci, d...